Isnin, 18 Ogos 2014

Hari 2 : Bukit Merah Laketown Resort


Bangkit saja dari tidur terus bersiap ke kafe..
Dapat voucher sarapan pagi percuma..
Bebudak mood mereka sangat baik harinie..
Sementara nak tunggu theme park buka..
Kami jalan-jalan lagi sekitar BMLR..
Ambil udara pagi yang segar bugar,kikiki..







Actualy kat sini ada tempat hiburan kanak-kanak,rawatan urut,kedai cenderamata dan medan selera..
Kalau nak memanah pun boleh juga..
Hati memang teringin nak cuba tapi bawa anak-anak..
Faham-faham jelah kan,kikiki..

Theme park dibuka jam 12.00 tengahari sampai 7.00 malam..
Kalau tidur di sini harga untuk dewasa adalah RM40.00
Dan kanak-kanak lebih 90cm kena bayar RM30.00..
Raiqa masuk percumalah..
Tak boleh tipu tau sebab depan kaunter tiket mereka boleh suruh bebudak berdiri tengok ketinggian..
Nasib baiklah aku dah surver awal-awal kat internet..
Jadi sediakan duit sajalah,hehehhe..












Satu keluarga masuk dalam air..
Rugi tau bayar tapi tak mandi..
Oklah theme-park kat sini..
Besar dan luas..
Sesuai untuk seisi keluarga..
Pakej yang kami ambil nie termasuk dengan ecopark+chairlift..
Sempat singgah kat ecopark dalam 1 jam..
Waktu tue ada pertujukan haiwan..
Perasaan haruslah suka,hahahah..




Serius memang tak sempat tengok haiwan-haiwan yang lain..
Sebab Eky dan Raiqa lebih berminat ke arah air..
Sabar jelahkan..
Tak kisahlah janji mereka gembira kami pun turut rasa begitu..
Jam 6.00 petang baru kami beransur balik ke hotel..
Tengok muka bebudak macam penat dan kelaparan..
Adalah bagi makan nasi goreng dan sandwic..
Tapi tak dijamahnya pun sangat..
Ralit dengan air..

Maka kasi mandi dulu..
Dan lepas Maghrib terus  pergi makan..
Then,balik hotel seperti dijangka..
Ketiduran anak beranak dalam kepuasan pada tahap yang maksimum..

K~bye!!

Jumaat, 15 Ogos 2014

Hari 1 : Bukit Merah Laketown Resort


Pembuka tirai cuti 2014 adalah ke Bukit Merah Laketown Resort (BMLR)..
Tak susah pun nak ke sana..
Kalau ikut highway memang senang sangatlah..
Masa kami pergi tue tak ramai pun orang..
Maklumlah datang masa weekday..



Kemudahan di hotel amat memuaskan hati..
Selain katil utama ada katil ala-ala ber-double decker..
Jadi taklah bersempit-sempit kami anak beranak..
Hari pertama lebih kepada aktiviti santai..
Lepak dalam bilik sambil layan cerita kartun..
Dalam jam 5.00 kami jalan-jalan sekitar BMLR..
Lepas tu terus terjah ke swimming poollah..
Eky memang hantu air.
Cuma Raiqalah memula dia agak takut..
Tapi kelamaan nampak teruja..







Usai mandi lekas-lekas bersiap untuk makan malam..
Kat luar BMLR ada banyak kedai makan..
Jangan risau ye..
Balik makan apa lagi kita tidurlah..
Kasi rehat untuk aktiviti mandi-manda esok harinya :)

Selasa, 5 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014..!!

Assalammualaikum...

Minggu baru semangat pun baru..
Tak sabar mahu cuti-cuti Malaysia esok..
Melapangkan diri sambil melayan kerenah anak-anak di samping suami tercinta..
Rasanya inilah kali pertama dalam tahun 2014 kami bercuti..

Nikmatilah foto raya kami anak beranak yang bertemakan merah jambu..
Pilihan 2 minggu sebelum menjelangnya Syawal..
Syukur dapat meraikan Aidilfitri tahun ke-4 bersama Wan..
Dan kali ke-3 sebagai seorang ibu..
Ameen..!






Raya ke-2 baru kami berangkat ke Melaka..
Tidur satu malam saja..
Terasa sayu tatkala ke kubur arwah ayah..
3 tahun sudah arwah pergi buat selamanya..
Usai ke kubur kami ziarahlah rumah saudara mara terdekat..



Mujurlah masa balik hari Rabu jalan masih clear..
Itupun tak terus balik rumah..
Sambung raya ke rumah adik beradik Wan..
Walaupun penat hati tetap girang..
Rayakan setahun sekali..
Jadi mana jemputan yang ada akan sedaya upaya penuhi..

Ok~~~~bai!!