Isnin, 23 September 2013

Berdiner ala-ala Arabian di Al-Rawsha...!!


Kejadian berlaku pada hari Jumaat lepas..
Lepas Maghrib terus ke lokasinya yang terletak di Kampung Pandan..
Menariknya restoran Arab ni adalah dekorasi dalaman..
Sebiji macam istana kayangan..
Ada 2 pilihan tempat makan sama ada mahu di luar ataupun yang ber-aircond..
Sama saja sebenarnya tapi memandangkan Eky tak reti duduk diam..
Dan aku tahu dia akan berlari ke sana sini..
Mengacau orang makan..
Adalah lebih baik aku pilih tempat yang jauh dari orang,hahahha...










Semasa bayar kami diberitahu ada mini playground untuk kanak-kanak..
Baiklah,kita kasi peluang kat Eky bersuka ria seketika..
Tentang harga memang berbaloi-baloi..
Mandy Chicken yang dimakan oleh Wan dan Eky=RM25.00
Menu yang aku pesan namanya Chicken Grilled hanya RM16.00..
Ada 3 keping roti ala-ala capati yang sangat sedap..
Lembut saja kepingannya ditambah makan masa panas-panas dan tengah garing..
Oleh kerana tak mampu habiskan,aku paksa Wan dan Eky selesaikan :)
Pendek cerita,walaupun restoran ini nampak gah tapi harganya jauh lebih murah dibandingkan dengan makan di sesetengah kedai tepi jalan..
Rasanya aku jamin lazat dan yang pasti kenyang sampai esok..
Peace..!!!

Tiada ulasan: