Jumaat, 6 September 2013

Mama Beranak 2..!!


Sejak anak 2 orang anak aku semakin sibuk..
Kalau hari biasa,jam 5.00 pagi aku sudah bangun..
Perkara pertama aku buat adalah mengepam..
Waktu pagi begini hasilnya amat lumayan..
Mengepam terapi yang menyeronokkan..
Terutama bila Raiqa minum dengan rakusnya..
Alhamdullilah susu ibu mampu menampung kekenyangannya itu..
Cuma akhir-akhir ini aku sudah campurkan dengan nestum dan gandum..
Langkah awal sebelum boleh makan bubur..
Horey...bersemangat nie..

Selesai mengepam,terus pergi mandi dan bersiap apa yang perlu..
Baju-baju Raiqa sebelum tidur memang aku sudah sediakan..
Buat awal-awal,takut paginya kelam kabut pula..
Sementara menunggu Wan bersiap,aku buatlah sarapan yang ringkas..
Ya,memang aku tinggal dengan emak..
Tapi tak bermakna semua tugas harus diserahkan pada emak..
Emak hanya perlu menjaga Eky saja..
Selalunya kami akan keluar dalam jam 6.30 pagi..
Eky waktu ini sedang lena diulit mimpi..
Hantar Raiqa rumah pengasuh dan 6.45 pagi berduetlah ke pejabat..
Mujurlah haluan kami seiring..
Jadi bab tue tiada masalah..


Jam 6.00 petang aku sudah ada di rumah..
Kalau rajin aku masak..
Tapi kadang-kadang hidangan makan malam emak telah masak..
Dan masa inilah aku dan Wan akan gunakan sebaiknya bermain dengan anak-anak..
Luangkan masa yang ada untuk pantau perkembangan mereka..
Serius, penat hilang serta merta bilamana tengok keletah dua beradik tue..
Dalam minggu bekerja kami selalunya akan peruntukkan 1 atau 2 kali untuk ke taman permainan..
Bagi peluang kepada Eky untuk bersosial..

Menjadi mama kepada 2 orang anak kecil amat menyeronokkan..
Penat sudah tentulah..
Tapi itu bukanlah alasan..
Aku suka melihat gelagat mereka yang sedang membesar..
Lebih-lebih lagi Eky..
Sudah menampakkan butir-butir kata yang keluar dari mulut dia..
Ada yang aku faham dan ada sebaliknya..
Kelakar bila diingatkan..


Hecticnya aku menjelang hujung minggu..
Jumaat malam kami akan balik rumah di Wangsa Maju..
Tugas-tugas lain menanti di sana..
Selalunya baju aku akan basuh malam itu juga..
Bangun keesokkannya terus sidai..
Sediakan sarapan sementara tiga beranak masih tidur..
Seterusnya kerja rumah seperti mengemas,menyapu dan mengemop pun bermula..
Ada masa aku lipat baju yang ada dalam bakul..
Harus selesaikan jika petangnya mahu keluar..

Hujung minggu komitmen 100% untuk anak-anak..
Sama ada duduk di rumah atau keluar semuanya untuk mereka..
Tak kisahlah pergi mana janji ianya relevan terutama bagi Eky..
Kami lebih suka pergi ke taman permainan atau tempat riadah buat kanak-kanak..
Anak gembira kami pun gembira juga..
Rasanya itulah cara terbaik bagi menebus kesibukan sepanjang 5 hari bekerja..
Seboleh-bolehnya aku tidak mahu melepaskan moment melihat mereka membesar depan mata..
Pada aku,duit boleh dicari..
Namun kasih sayang dan kebahagiaan tiada nilainya..
Penghidupan kami sekarang ini syukur sangat mencukupi..
Tiada apa yang mahu dikejarkan lagi..
Memiliki dua orang dalam usia perkahwinan belum capai usia 3 tahun sangat menakjubkan..
Pencapaian yang tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran aku..


Bukan mudah menjadi isteri,ibu dan wanita bekerjaya dalam satu masa..
Semuanya menuntut pengorbanan..
Sokongan dan dorongan suami menjadi pembakar semangat sebenarnya..
Tipulah kalau aku katakan good-good  saja hidup aku..
Ada masa turun naiknya..
Terkadang datang juga mood yang bercampur baur..
Rungutan kecil-kecilan biasalah tue..
Pokok pangkalnya teman pendengar setia aku sangat memahami..
Pinjam telinga mendengar luahan..
Tak minta pun bagi pendapat..
Resam hidup berumahtangga begitulah..
Apapun aku gembira dengan life sekarang..

Alhamdullillah...!!!


Notakaki : Esok dan lusa ada lagi jemputan makan-makan..Marilah kita meriahkan suasana
itu..:)

Tiada ulasan: