Isnin, 29 Julai 2013

Kisah Hujung Minggu Kami..!!




Hadiah hari lahir buat Eky dari Opah..
Suka benar dapat hadiah tue..
Dia memang suka berenang..
Persis Mama dan Babahnya..
Peace!!!

Jadi selepas nie kalau bercuti,sudah tahu destinasi yang harus dituju..
Sejak ada anak,keutamaan harus tempat yang menjadi minat mereka..
Lagipun Aku dan Wan lebih gemarkan aktiviti air dari berjalan-jalan nie..
Dan kini Eky juga telah tunjukkan minat yang sama..
Senang dan mudahlah kerja aku nanti..




Oh ok Raiqa sudah 4 bulan..
Muka memang seiras abangnya..
Langsung tiada riak muka aku kan..
Takpelah janji dia membesar dengan baik dan sihat..
Alhamdullilah sehingga kini Raiqa masih diberi susu ibu..
Tak berapa kuat menyusu berbanding abang dia..
Paling best Raiqa tersangat kuat tidur..
Baguslah kan untuk tumbesaran otak dan fizikal bayi..:)

Kejadian berlaku Sabtu lepas..
Bawa budak 2 orang nie ke AEON Setiawangsa..
Babahnya mahu membeli sehelai dua baju..
Makanya kita layankan saja.

2 gaya yang berbeza pada gambar yang ketiga..
Letih sangat tunggu Babahnya cuba baju sampaikan tertidur Eky..
Nasib badanlah kan..!!


Notakaki : Minggu nie mahu tidak mahu kenalah kemas rumah..Bersihkan apa yang patut dibersihkan...

Tiada ulasan: