Isnin, 13 Januari 2014

Hari Ni Keja Esok Cuti..


Assalammualaikum..

Isnin kembali lagi dengan mood pelbagai rencah..
Esok cuti lagi..
Haruslah gumbira walaupun 1 hari..
Malas nak ambil cuti awal-awal tahun..
Mahu simpan untuk cuti Hari Raya dan waktu-waktu kecemasan..

Banyak hal terjadi dalam minggu nie..
Dengan kekangan kerja yang adakalanya tinggi menggunung..
Dan sesekali langsung tiada..
Maka duduklah aku di meja sendiri melayan perasaan..
Mahu berborak dengan kawan lain rasa terbatas juga..
Sebab nampaknya mereka tersangatlah sibuk..
Seperti biasa tiada istilah rehat bilamana hujung minggu..
Penat usah cakaplah..
Namun hilang serta merta tatkala melihat keletah anak-anak..


Sejak Wan kena kerja hari Sabtu..
Jadual aku pun berpusing 360 darjah..
Pada hari itulah mahu tidak mahu semua kerja rumah harus dibereskan..
Jarang sekali kami keluar pada hari tue..
Selalunya hari Ahadlah masa untuk bersantai sambil bawa anak-anak bersiar..
Tak tentu arah haluan kami..
Jika tidak ke taman,kami ke pusat membeli belah..
Bukan menghabiskan duit yer..
Cuma lepak di mini permainan hiburan untuk kanak-kanak..
Bayar RM6.00 gasak mainlah sampai puas.


Alhamdullilah perkembangan kedua-dua anak aku cukup memberangsangkan..
Si abang bulan nie dah 2 tahun 6 bulan..
Wow lagi 7 bulan genaplah 3 tahun..
Adiknya pula dah 10 bulan..
Bulan Mac cukup 1 tahun..
Tak terasa masa cepat beredar..
Dalam pada banyak rintangan dan dugaan membesarkan mereka..
Syukur Allah permudahkan segalanya..


Notakaki:Tetiba teringin makan western food..Tengahari nanti akan kuperkenankan permintaan sang perut,hahahah..!!



Tiada ulasan: