Isnin, 21 Oktober 2013

Raiqa oh Raiqa..!!



Semalam genap 7 bulan usianya Auni Nur Raiqa..
Berat terakhir masa 6 bulan adalah 5.5kg..
Kalau ikutkan memang tak normal..
Tapi aku okie saja..
Tak ada masalah dengan hal tue..
Sebabnya Raiqa bukan jenis yang kuat makan..
Rata-rata kawan aku cakap anak perempuan memang begitu..
Namun aku bersyukur Raiqa seorang yang aktif..
Perkembangannya kini adalah sedang belajar merangkak..
Tak boleh duduk diam..
Habis satu rumah diselongkarnya..

Mudah menangis bila sendirian..
Harus ada teman di depan mata..
Jadi mangsanya adalah Wan dan Eky,hahahah..
Setakat nie belum ada tanda pertumbuhan gigi..
Kecil-kecil macam tu pun kalau bab menjerit dialah paling kuat..


Kini kami terpaksa membeli buaian eletronik..
Babahnya dah tak larat dodoi..
Dan lagi satu senang sikit bilamana aku mahu buat kerja..
Maklumlah ada masanya Wan terpaksa balik lambat..
Jadi bukan mudah mengurus anak-anak kecil seorang diri ya..
Walaupun boleh saja Emak tolong tapi aku tak mahu menyusahkan dia..

Lagi satu,telinga aku dah kebal dengan cakap-cakap orang pasal kecilnya Raiqa..
Yang mampu aku lakukan adalah senyum..
Tak ada efek langsung pada aku pun..
Bukan cakap besar tapi itulah perkara yang aku pratikkan sejak dulu..
Mereka yang komen bukan ahli keluarga mahupun orang yang rapat..
Jadi mengapa kita mahu stress..
Pedulikan kata-kata mereka..
Nikmatilah hari-hari indah bersama anak-anak..
Itu lagi best..


Dalam soal penjagaan aku bukanlah seorang yang cerewet..
Kadang-kadang bila ambil Raiqa balik..
Sembang-sembanglah kejap dengan pengasuh dia..
Adalah beberapa kali dia bagi Raiqa makan bubur yang dia masak..
Aku dengar dengan hati yang terbuka..
Begitu juga dengan Wan..
Memula dulu segan jugalah..
Tapi makcik tue bagitau takpe..
Benda kecil katanya..:)

Pada aku selagi anak aku dijaga dengan baik sudah cukuplah..
Selebihnya aku tawakal kepada Allah..
Kalau nak samakan Emak sendiri jaga memanglah lain.
Tidaklah aku letakkan 100% kepercayaan..
Tapi setiap kali tengok riak muka Raiqa yang gembira tatkala mahu diambil pulang..
Sekurang-kurangnya hilanglah rasa gusar..

Untuk anak kecil ini aku harapkan agar dia membesar dengan sihat..
Menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..
Terus ketawa dan comel selamanya..
Ameen..!

Tiada ulasan: