Ahad, 11 September 2011

penat tapi sangt gembira

semalam mengikut rombongan keluarga wan ke ipoh kerana melawat pak ngah salleh yg terlantar sakit di hospital pantai ipoh...
keadaan beliau agak stabil walaupun masih tidak sedarkan diri...
aku doakan semoga beliau cepat sembh seperti sediakala...Amin
kami bertolak dari kl ke ipoh dalam jam 6 petang dan sampai hospital kira2 jam 12.00 tghmalam...
hujan yg lebat di tapah melambatkan perjalanan rombongan kami namun syukur selamat sampai...kami berda di hospital kira2 selama 3 jam...
selepas itu kami terus menuju ke rumah abg wan di bukit beruntung...
apabila sampai2 saja kesemua rombongan jelas keletihan...
dapat saja bantal apa lagi terus tidur hinggalh terseda kira2 jam 9 pagi...
hahhaha...abislah subuh aku!!!!!!

sebelum pulang abg wan belanja makan sempena meraikan kedatangan kami...
maklumlah agak susah hendak berkumpul ramai2...
meriah juga lah kedai tersebut dengan hiuk pikuk ketawa kami...
keluarga wan memang keluarga besar...
bayangkan apabila 10 beradik berkumpul,ditambah pula dengan kehadiran anak2 sedara yg perbagai ragam...
memang terbaeklah raya kali ini....
sangt2 suka....

rifqi sangt baik sepanjang perjalanan singkat ini....
tidak bayak meragam...hanya bangun apabila lapar saja...
selepas ini bolehlah mama dan babah membawa rifqi berjalan jauh..

minggu ini kenalah kemas rumah sebab keluarga wan akan datang beramai2 pada hujung minggu ini...
harus memasak yg sedap2 untuk mereka...
jadi minggu ini adalah minggu sibuk bagi aku...
mencabar tapi aku suka...
bolehlah mengukur kebolehan sendiri dalam bidang masakan...

usaha tangga kejayaan!

Tiada ulasan: