Khamis, 12 September 2013

Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang..!


Akhirnya penantian selama 1 tahun 5 bulan terjawab..
Riang ria dalam hati tatkala menerima email SURAT PERTUKARAN sudah boleh diambil..
7 tahun menyemai bakti di JABATAN AKAUNTAN NEGARA..
Banyak memori yang bercampur baur di sini..
Hasrat ke KL memang sudah lama ada..
Cuma keadaan tidak mengizinkan..
Syukur Tuhan permudahkan hasrat ini walaupun terpaksa menunggu selama 1 tahun..

Kalau sudah namanya anak jati KL manakan boleh berjauhan..
KL sudah sebati dalam jiwa aku..
Dilahir,dibesarkan malah di sinilah dunia aku..
Dipertemukan jodoh dengan orang KL juga adalah kredit bagi aku..
Hasil "bidikan" aku dan Wan juga warganegara KL..
KL umpamama "kampung" buat aku..
Rumah pertama yang mungkin juga yang terakhir..
In Sha Allah..!!

Tidak mungkin akan aku lupakan PUTRAJAYA..
16/05/2006 tarikh keramat yang menjadi saksi bermulanya catatan baru dalam hidup aku..
Ketika itu umur aku baru 21 tahun..
Sangat muda dan mentah dalam dunia pekerjaan..
Aku bermula dari bawah..
Tidak pernah segan bertanya dan belajar dari mereka yang pengalaman..
Dan di situlah aku mengenali ragam manusia yang pelbagai rencah..
Ada yang depan kita macam malaikat tapi di belakang kita sangat hipokrit..
Yang satu kepala sudah semestinya tetap tak dilupakan..
Adakala tergigit jua lidah nie..
Bermasam muka hingga tidak bertegur selama beberapa hati..
Lepas tue back to normal..
Kelakar bila dingatkan..
Tapi itulah asam garam kehidupan..
Statik sangat bosan pula..

Kata orang,makin lama bekerja automatik diri menjadi matang..
Ya itu aku setuju 100%..
Terlampau banyak cerita sepanjang 7 tahun di sini..
Tak termampu dicoretkan satu persatu..
Biarlah semua kenangan itu aku simpan rapi-rapi..

Ibarat sireh pulang ke gagang..
Dan diharapkan "kepulangan" ini akan memberi seribu kegembiraan..
Lebih utama demi keluarga kecil aku..
Sama-sama kita doakan yang terbaik okie..
Amin..!!!


Notakaki : Tempat baru di Jabatan Warisan Negara..Sangat dekat dengan rumah emak..Suka sangat!!







Tiada ulasan: