Selasa, 4 Februari 2014

CNY - Eky Tak Sihat..!!


Assalammualaikum...

Kembali ke meja mencari rezeki setelah cuti yang panjang..
Kami tak kemana pun..
Eky tak berapa sihat..
Agak risaulah sebab batuk dia tak hilang sejak 2 minggu lalu..
Dah 2 kali pergi klinik yang berlainan..
Tapi batuk dia tetap tak surut-surut..
Jadi Sabtu lepas bawalah dia ke Klinik Medic..
Semuanya okie cuma tang paru-paru ada sikit bunyi..
Doktor sarankan ambil nab saja..
Aku dan Wan ikutkan mana yang terbaik..

Sudah boleh jangka reaksi Eky bila pertama kali kena sedut..
Menangis teresak-esak..
Mungkin dia takut tengok asap yang keluar..
3 kali jugalah pada hari sama terpaksa ulang alik ke klinik..
Hasilnya selepas itu adalah sangat memuaskan hati..
Batuk semakin kurang dan bila tidur tiada lagi bunyi-bunyi..
Namun doktor ada pesan..
Kalau masih berlarutan terus bawa ke hospital..


Makanya kami suami isteri hanya duduk di rumah..
Buat aktiviti in-door saja..
Sambil tue pasangkan dvd Upin Ipin..
Cerita kegemaran 2 beradik..
Syukur mereka gembira sepanjang tempoh "kuanrantin.."
4 hari dari pagi hinggalah malam kerja aku masak saja,hahahhahah..


Alhamdullilah Eky semakin sihat..
Dah janji dengan dia nak bawa pergi mandi..
In Shaa Allah bulan depan kalau diizinkan..
Sama-samalah kita doakan yang baik-baik saja..

Ameen..!!


Tiada ulasan: