Selasa, 18 Februari 2014

Hujung Minggu Yang Ringkas..


Fuh..minggu lepas adalah minggu yang sibuk dan memenatkan..
Duduk di salah satu jabatan Kementerian Pelancongan beginilah..
Ditambah lagi dengan pelbagai acara sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM)..
Jadual padat sampai hujung tahun..
Setakat ni aku mampu menarik nafas lega sebab nama belum tersenarai dalam acara TMM..
Tapi aku dah siapkan diri jika "terpaksa" turut serta..
Namanya pun kerja kan..
Kita redhakan sajalah ye..

Syukur jugalah sebab Wan dah tak perlu outstation lagi..
Jaga site cukuplah..
Ikut kata dia mungkin dalam tempoh 3 tahun sasaran bangunan siap..
Lama dari tue pun aku lagi suka..
Senang banyak terutama untuk aku..
Manalah tahu kena kerja lebih masa..
Anak-anak bolehlah dia tolong tengokkan,hahahha...



Walaupun penat kehendak anak-anak kami tunaikan..
Ahad lepas bawa mereka jalan-jalan..
Ke AEON Taman Maluri....
Cuma cuci-cuci mata menghiburkan hati,kikikiki..
Then,lepak kat Dataran Merdeka..
Bukan main suka dua beradik tue..
Kat sana lapangannya kan luas..
Jadi apa lagi ke sana ke sini Eky berlari-lari..
Raiqa cuma melihat keletah abangnya dari jauh sambil bertepuk tangan..
Aku suka aktiviti yang begini..
Santai sesantainya..


Okie,syok giler pakai baju nie..
Sebab tak panas walaupun kainnya jenis kasar..
Buat masa nie inilah koleksi baju yang aku minat
Senang dan fleksibel dibuka tatkala mahu menyusukan Raiqa..

Bercakap pasal susu,Raiqa masih menyusu badan..
Tapi sejak sebulan nie aku dah kasi dia susu formula..
Syukurlah dia boleh terima..
Dan tidak mengalami alahan ataupun cirit birit..
Susu badan aku dah semakin berkurangan..
Ada memang tetap ada..
Cuma tidak mampu menampung kehendak Raiqa yang semakin menjadi-jadi,kakakakka..
Pelik pula anak dara nie sebab dia makan sangat sikit..
Bab menyusu kuat betul..
Berbeza sangatlah dengan si abang..
Takpelah kita tengoklah bilamana umur dia dah 1 tahun lebih..
Mungkin seleranya akan berubah..
Mana tahukan :)


Ok......Bai~~~~




Tiada ulasan: