Khamis, 6 September 2012

mesti kuat dan jadi kuat!!!


3 hari cuti sebab kurang air dalam badan buatkan aku lemah selemahnya...
namun aku tahankan saja sebab ianya bersifat sementara...
kali ini aku ke klinik kita saja...
malas mahu ke klinik kesihatan kerana doktor asyik bekalkan ubat asid folik...
naik loya tekak aku bila telan...
hari pertama ke sana doktor suruh buat ujian air kencing...
hasilnya memdukacitakan di mana banyak air yang hilang...
yelah dari jam 4.30 pagi sampailah 3 petang 9 kali aku muntah...
oh...inilah alahan yang paling teruk aku rasakan...
ditambah pula dengan sakit kat perut...
yang mampu aku lakukan adalah baring,tidur,baring dan tidur semula...

MC 2 hari aku gunakan untuk berehat sepuas-puasnya...
air garam yang doktor berikan memang mujarab...
selera makan pun semakin ada...
nasihat doktor agar usah terlalu aktif...
dikhuatiri menjejaskan kesihatan si ibu dan anak...
okie...itu harus diambil berat...

untuk buka buku merah aku rasa mahu buat di klinik kesihatan presint 3...
temu janji seterusnya pada 20/0/2012 jam 8.00 pagi...
harap-harap semuanya berjalan dengan baik...
seperti biasa check up bulanan pasti aku akan buat di klinik panel...
tapi bergantung juga pada tahap kesihatan aku dan orang dalam perut ini...

masih terlalu awal memperkatakan di mana akan aku bersalin...
cuma aku mengharapkan dapat bersalin secara normal lagi...
selepas bersalin aku sudah membuat rancangan untuk menanam implan...
ini adalah semata-mata untuk menjarakkan kehamilan yang ketiga...
apapun kita hanya merancang namun segalanya di tangan Yang Maha Esa...
aku percaya ada sesuatu yang menarik sedang menanti kami sekeluarga...
dalam kepala aku cuma fikirkan yang positif saja...
tak kira apa yang akan aku tempuhi sewajarnya rasa syukur harus dipanjatkan...
rezeki bakal memperolehi cahaya mata kali kedua adalah yang terindah sekali...

bersusah payah dahulu,bersenang-senang kemudian...
di kala usia muda inilah segala tenaga harus dicurahkan...
bila anak sudah besar mudah mengendaliannya...
apa yang penting kerjasama suami isteri...
memang terasa nikmat hidup berkeluarga ini...
segalanya dikongsi bersama-sama...
anaklah pengerat yang paling kuat sekali...

moga-moga kegembiraan ini kekal hingga hujung nyawa...
doa-doakan lah ye kawan-kawan!!!

Tiada ulasan: