Jumaat, 4 Oktober 2013

Cerita Hari Ini dan Semalam...!!


Semalam aku cuti sebab jaga anak..
Emak temankan makcik aku pergi Nilai..
Jadi untuk elakkan kebosanan aku bawalah budak berdua tue kat Tesco Ampang..
Sebelum tu,pergi Klinik Kita cucuk Raiqa 6 bulan..
Senang buat kat klinil panel sebab bila-bila masa boleh datang..
Stress kalau buat kat Klinik Kesihatan..
Ada anak kecil nie mana boleh tunggu lama-lama..
Banyak ragamnya terutama bila dia menangis..
Jadi,manfaatkanlah kad panel suami..

Secara perkemabangan keseluruhan check-up Raiqa memuaskan juga..
Beratnya cuma 6.4 kg..
Walaupun Raiqa kuat makan tapi badannya ringan..
Tak kisahlah janji dia membesar dengan sihat dan aktif cukuplah..
Dalam usia 6 bulan Raiqa sudah meniarap,membebel dan sedang cuba merangkak..
Solid food telah diberi..
Buat masa nie Raiqa belum boleh makan bubur..
3 kali aku masak boleh pula dia muntahkan balik..
Takpe,lain anak lain tekaknya..
Kita tunggu umur dia 8 bulan pula..
Jangan cepat panik dan putus asa..

Pertama kali menguruskan anak pergi jalan-jalan tanpa suami baik-baik saja..
Hendak kata kelam kabut tidaklah juga..
Mujurlah dalam kereta Raiqa tidur..
Letak dalam car-seat selesai masalah..
Eky pula kasi tengok Upin Ipin senyaplah dia..
Tak beli apa-apa barang pun..
Cuma lepak kat tempat permainan kanak-kanak..
Bayaran hanya RM3.00 sekali masuk..
Apa lagi melompat gumbiralah si Eky..
Itu memang tempat kesukaan dia..
Aku perhatikan saja gelagat dia..

Rentetan status FB aku pasal seorang minah yang dok cakap hal aku kat kawan-kawan di sini mendapat perhatian..
Ada juga kawan yang mesej tanya apa cerita sebenar..
Jangan risau aku tak terasa apapun..
Itu resam dunia..
Tak kenal maka tak cinta..
Nanti dah kenal baru dia tahu aku nie macamana orangnya..
Kita relax dan cool sudah..
Baru indah hidup nie..

Rehat nie cadangannya mahu ke panggung wayang..
Layan cerita KL Gangster 2 seorang diri..
Apa ada hal..
Takkan nak duduk 2 jam kat opis..
Kematu okie..
Ramai kata cerita nie best..
Nanti aku buat ulasan ye..
Tungguuuuuuu...!!!

Dalam otak banyak rencana bila datangnya hari Jumaat..
Inilah untungnya kerja di KL..
Nak kemana-mana pun senang..
Banyak pula tempat boleh pergi selain balik rumah,hahahha...
Takpe perlahan-lahan kita aturkan okie..!!



Notakaki : Family Day tempat kerja Wan hujung bulan nie kat Sunway Lagoon..Tak sabarnya..!!






Tiada ulasan: