Jumaat, 20 Jun 2014

Panas Katanya..!!


Lately cuaca amat panaskan..
Walaupun dah pasang aircond bahangnya tetap terasa..
Kalau orang dewasa macam kita nie tak tahan..
Apatah lagilah budak-budak..




Sudah seminggu Eky tak mau pakai baju..
Panas katanya..
Lebih selesa berkeadaan begini..
Bedak tue saja aku kasi tepek..
Barulah tragik,hahahhah..



Notakaki : Bulan depan genap 3 tahun usianya budak tembam ni..!!

Isnin, 16 Jun 2014

Floria 2014..!!


Kejadian berlaku Sabtu lepas..
Bertolak dari rumah lepas Asar..
Saja pergi petang sebab maklumlah cuaca panas..
Kasi anak-anak tidur dulu..
Baru syok keluar kan...

Ini kali kedua kami anak beranak ke sini..
Tahun nie dikenakan bayaran..
Atas sebab apa kurang pasti..
Terkejut juga pada mulanya..
Tapi alang-alang dah sampai kita tempuh sajalah..
Mujurlah budak berdua tue masuk percuma..
Okie,tiket dewasa RM3.00..
Kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun caj adalah RM1.00..




Sejujurnya aku bukanlah pecinta bunga..
Datang ke sini pun sebab mahu bawa anak-anak berjalan..
Adalah juga aktiviti buat merekakan..
Syukurlah budak berdua tue tak banyak hal..
Enjoy dan gembira sepanjang 2 jam..
Alhamdullilah cuaca berpihak kepada kami..
Redup dan berangin saja,heheheh..





Minggu depan  ada pertunjukkan Magic Of The Night kat Putrajaya..
Rasa-rasa nak pergilah,kakakka..
Apapun kita tengoklah nanti ye..


K~~~bai



Khamis, 12 Jun 2014

Raiqa oh Raiqa


Anak bongsu aku (buat ketika ini) sudah 1 tahun 3 bulan..
Ala cepatnya masa berlalu..
Sangat aktif dan tak reti duduk diam kecuali sedang tidur..
Ada saja benda baru yang dia belajar..
Sejak ada "kaki" laju benar dia berjalan..
Badan tetap maintain kurus walaupun sejak akhir-akhir nie selera dia menjadi-jadi..
Baguslah tue kan..!


Gigi baru ada 5 batang..
Suka membebel tatkala sedang tengok tivi..
Minuman kegemaran selain susu adalah ribena..
Dan paling penting dialah kawan bermain Eky yang paling ngam :)


Ramai cakap muka Raiqa mirip muka aku..
Tapi susuk tubuh lebih mengikut babahnya..
Tinggi dan kurus,heheheh...


Okk~~~~bai


Isnin, 9 Jun 2014

My Baby Boo


Assalammualaikum..

Mood berbloging sudah ke laut..
Sibuk sepanjang masa setiap hari..
Tapi aku suka :)

Seperti biasa hujung minggu adalah untuk Eky dan Raiqa..
Alhamdullillah mereka membesar dengan aktif,sihat dan akal pun makin cerdik..







Tiada yang lebih gembira dari melihat anak membesar depan mata..
Menakjubkan okie..!!


Salam Isnin..