Isnin, 9 September 2013

Jalan-Jalan + Makan-Makan..!!


Mulai Sabtu lepas dan akan datang rutin harian akan berubah..
Di mana Wan harus kerja sampai jam 3.00 petang
Kerja di bahagian construction memang begitu..
Memang agak ralatlah sebab masa bersama keluarga agak terhad..
Jadi kalau ada masa Sabtu malam kita keluar dekat rumah sudahlah..
Dan hari Ahad kita berjimba-jimbalah sepuasnya..
Setuju...!!!

Minggu nie tak balik rumah Wangsa Maju..
Kebetulan emak ada programnya sendiri..
Maka melepaklak aku 3 beranak di rumah..
Sempat masak,mandi dan bagi mereka makan..
Nak kata mencabar tidaklah teruk sangat..
Bagi Eky tab dan buka cerita Upin Ipin senyaplah dia..
Raiqa pula bagi susu dan makan apa lagi..
Lena diulit mimpilah..



Pukul 3.30 petang Wan dah balik..
Kasi dia tidur dalam 1 jam..
Sementara tue,aku siapkan budak-budak..
Ke rumah abang no.3 Wan kat Serdang..
Ada jamuan makan-makan santai..
Sampai-sampai dah pukul masuk Maghrib..
Duduklah kami sampai jam 9.00 malam..





Singgah ke Desa Pandan sebab Wan ada mesyuarat EXCO Cawangan..
Mujurlah anak-anak tidak meragam..
Paling best dapat duit raya lagi..
Borak punya borak sampaikan tak sedar dah jam 11.00 malam..
Jadi,marilah kita pulang..!!


Notakaki : Seronok sebab tak lama lagi akan pindah kerja di KL..I like It.!


Tiada ulasan: