Jumaat, 27 September 2013

Salam Jumaat..!!


Minggu nie hangat dengan kisah isteri kepada Mat Yo yang tak hormat orang tua..
Pendapat aku mudah,sekaya manapun sila hormat orang tua..
Sudah terang lagi bersuluh itu salah sendiri..
Jadi bawa-bawalah muhasabah diri..
Langit tak selalunya indah..
Peringatan untuk aku juga..

Bermula hari ini secara rasminya aku sudah bertugas di Jabatan Warisan Negara..
Ditempatkan di bahagian pentadbiran..
Tugas utama aku adalah menguruskan hal-hal makanan jika ada mesyuarat..
Keduanya,mengemaskini dan merekod dokumen untuk difailkan..
Lain-lain bergantung kepada keadaan semasa..
Pejabat baru aku nie agak kecil saja..
Staf-staf pun tak ramai..
Bahagian aku hanya ada 8 orang pegawai..
Aku terima tugas baru ini dengan lapang dada..
Yang penting,ianya sangat dekat dengan rumah emak..
Jam 5.10 minit dah sampai rumah..
Bolehlah berehat sebelum ambil Raiqa kat rumah pengasuh..
Akhir tahun nie,ianya akan pindah ke Dataran Merdeka..
Lagilah aku suka sebab boleh duduk rumah sendiri..
Hooorey...!!


Kalau dulu jam 6.45 pagi dah keluar rumah..
Sekarang lagi 10 minit pukul 8.00 pagi,baru aku punch-card..
Sempatlah sarapan aka dating dengan Wan..
Syukur segalanya nampak mudahlah..
Puas dah ulang alik dari KL-Putrajaya..:)

Hujung minggu akan dipenuhi dengan jemputan kahwin..
Tak berasap lagilah dapur rumah aku..
Takpelah janji hati gembira

Sekian..!


1 ulasan:

sharEna berkata...

wahh..da tukar tempat kerja yer..tahniah! mcm best je tempat baru tu. paling best bab dekat dgn rumah mak tu kot. nti dkt dgn rmh sndiri pulak ye..best best...rezeki dr Allah jugak tu =)