Jumaat, 7 Februari 2014

Hari Jumaat Sudah..!!


Hai all..

Jumaat sudah dan semestinya haruslah gumbira..
Tapi hujung minggu nie yang akan sibuk adalah Wan..
Sebab dia ada tournament futsal..
Berkira-kira mahu join sekali tengok dia main..
Kasi semangat buat laki tersayang,hahahahha..
Tapi bila kenangkan bagaimana mahu meng-handle kedua-dua anak..
Buat aku terkesima sekejap..
Tak sampai hati mahu tinggalkan salah seorangnya..
Sedih pula rasa hati nie..
Apapun kita tengoklah nanti..
Takpun duduk rumah sajalah..
Selesai masalah,kakakakka

Alhamdullilah batuk Eky sudah tiada..
Lega hati kami suami isteri..
Bolehlah berjimba ke sana ke mari seperti biasa..
Tapi semalam dengar berita yang penyakit demam denggi semakin meningkat..
Sama-samalah kita berjaga-jaga yer..
Yang penting persekitaran rumah kena bersih dan kemas..
Sembur shelltox dengan kerap..


Ini makan tengahari semalam..
Masuk nie dah 2 kali makan..
Kedainya terletak kat Kampung Attap..
Bercakap pasal nie,bila masuk waktu tengahari mana-mana kedai makan di Kampung Attap akan penuh..
Jadi terpaksalah aku keluar awal..
Datang cepat maka dapatlah makan dengan tenang..
Yang best tak perlu tunggu lama,hehehehhehe

Bulan 2 genaplah Raiqa 11 bulan..
Serius cepat masa beredar..
Bulan depan dah setahun anak dara aku..
Perkembangan dia kini dah boleh berdiri..
Tapi jatuh bangunlah..
Okielah tue..
Janji sihat sudahlah ye..


K~~~Bai..

Tiada ulasan: