Jumaat, 11 Oktober 2013

3 Tahun Sudah..!!


Semalam 10.10 merupakan ulang tahun ke-3 perkahwinan aku..
Sekejap saja masa berlalu..
Sepanjang tempoh tue banyak juga ranjau sama ada suka duka kami lalui bersama..
Lebih bermakna sebab dikurniakan sepasang cahaya mata..
Rezeki pun semakin bertambah..
Bersyukur sangat-sangat..

Tak ada sambutan pun..
Sebab aku dan Eky demam..
Cuma untuk makan malam aku masak ayam masak lomak berapi-rapi....
Gagahkan diri jugalah ke dapur..
Bukan selalu pun aku rajin masak..
Jadi sediakanlah menu yang termampu,heheheh...





Ada kisah sedih semalam
Wan pulang jam 5.30 petang..
Then,dia bagitau yang dia kena langgar dengan kereta Preve..
Mahu terlopong aku mendengar cerita yang badannya melantun atas kereta..
Mujurlah orang yang langgar tak lepas tangan..
Terus dibawa Wan ke Hospital Taman Desa..
Hasil scan didapati tiada kecederaan dalaman..
Tapi harus berjaga-jaga juga..
Manalah tahu kemudian hari..

Aku redha apa yang terjadi..
Doa seorang isteri agar Allah melindungi Babah kepada anak-anak aku..
Amin..!!!


Notakaki : Sah menjadi isteri tepat jam 2.15 petang dengan sekali lafaz..!!

Tiada ulasan: