Isnin, 27 Januari 2014

Happy Besday Mum..!!!


As-salam...


Sambutan Hari Lahir Emak kami sambut semalam..
Buat secara kecil-kecilan saja..
Panggil jiran terdekat yakni kawan-kawan Emak..
Majlis bermula kira-kira jam 6.00 petang..
Dan tetamu akhir balik pada pukul 10.00 malam..







Eky sangat kelakar..
Majlis belum mula dia dah suruh Opah potong kek..
Tak menyabar langsung nak makan..
Opah macam biasalah demi cucu ikutkan saja..
Kek ini perisa durian..
Tajaan khas kawan Opah iaitu Makcik Faizah..
Menu utama adalah mee rebus..
Tetamu yang datang tidak dibiarkan pulang dengan tangan kosong..
Emak sedekahkan bubur lambuk..
Syukur rezeki lebih awal tahun ini..

Alhamdullilah ianya berjalan dengan baik..
Dan paling penting Emak gembira kami pun turut rasa demikian..


SELAMAT HARI LAHIR EMAK..WE LOVE U FOREVER AND EVER...MUAHHSSSS..!!!

Tiada ulasan: