Jumaat, 10 Januari 2014

Jimat Bukan Kedekut Ye..!!


Ralat sebab tak dapat tengok episod akhir Pencetus Ummah..
Niat asal cuma nak tidurkan Raiqa..
Akhirnya aku juga turut belayar..
Takpelah,Astro ada siaran ulangan..
Jadi kita manfaatkanlah saja..

Bercakap pasal Astro..
Isnin lepas aku sudah potong siaran yang tak relevan untuk ditonton selama ini..
Bil dulu adalah RM87.93..
Channelnya pula terdiri dari Pakej Family,Sport dan Learning..
Memang jarang tengok sebab hujung minggu tak lekat kat rumah..
Apatah lagi hari biasa..
Kini aku ambil Channel yang basic saja..
Dan harganya adalah RM42.95..
Walaupun jimat RM40.00 oklah tue..
Boleh cover beli susu anak-anak..

Alhamdullilah itu langkah pertama ke arah berjimat..
Oleh kerana kami suami isteri suka bercuti..
Makanya kata sepakat telah dicapai....
Lebihkan minat anak-anak dahulu..
Kolam renang haruslah ada..
Baru nikmat bercuti itu dapat dirasai..
Rancangan cuti yang panjang In Shaa Allah lepas raya nanti..
Ke mana destinasi tunggulah nanti yer..

Pada aku dalam situasi ekonomi yang tak stabil..
Dan ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang,bil dan minyak..
Rasanya haruslah memaksimumkan perbelanjaan harian..
Bising-bising pun tak guna..
Sebab dah agak selepas PRU perkara begini akan terjadi..
Pemimpin yang sedia ada pun hanya tahu cakap saja..
Tak tahulah sama ada mereka faham atau buat-buat tak faham dengan masalah rakyat marhaein..
Pendek cerita biarkan mereka dengan labu-labunya..
Marilah kita meneruskan kelangsungan hidup mengikut kemampuan..

Seperkara lagi rezeki datangnya dari Allah..
Dengan syarat kenalah berusaha..
Percayalah jika niat kita baik..
Akan dibalas dengan sewajarnya..

Allah tahu apa yang terbaik untuk umat-NYA..!!







Tiada ulasan: