Rabu, 17 Julai 2013

I'M Back


Assalammualaikum...

Agak bersawang blog hampir 7 bulan nie...
Mood menulis memang ke laut sudah...
Maklumlah ketika itu dalam fasa terakhir sebelum lahirnya orang baru dalam keluarga kami...
Di sini rangkuman catatan sepanjang "kehilangan" aku dalam tempoh tersebut..

MAC

AUNI - Lemah Lembut
NUR - Cahaya
RAIQA - Murni

Itulah nama yang aku pilih sendiri..
Ringkas,mudah disebut dan paling penting ada makna yang baik..
Selamat lahir ke dunia jam 1.40 tengahari di PPUKM pada tarikh 20 Mac 2013 secara normal..
Berat ketika itu cuma 2.34 kg saja..
Syukur sudah lengkap salasilah keluarga kami..
Amin!

APRIL

Duduk rumah menghabiskan masa-masa pantang dengan jayanya..
Terima kasih emak atas jasamu yang tak akan terbalas sampai bila-bila..

MEI

Buat Majlis Cukur Jambul untuk Raiqa..
Merasalah juga mendodoi anak dalam buaian yang hiasaanya mengikut citarasa aku..
Selitkan juga Majlis Hari Jadi abangnya 2 bulan lebih awal..
Kami hanya jemput saudara mara terdekat dan jiran-jiran..

JUN

Melancong sambil bersantai di Glory Beach Resort,Port Dickson..
Sewa apartmen yang harganya boleh tahan jugalah..
Itu pun guna MAYA CARD..
Berbaloi giler bila ada kad diskaun nie..
Nak bercuti pun senang..
Telefon,bagitau maklumat2 penting dan semuanya dia uruskan...

Aku telah selamat memakai IMPLANON...
Serius tak sakit langsung masa proses benda tue ditanam kat lengan sebelah kiri aku..
Sebabnya doktor akan bius..
Malah sikit pun aku tak pandang..
2 minit segalanya sudah selesai..
Aku pilih cara nie sebab ianya mudah dan selamat..
Kalau makan pil aku takut lupa pula..
Bab2 nie displin aku agak longgar..

24 Jun kembalilah aku ke alam pekerjaan..
Rutin harian sebagai isteri,ibu dan wanita bekerjaya bermula..
Setakat nie semuanya okie saja..
Eky masih dijaga oleh opahnya..
Manalah Raiqa kami hantar ke rumah orang..
Memang boleh saja emak aku tolong jaga tapi kami tak mahu menyusahkan dia..
Lebih2 lagi melihat Eky yang super duper lasak..
Nanti tak menang tangan pula emak aku tue..


Jujurnya aku gembira dengan kehidupan aku sekarang
Dikeliling kasih sayang dari mereka2 yang tersayang..
Lebih2 lagi 2 budak kecil yang sememangnya mewarna hari2 aku dan wan..

Cabaran tentulah ada..
Tapi aku anggap inilah keajaiban menjadi seorang ibu..
Sesukar mana senyuman tetap terukir..!


Tiada ulasan: