Selasa, 24 September 2013

Saya Memang Suka Bercuti..!


Aku memang suka melancong..
Dan bila berkahwin hobi itu tak pernah luput..
Sejak ada anak bertambahlah rancak aku mengatur percutian yang sesuai dengan kehendak aku,Wan dan Eky..
Paling penting kena ada swimming pool..
Kalau setakat memerap saja dalam hotel tanpa ada aktiviti sebegitu lebih baik aku pergi KLCC saja:)..
Sambil-sambil tue bolehlah hilangkan tekanan sambil hirup angin segar..
Jadi,percutian ala-ala santai ini akan diteruskan pada tahun hadapan..
Awal-awal lagi aku dah senaraikan tempat percutian..
Syukur Wan setuju dan tiada bantahan..
Makanya,haruslah kumpulkan duit dari sekarang..
Untuk bercuti dalam negara bajet memang tak ada masalah..
Tapi bila mahu ke luar negara banyak benda kena difikirkan..
Masih ada masa lagi untuk men-server hotel mengikut kemampuan diri..
Internet kan di hujung jari..
Marilah kita manfaatkannya,heheheh...

Hobi bercuti ini bukan untuk show-off..
Tapi lebih kepada kepuasan diri terutamanya anak-anak..
Selagi termampu aku buatlah..
Anak-anak gembira kami suami isteri lagilah suka hati..
Melihat keindahan tempat orang kan bagus untuk kutip pengalaman..
Sesekali apa salahnya..

Dalam banyak-banyak tempat menarik kat Malaysia,aku teringin nak pergi ke Pulau Mabul,Sipadan..
Serius,pantainya sangat cantik..
Segala terumbu karang dan hidupan dalam laut dijaga dengan rapi..
Sipadan adalah 20 pulau yang tercantik di dunia..
Harap suatu hari dapatlah aku jejakkan kaki ke sana..
Amin..!!!


Notakaki : Hari ini sampai Khamis bersiaran di pejabat lama..Siapkan kerja yang masih berbaki..!


Tiada ulasan: