Jumaat, 29 November 2013

Masih Angka Ini..!!!



Al-kisahnya,semalam balik lewat..
Sebab Audit nak mari hari ini..
Petangnya dapat arahan kena buat OT..
Kita ikutkan sajalah..

Sebelum balik singgah kat bilik pengarah hantar dokumen..
Tengok line clear je..
Terus naik alat penimbang dan cepat-cepat snap..
Dan inilah hasilnya,kuikuikui..

Masih kekal di angka itu..
Tapi tetap tak puas hati..
Kalau dah namanya perempuan begitulah..
Kenalah usaha lebih lagi..

Nampak gayanya setiap hari harus BERSENAM lah..!!

Khamis, 28 November 2013

Tengah Musim..!



 Dulu masa kecil kalau nak makan durian..
Punyalah lama nak tunggu musim..
Rasa macam setahun sekali..

Tapi sekarang ni..
Setahun macam 3 kali musim pulak rasanya..
Malah kadang-kadang durian ni dah macam tak bermusim..
Dekat Jusco tu memanjang ada raja buah..

Sama ada teknologi yang semakin canggih
Ataupun dunia nak terbalik..
Fikirkan sendirlah ye..!!

#Gambar hasil Google..!



Notakaki : Rezeki hujan lebat semalam..Terima kasih yang memberi..

Isnin, 25 November 2013

Kawan-Kawan di JWN..!!


Belum pernah sekali cerita perihal kawan-kawan baru di sini..
Sebenarnya nak kata rapat tidaklah..
Sebab mereka nie semua lain unit dengan aku..
Kat unit pentadbiran hanya aku saja wanita..
Jadi bila waktu makan tengahari atau ada apa-apa majlis dengan merekalah aku join..



Seingat aku gambar ini diambil masa sambutan harijadi Profesor Dr. Siti Zurina..
Di JWN beliaulah bos kami..
Aku dengan sapa pun boleh kawan..
Tak ada hal punya..
Janji okie dan sama-sama boleh tolenrasi..
Aku kan budak baru makanya haruslah lebih mesra dengan orang yang lebih senior..
Jangan sombong dan kena selalu senyum..
Betul tak..?


Kisah Biasa..!!


As-salam semua..

Otak agak kosong ketika ini..
Nak kata penat tidaklah juga..
Puas duduk rumah 2 minggu berturut-turut..
Cuma petang semalam lepak kat Taman Tasik Titiwangsa..
Sekali pergi terkejut..
Ramai benar umat manusia..
Okie,baru teringat sekarang musim cuti sekolah..
Rasanya kalau setiap minggu buat aktiviti santai begini pun kira memadai..
Kasi pendedahan untuk Eky bersosial sikit..


Lihatlah betapa sukanya 2 beradik nie bilamana dibawa bersiar-siar..
Teringin mahu gantikan stroller baru untuk Raiqa..
Tapi bila bincang dari hati ke hati Wan kata tak perlulah..
Sebab Raiqa tak reti duduk diam..
Makanya terpaksalah bergilir-gilir dukung..
Apa nak dikata kita pasrah sajalah..


Bila ada anak semua pelaburan tertumpu pada mereka..
Benda yang penting sudah tentulah susu dan pampers..
Lain-lain tue berada di ranking kedua dan seterusnya..
Rasanya dah lama tak beli baju baru untuk bebudak..
Em..hari Jumaat akan cuba mencuri masa ke Manjaku:)
Untuk diri sendiri tak ada hal..
Sebab banyak baju dalam almari tak pakai lagi,hahahhaha...



Notakaki : Bila datangnya hari Isnin rindu pula sama weekend..Setuju tak..?





Jumaat, 22 November 2013

Eky Pula Yang Tak Sihat..!!


Bergilir-gilir pula 2 beradik nie demam..
Pagi tadi bila periksa suhu badan masih ditahap okie lagi..
Hanya batuk dan selsema yang menyerang..
Yang kelakarnya boleh pula Eky minta kentang goreng..
Layankan saja permintaan dia..


Tetap datang kerja..
Ada benda kena selesaikan..
Sayang ambil cuti sebab rumah dengan pejabat dekat sangat..
Makanya kita ber-half day sajalah..
Dengan syarat kena siapkan kerja cepat-cepat,hahahha..


Anak kecil dan demam memang tak boleh dipisahkan..
Dulu kalau anak sakit kelam kabut juga aku dibuatnya..
Maklumlah ketika itu kerja jauh..
Pergi kerja pun hati tak tenang..
Badan di pejabat tapi otak dok memikirkan keadaan anak..
Walaupun Opahnya yang jaga namun naluri keibuan tetap ada rasa risau..
Normallah tue kan..?

Aku sentiasa berdoa agar kedua-dua mereka diberi kesihatan yang baik..
Seriau juga mengenangkan cerita kawan-kawan bilamana anak kena tahan di wad..
Lain orang lain dugaannya..
Yang pasti membesarkan anak bukannya mudah..
Sama-samalah kita lakukan yang terbaik ye..!!


Notakaki : Setiap hari tak sabar balik rumah..Gelagat 2 beradik nie mamang mencuit hati!!

Selasa, 19 November 2013

Perihal Eky dan Raiqa..!!


Semalam,Eky dah 2 tahun 4 bulan..
Esoknya pula Raiqa genap 8 bulan..
Beza mereka adalah 1 tahun 8 bulan..
Ramai tanya cabaran punyai anak yang jaraknya dekat..
Setakat ini aku mampu mengatasinya..
Cuma ada masanya perasaan geram datang menyinggah bilamana kedua-dua buat "perangai"..
Lama-lama aku semakin lali..
Apalah yang mereka tahu..
Layankan je sudah..


Syukur jugalah sebab Eky sudah pandai berdikari..
Tab adalah benda kesayangan dia sekarang..
Celik saja mata tablah yang dicari..
Tatkala tangannya menekan item "Youtube"..
Terus suruh Mama atau Babah buka cerita Upin Ipin..
Bila mahu makan dia akan bersuara..
Dia sedang berdikit-dikit mahu bercakap..
Cuma kedengaran agak pelatlah..
Bab makan dialah hero..
Bangun tidur harus ada nasi..
Kalau dulu dia suka apa jenis sup..
Tapi kini dia tak kisah apa lauk yang dihidang..
Janji kenyang..
Sakit-sakit macam demam tue biasalah..
Budak tengah membesarkan..
Lebih rapat dengan Babah..
Tapi bila nak tidur akan cari Mama,hahahah..
Adil dan saksamakan..!!


Setiap anak berbeza-beza dari segi minat,karakter,peel dan sebagainya..
Benar kata orang menjaga anak perempuan lebih mencabar..
Raiqa orangnya berjiwa sensitif dan lemah lembut..
Tak boleh ditinggalkan keseorangan..
Bila mahu tidur harus dalam buaian..
Kadang-kadang puaslah didodoi tak lelap juga..
Itulah masalah bila dibawa berjalan-jalan..
Jenuh jugalah dodoi sampaikan naik letih tangan ini,heheheheh..
Sedang belajar berdiri..
Belum ada tanda-tanda pertumbuhan gigi..
Tak kuat makan macam abangnya..
Namun cukup suka gelak dan menjerit,heheheh...!!


Pada aku jarak anak tidak menjadi isu..
Sebab aku tahu tahap kemampuan diri sendiri..
Alhamdullilah Allah makbulkan permintaan kami untuk ada 2 orang sebelum umur 30 tahun..
Jadi tumpuan selepas ini hanya kepada mereka..
Tiada petua yang aku amalkan..
Sentiasa positif dan sedaya upaya bersikap cool dalam apa jua situasi..
Mana sisi negatif aku sedaya upaya buangkan jauh-jauh..
Kerana jujur aku akui bahawa aku gembira dengan kehidupan aku kini..
Dan semga ianya begini sampai akhir nafas..
Ameen..

Lain orang lain perancangannya..
Tepuk dada tanya selera
Chill..!!


Notakaki : Perkahwinan adalah satu perjudian..Ada turun naiknya..Namun sebagai manusia apa saja takdir kita kena terima seadanya..Masih dan sedang belajar mengenai alam rumah tangga..Sama-samalah kita doakan yang terbaik ye..!!


Hallooooo Selasa..!!


As-salam semua..

Menjadi rutin setiap pagi aku dan Wan akan sarapan bersama..
Tak jauh pun..
Dekat-dekat dengan kawasan pejabat..
Dulu langsung tak berkesempatan..
Jadi bilamana ada masa ni marilah kita manfaatkan sebaiknya :)


Lega sebab kursus 7 hari telah lengkap..
Sejak ada anak malas nak pergi kursus yang 3-4 hari..
Tak sanggup berjauhan dengan anak..
Esok dan lusa pun ada seminar..
Tapi mujurlah mereka buat kat Dewan Badminton Istana Negara nie..
Jangan banyak soal dan kita pergi sajalah memeriahkan suasana..
Peace..!!


Ini foto hari Ahad..
Lepak-lepak kat Masjid Putrajaya..
Aktiviti yang agak simple pada hari itu..
Anak-anak gembira Mama dan Babahnya apatah lagi,kuikuikui..


Notakaki : Aduh berat badan masih pada angka 59kg..Harus usaha lebih lagi..Chaiyyyoookkkkk






Jumaat, 15 November 2013

Hero dan Heroin Saya..!!!




Notakaki : Mama sayang kamu berdua,Muhammad Ra'if Rifqi & Auni Nur Raiqa

Jumaat Yang Dingin..!


Assalammualaikum semua..!!

Syok betul hujan malam tadi..
Tarik selimut dan syukur tidur agak lena..
Kalaulah hari ini hari Sabtu alangkah indahnya..
Melihatkan mereka-mreka yang tersayang yang masih lena diulit mimpi bercampur-baur rasa..
Alhamdullilah Allah masih memberi kesempatan bernafas sehingga detik ini..

Tanggal 15/11 genap 2 tahun pemergian ayah..
Tak pernah waima sedikit luntur ingatan kami kepada arwah..
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan arwah di alam sana..
Moga ayah tenang dan rohnya dicucuri rahmat..
Ameen..!!

We are always love and miss u,Ayah..!!





Menjelang 9 Muharam aka hari Rabu sempat jugalah aku buat bubur lambuk..
Mujurlah malam sebelumnya dah sediakan bahan-bahan..
Pertama kali buat menjadi juga akhirnya..
Dan paling gembira habis licin dimakan..
Boleh jadi pembakar semangat nie untuk dicuba lagi..
Tengok pada masa dan kesempatan lah,hahahha...



Semalam tak masuk pejabat..
Ada kursus di IPPTAR Angkasapuri..
Tajuknya adalah "Bicara Inovasi" bersama Ketua Pengarah Eksekutif animasi Upin Ipin..
Siap bawa maskot lagi..
Tahun 2010 pernah datang ke pejabat mereka di Seksyen 13,Shah Alam..
Ikut rombongan bersama pegawai Kementerian Kewangan..
Yang ditunggu oleh kebanyakkan peserta sudah tentulah "Sepetang Bersama Datuk Rosyam Noor"..
Beliau berkongsi kehidupannya semasa kecil sehinggalah menjadi terkenal..
Orangnya sungguh merendah diri dan mesra..
Lawak juga Rosyam nie tau..

Okielah juga kursus kali nie..
Senang cerita yang baik kita jadikan pengajaran..
Yang kurang elok buang jauh-jauh..
Betul tak..?

Selasa, 12 November 2013

Makan Tengahari di Tupai-Tupai..!!




Tak semena-mena Wan telefon mahu ajak lunch bersama..
Perasaan harus gembira tidak terkata..
Lokasinya di Restoran Tupai-Tupai..
Dekat sangat dengan pejabat aku kat Jalan Istana tue..
Kami sampai agak awal iaitu jam 12.30 tengahari..
Terus beratur pilih lauk..
Ada juga hidangan alacarte..
Tapi bila tengok orang tak henti-henti masuk aku batalkan niat saja..
Menarik juga hidangan yang disediakan..
Ke sana ke sini aku memilih lauk..
Semuanya nampak sedap di depan mata,kakakkaka..
Maklumlah dah lama tak makan nasi beginilah..

Pada belah malamnya ada bufet stemboat..
Harga untuk dewasa dalam RM29.00
Kanak-kanak bawah 4 tahun adalah percuma..
In Shaa Allah kalau ada kelapangan kami akan datang lagi..
Kali nie mahu bawa Eky dan Raiqa..

Kesuluruhannya,kos makan kami RM24.60..
Nampak mahal sebab bersesuailah dengan konsep kedai nie..
Yang datang pun bukan calang-calang orang..
Pergi kat parking boleh dibilang dengan jari berapa saja kereta tempatan..
Yang lainnya semua kereta import okie..
Jadi tak ada istilah mengeluh..
Janji perut kenyang sudah..


Wassalam..!!


Notakaki : Tak sempat bergambar sebab terlalu lapar..!

Get Well Soon My Heroin..!!


Tika ambil Raiqa,pengasuh kasitau badan dia dedar..
Bawa pulang dan sukat suhu..
Benar dia demam..
Lap-lap badan selepas tue bagi dia makan bubur..
Seleranya agak bagus..
Habis satu pingaan..
Bila topup sepinggan licin juga..
Dalam hati rasa legalah..


10 minit begitu masukkan dalam buaian..
Terus lena tanpa banyak songeh..
Bincang dengan Wan esok mahu bawa dia ke klinik..
Tapi dalam jam 8.30 malam Raiqa terjaga..
Nangis yang bukan seperti kebiasaannya..
Bagi susu,ditolaknya mentah-mentah..
Jadi periksa suhunya kembali..
Dari 37 kini naik kepada 38.7..
Kami berpakat bawa ke Klinik Ng & Lim kat Pudu..
Memang kalau anak demam dua klinik yang aku akan bawa iaitu Klinik Kita dan Klinik Ng & Lim..
Mujurlah orang tak ramai..
Hasilnya doktor bagi ubat demam dan antibiotik..
Pesannya kalau sampai hari nie masih tahap 38 terus bawa ke hospital..


Syukur malam tadi dia tidur dengan lena..
Langsung tiada kedengaran rengekan..
Bangun pun macam biasa..
Keluar lewat pagi tadi sebab bagi dia makan dulu..
Berkira-kira sama ada mahu ke pejabat atau tidak..
Tapi bila tengok dia ceria dan demamnya seakan kebah,aku batalkan hasrat tue..
Bukan mahu lepas tangan..
Jauh sekali nak susahkan pengasuh dia..
Cuma ada kerja yang perlu diselesaikan di pejabat..
Hujung bulan Audit akan datang..
Jadi sana sini semua orang sibuk..
Dan syukur sangat-sangat pengasuh Raiqa memahami..
Nasib baik pejabat dan rumah dekat yang amat..
Makanya,bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan..


Bulan nie usianya Raiqa cukup 8 bulan..
Berat terkini adalah 6.4kg..
Syukur ada pertambahan..
Doktor kata asal dia sihat,aktif dan cukup makan tiada apa yang perlu dirisaukan..
Bab tue aku tak kisah sangat..
Hanya jauhari mengenal manikamnya..

Cepat sembuh ye Auni Nur Raiqa..!


Notakaki : Dapat parcel dari Jerman..Thanks Dila sekeluarga..!

Isnin, 11 November 2013

Hujung Minggu Yang Santai..!!




Aktiviti hujung minggu kami..
Tengok tivi,makan dan paling best dapat tidur yang cukup..



Notakaki : Minggu depan nak buat macam nielah..Banyak kerja boleh selesai..Setuju!!

Khamis, 7 November 2013

Sibuk Sepanjang Hari..!!


Fuhh baru boleh bernafas hari nie..
Macam-macam hal berlaku kat pejabat..
Tapi aku anggap ia adalah normal..
Resam bekerja beginilah..
Janji beres tugas aku sudah..
Kini menghitung minit untuk pulang ke rumah..
Bergomol bersama anak-anak :)

Okie,hari nie dapur off-day..
Mahu menghayati episod akhir Love U Mr Arrograny dengan hati girang..
Harap-harap happy endinglah ye..!

Cerita yang hangat bagi ibu bapa adalah kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan..
Nak tercabut nyawa bilamana tengok rakaman video tue..
Aduhai urut dada aku..
Apalah salah budak-budak tue..
Kalau tak mahu jaga jangan buka pusat asuhan..
Langsung tak ada sifaT perikemanusian sungguh..

Inilah delima bagi ibu bapa yang keluar bekerja..
Bercampur-baur perasaan tatkala meninggalkan anak kepada orang lain untuk dijaga..
Aku selalu berdoa agar pengasuh Raiqa menjaga dia sebaiknya..
Memang menjadi impian setiap ibu yang bekerja mahu menjadi suri rumah..
Menjaga anak sendiri,mendidik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga..
Tapi adakalanya keadaan tidak mengizinkan..
Hidup di bandar KL kosnya sangat tinggi..
Bukan menidakkan kemampuan suami untuk menyara keluarga..
Cuma sebagai isteri perlu ada rasa timbang rasa dalam hal ini..
Sekurang-kurangnya beban yang dipikuL ketua keluarga berkurangan..

Kita sudah sedaya upaya berusaha..
Selebihnya kita serahkan pada-NYA jua..
Moga-moga Allah memberikan perlindungan kepada anak-anak yang dijaga oleh pengasuh..
Ameen..!


Notakaki : Esok ada kursus "BETULKAH BAHASA MELAYU SAYA" di IPPTAR..Suka dan suka..Horrey..!!

Rabu, 6 November 2013

Mini Vacation at PD - Last Day..!


Sebelum anak-anak bangun Wan beli sarapan..
Kasi cas tenaga di hari terakhir..
Kali nie hanya Babah dan Eky yang mandi..
Raiqa terpaksa melihat dari jauh sebab dari malam semalam dia asyik cirit birit..
Kesian tengok punggung dia yang merah-merah..
Bila periksa suhu tak ada demam pula..
Dalam hati berdoalah agar dipermudahkan segalanya..

So,this is the best shoot before check out..
Let's see ya..!















Tamatlah siri mini percutian ke PD..
Secara keseluruhnya memang berbaloi ke sini..
Lepas nie mahu duduk 3 hari 2 malamlah..
Tapi tunggulah bila Raiqa dah pandai berjalan..
Barulah happening kan..!!

Mini Vacation at PD..!!


As-salam semua..!!

2 minggu sebelum kejadian,Wan buka mulut mahu ke Port Dickson..
Haruslah aku bertepuk tangan dengan ideanya tue..
Tapi syaratnya kena ada kolam renang..
Gigihlah aku meng-google..

Dan akhirnya pada Ahad lepas dapatlah jejak kaki ke Prima Inland Sea Resort PD..
Tidur 1 malam saja..
Selasanya bolehlah berehat-rehat di rumah..!!
Studio Room yang kami menginap nie unit persendirian..
Harganya adalah RM130..
Biliknya agak sederhana tapi memadailah buat kami sekeluarga..





















Selesai hari pertama yang boleh diibaratkan hari membasahkan diri..
Untuk mandi kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma..
Manakala yang dewasa wristband aka gelang cuma RM35.00..
Boleh dipakai selama 2 hari..
Kali nie aku hanya jadi pemerhati saja..

Gambar hari kedua sambung nantilah ye..!