Isnin, 10 Februari 2014

Ragam Anak-Anak..!!


Makin menginjak ke usia 1 tahun..
Aku perhatikan muka Raiqa lebih terarah ke abangnya..
Tapi tak tahulah pada masa akan datang..
Dan yang pasti ramai cakap kedua-dua mereka lebih mirip kepada Babahnya..
Entahlah itu aku kurang pasti..
Sebab budak-budak cepat berubah..
Hari ini nampak lain..
Kemudian,minggu depan lain pula..
Tahun depan lagilah lain mukanya..
Takpelah kita tunggu bilamana kedua-duanya sudah besar..


Orang tanya susah tak jaga anak yang jaraknya dekat..
Jawapan aku bukan mudah dan tidaklah sesusah mana..
Paling penting kerjasama antara suami isteri..
Kena sabar banyak-banyak dan beristifar bila ada hal-hal yang boleh mendatangkan kemarahan..
Cabaran sudah tentulah ada..
Cuma terpulang cara masing-masing menanganinya..

Dalam tahap umur mereka yang begini..
Aku lebih suka ikut cara aku sendiri..
Tidak terlalu cerewet dan ikut buku sangat..
Contohnya bab makan..
Apa yang anak aku suka makan aku kasi makan..
Selera Raiqa dan Eky berbeza..
Macam Eky suka makan nasi..
Raiqa pula lebih gemar makanan berasaskan mee..
Nasi dia agak kurang makan..
Jadi terpaksalah aku sediakan makanan yang berbeza..
Penat akan hilang serta merta tatkala melihat mereka makan sampai kenyang..


Dari segi aktiviti fizikal,memang mereka aktif..
Ada saja benda yang mereka mahu lakukan..
Sebab tue bila aku sorang-sorang dengan mereka satu kerja rumah aku tak boleh buat..
Mata harus tertumpu pada mereka terutamanya Raiqa..
Eky sogokkan saja dengan tab dan pasang DVD Upin Ipin senyaplah dia..
Tapi kalau bab makan janganlah lambat..
Boleh bergegar satu rumah..
Raiqa agak manja dan sensitif orangnya..
Panggil nama tak boleh kuat-kuat..
Cepat saja dia tunjukkan muka mahu nangis..
Dia lebih rapat dengan Babah..
Sebab Wan rajin melayan kerenah "gedik" dia..
Kira sama adillah sebab Eky lebih manja dengan aku..
Makan pun sampai sekarang Mama kena suapkan,hahahahahahahha..

Tang tidur pun berbeza situasinya..
Eky kalau mengantuk secara automatik akan tidur dengan sendiri..
Raiqa pula harus didodoi telebih dahulu..
Mujurlah buaian eletronik menjadi penyelamat..
Kalau tidak jenuhlah tangan mendodoi..

Cerita pasal anak sampai 7 hari 7 malam pun takkan habis..
Pada aku,selagi mereka sihat sudah memadai..
Dan untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bukan senang..
Sama-samalah kita belajar..
In Shaa Allah segalanya dipermudahkan..

Okie..Bai~~~

Tiada ulasan: