Khamis, 25 Julai 2013

Cerita Sebelum Raya...!!



16 hari Ramadhan berlalu...
Seperti 2 tahun lepas tak berkesempatan berterawih..
Hanya Wan dan Emak saja yang pergi..
Itupun kadang-kadang Wan tak ikut sama..
Sebab penat :)

Pencapaian memasak aku setakat ini agak merudum..
Lebih banyak membeli di PARAM..
Masa sangat terhad buat lebih2 lagi bila hari biasa..
Mujurlah pergi dan balik kerja diambil oleh Wan..
Naik motor je..
Tepat jam 5.00 punch card,sampai rumah 30 minit kemudiannya..
Terus ambil Raiqa selepas tue singgah kejap di PARAM..
Kadang-kadang juadah berbuka sudah terhidang..
Bergantung pada mood emak untuk memasak..
Aku dah pesan jangan masak banyak..
2 lauk pun sudah memadai..
Okie aku masih tinggal dengan emak bila waktu bekerja..
Walaupun tinggal dengan emak tak bermakna aku goyang kaki..
Adalah sesekali aku tolong apa yang patut..
Bekerjasamalah katakan...!!!

Masih belum membeli keperluan raya lagi..
Tema tahun nie adalah warna BIRU..
Baju aku dan Raiqa sudah ada..
Baju melayu Wan dan Eky akan dicari dalam minggu hadapan juga..
Kami sepakat akan pergi selepas waktu berbuka nanti..
Kena bawa Eky sekali sebab takut tak sesuai pula saiz hero kecil tue..
Maklumlah umur saja 2 tahun tapi berat sudah mencecah 30kg..
Oh terkejut besar aku bila tengok angka tue masa kat klinik..
Doktor nasihatkan kawal pemakanan..
Banyakkan dedahkan dia dengan aktiviti lasak..
Bab tue tak ada masalah sebab Eky memang seorang yang aktif,heheheh..

Bercakap pasal hal nie ramai member tanya supplemen apa aku bagi..
Sejujurnya tiada langsung..
Aku masak apa yang dia suka makan..
Dari pemerhatian Eky gemar makanan berasaskan sup..
Tak kisah sama ada sup ayan,sup sayur,sur campur memang menjadi menu utama  dia..
Nasi + telur + kicap pun dia makan..
Memang dari umurnya setahun aku dah asuh cara pemakanan sebegitu..
Senang kalau pergi ke mana-mana..
Syukur Eky langsung tak memilih..
Jika pagi dia makan nasi+sup..
Tengaharinya aku beri makan biskut atau roti..
Haruslah dipelbagaikan supaya dia tak cepat jemu..
Bangun saja dari tidur,petangnya aku bagi makan nasi..
Laun bergantung pada hari tersebutlah..
Sardin pun dia layan..
Jadi bab2 makan dia langsung tak ada masalah..
Cuma sebagai ibu aku sedaya upaya akan mengawal pemakanan dia sekarang..
Mana2 yang boleh dikurangkan,akan ku lakukan..
Tapi serius Eky memang kuat makan..:)

Kali ni aku nekad mahu beli kerepek saja..
Selitkan juga 2 jenis kuih yang kami suka..
Buat syarat bilamana ada tetamu datang ke rumah..
Lagipun kalau beli banyak2 pun sapa yang nak makan..
Macam pengalaman tahun lepas,ke tong sampah jua pengakhirnya..
Sebab kuih dah masuk angin dan lemau..

Seperti biasa kami akan beraya di sini,KL..
Namanya pun anak jati jadi tiada istilah bergilir-gilir sejak 3 tahun lepas..
Usai solat raya aku anak beranak akan ke rumah bapa mertua di ampang..
Habiskan masa sampai tengahari..
Lepas solat zohor terus pulang ke Melaka..
Melawat pusara arwah ayah sambil menziarahi sanak saudara..

Ahad sampai Selasa kami akan ke Pulau Pangkor..
Buat apa?
Kenapa ke sana?
Em....ttunggulah kemunculan entrynnya nanti...

Biasa2 saja raya aku bersama keluarga tersayang..
Dah ada anak nie kemeriahan lebih terarah kepada mereka..
Persiapan pun taklah gempak mana..
Utamakan yang mana dirasakan perlu..
Jika anak gembira,kami pun begitu juga..

Tahun pertama raya berdua..
Lepas tue,tahun kedua bertiga pula..
Dan kali ketiga raya,cukup korum semuanya..
Memang amazing-kannn.....!!!!!


Notakaki : Raya-raya juga,duit kecemasan kena simpan juga..Beringat dahulu..Peace

Tiada ulasan: