Rabu, 16 Mac 2011

ada apa dengan 14 mac

salam di pagi rabu!!!!
opss.....walaupun 14 mac baru je 2 hari berlalu tapi masih tak terlambat nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA PERTUNANGANKU!!!!
hahah....macam kelakar je bunyinya....
lebih manis lagi bila mengenangkan babak2 awal perkenalan aku ngan tunang(now dah jadi suami aku,cheewahhhhh)
siapa sangka dari kawan maka lahirlah sayang....

al kisahnya begini....
aku kenal suami aku masa perjumpaan ke tioman....
seingt akulah, bulan 11 tahun 2009 bermulalah perkenalan kitorng....
sebelum trip ke tioman (bulan 3 2010) kitorg hanya keluar makan kat area ghumah aku je....
tak ada istilah dating2 masa tue......
selain keluar makan,kitorang berhubung melalui telefon je...
dia la yang rajin sms dan call aku....
nak harap aku,umpama mimpi dalam mimpilah......

jeng.........jeng...jeng....
sampailah masanya trip ke tioman....
atas permintaan aku sepanjang 3 hari kat sana kitorg berlakon seolah2 macam tak kenal sangtlah...
yang peliknya,dia boleh setuju je cadangan aku........
bertegur pun ala2 macam baru kenal....(ahakss,kejam tak aku???)
bukan apa,malas nak heboh2kan hubungan kitorg nie
sebab yang pergi semua nya single mingle belaka
jadi tak mahu kecoh2lah.....
diam tue kan lebih baik,hahahha
selepas balik trip dari tioman,kiorg pun teruskanlah hubungan macam sediakala
kali nie bukan setakat keluar makan je malah p berkelah,tgk wayang,jalan2 dan yang best p karoklahhh(memang tu minat kami berdua,hahaha)

dipendekkan cerita......
aku ingat lagi masa mula2 dia melamar aku..
berlaku pada bulan 1 2010, lokasi nya adalah di dalam kereta... masa sekitar jam 930 malam

suami:saya ingat nak ikat awak lah????
aku:nak ikat pergi mana???(dalam keadaan terpinga2)
suami:maksud saya,saya nak melamar awak lah!!!!!sudi tak awak terima saya sebagai teman hidup awak dunia dan akhirat(dengan nada tergagap2
sambil cuba menghabiskan ayat)

macam2 rasa masa tue yang ada...
terkejut,gembira,tergmam,terkedu,terharu,nak menjerit pun ada....hehehe
dengan sekali lamaran aku terus bersetuju.......
sampai sekarang aku sendiri tidak tahu kenapa begitu cepat sekali aku menerima lamaran dia....
dan kenapa aku pilih dia biarlah menjadi rahsia....
yang pastinya dialah lelaki terbaik yang Tuhan telah kirimkan kepada aku...
syukur sangat2...

tanggal 14/3/2010 yakni hari ahad, sekitar jam 2.45 petang sahlah aku menjadi tunangan kepada encik ridzuan aka wan.....
kami tunang selama 6 bulan saja...
alhamdullilah sepanjang tempoh bertunang tak bayak dugaan yang kami tempuh....
semuanya tempoh tersebut semuanya berjalan dengan baik...
cuma kadang2 berlaku sedikit pertelingkahan kecil yang dapat diselesaikan cara berhemah.....hehehehhe
slepas bertunang fokus kami lebih tertumpa kepada majlis kahwin pula....

begitulah alkisahnya...
kadang2 rasa macam tak percaya dengan apa yang berlaku....
tapi begitulah lumrah hidup....
tiada siapa yang dapat menjangka hari depan....
mungkin kisah aku nie tiada yang menariknya pada orang lain
tapi pada aku dan suami ianya sebuah cereka klasik yang akan tetap segar dalam ingatan sampai bila2....

okey.....sampai jumpa di entry seterusnya..
muahsssssss

Tiada ulasan: