Selasa, 30 Julai 2013

Perihal Pengasuh...!


Tajuk kemain lagikan..
Macam ada tak puas hati je,hahahha..
Okie,Raiqa aku telah hantar dia dijaga oleh pengasuh yang lain..
Bukan sesiapa pun tapi adalah kawan emak aku juga..
Kenapa Opah hanya menjaga Eky bukan Raiqa..
Jawapannya mudah tak mahu menyusahkan Opah lagi..
Memang emak aku secara sukarelah mahu menjaga Raiqa..
Tetapi sebagai anak terasa macam bebanlah pula buat emak aku..
Yelah,Eky sekarang cukup-cukup melasak..
Aku sendiri nie kadang-kadang hampir sesak nafas tengok ragamnya..
Bayangkan kalau Opah terpaksa jaga dua orang anak kecil..
Tak kelam kabut namanya tue..
Dalam hal nie kami suami isteri sudah seia sekata..
Hantarkan saja Raiqa ke rumah pengasuh yang dipercayai..
Proses pencarian langsung tidak menyulitkan..
Sebab pengasuh itu sendiri yang tawarkan diri..
Lagipun dia ada pengalaman sebelum nie dalam hal jaga budak..
Setelah berbincang dan mengambil kira dari pelbagai aspek terutama jarak antara rumah pengasuh Raiqa dan emak,akhirnya aku dan Wan setuju..
Sebelah blok saja rumah pengasuh Raiqa..
Syukur Allah permudahkan..

Tindakan ini aku rasakan yang terbaik untuk kedua-dua anak aku..
Tidak bermakna Raiqa tidak disayangi Opah..
Malah jauh sekali ada rasa tidak percaya pada kemampuan Opah..
Cuma sebagai anak malah Wan sebagai menantu kena ada sifat tolak ansur..
Kami tahu bagaimana keletah dan perangai Eky..
Sapa-sapa yang ada anak lelaki maka fahamlah situasi kami itu..
Opah tetap sayang kedua-dua cucunya..
Layanan dan kasih sayang tidak pernah berubah meskipun berbeza asuhan..

Alhamdullilah Raiqa amat serasi dengan Opah angkatnya..
Bagaimana ceria dia dihantar begitu jugalah jika diambil bawa pulang..
Opah angkat menjaga dia sama seperti cucunya sendiri..
Setakat nie langsung tiada apa2 masalah..
Namun tidaklah aku mengambil enteng perkara nie..
Cuma aku memegang prinsip menang-menang..

Pada aku kalau kita mahu anak kita dijaga dengan baik,perkara pertama jangan banyak songeh..
Mereka sebagai pengasuh tahu apa yang patut dilakukan..
Bekalkan keperluan seperti pakaian,mandian serta susu dengan secukupnya..
Keduanya,jika hantar anak awal ambilnya juga harus awal..
Macam aku 6.55 pagi Raiqa sudah ada di rumah pengasuh..
Jadi sebelum 5.45 petang aku sudah ambil dia balik..
Memanglah ada sesetengah pengasuh tak kisah..
Tapi usahlah terlalu acuh tak acuh dalam hal nie..
Pengasuh pun ada kerja yang perlu dibereskan..
Jadi jika kita menyenangkan tugas dia maka dia pun akan gembira tatkala sepanjang menjaga anak kita..:)


Kita sudah berusaha yang selebihnya tawakallah..
Bila anak gembira hati pun riang ria bila pergi ke pejabat..
Setuju...!!!


Tiada ulasan: