Jumaat, 28 September 2012

hari ini hari yang paling seronok


mulakan hari ini dengan hati yang riang ria...
maklumlah minggu depan akan cuti panjang...
haruslah ada rasa gembira tak kepalang...
pergi kerja dihantar oleh suami tersayang...
anak tinggal sekejap dengan emak...
banyak yang kami bualkan dalam kereta...
namun yang menarik perhatian aku adalah apa yang akan aku lakukan sepanjang cuti ini..
takkan mahu terperap saja di rumah...
katakanlah ra'if rifqi sudah sembuh dan alahan aku berkurangan haruslah merancang sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat...
ditambah pula inilah masanya untuk kami meluangkan masa bersama...
yang itu memang aku setuju sangat-sangat...
tetapi biarlah keadaan kesihatan aku dan iqi benar-benar pulih barulah aktiviti percutian dapat dilaksanakan....

apapun aku ucapkan terima kasih kepada sang suami di atas kesudian dia bercuti menjaga anak bersama aku...
walaupun aku tahu kerja dia banyak tapi segala keringat dia aku hargai...
menjaga dua orang yang "sakit" memang menuntut kesabaran...
paling best dapatlah merasa air tangan sang suami...
begitulah hidup berumahtangga kan?
segala suka duka dikongsi bersama...

bulan oktober adalah bulan cinta untuk aku dan wan...
masuk tahun kedua semuanya baik-baik saja...
masih bercinta,masih berlawak jenaka bergelak ketawa jua masih berdebar bila bertentang mata...
dua tahun dibangunkan di sebelah lelaki yang dicintai apa yang mampu aku katakan...
Alhamdullilah masih lagi merasai nikmat bercinta walaupun sudah ada anak sorang...
dan harap-harap keindahan itu akan berkekalan sehingga akhir nafas...
perkuatkanlah jodoh kami Ya Allah...
Amin!!!

1 ulasan:

sharEna berkata...

wahh...dah start cuti pjg next week yer. bestnyaaaaa.....

2 bulan pon dah best..mcm cuti bersalin pon ada hehe