Khamis, 30 Ogos 2012

inilah gambar raya kami bertiga!!








hanya aku dan ra'if rifqi yang sedondon...
babahnya lain pula warna ungu bila dalam foto...
tak kisahlah...
janji bahagia!!!!

Rabu, 29 Ogos 2012

back to normall!!!


masih lagi dalam mood rayakan?
walaupun sudah kembali ke pejabat namun kemeriahan tetap terasa...
gambar raya masih belum ditransfer lagi...
sibuk memenuhi undangan rumah terbuka...
pulang saja ke rumah terus nampak bulan dan bintang...
begitulah yang berlaku hujung minggu lepas...
orang datang rumah haruslah dilayan...
masaklah mihun atau mee goreng bagi santapan mereka...
kira okielah tue!!!

sementelaah wan dalam bercuti ini dapatlah pergi dan balik kerja dijemput...
merasalah tengok wayang selepas waktu kerja hari isnin itu...
seperti biasa cuti 3 hari ini jadual padat...
ada saja kaum keluarga dan teman-teman yang mengajak ke rumah mereka...
walaupun penat tapi aku gagahkan diri jua...
maklumlah setahun sekali...
bermakna dapur pun bercuti juga,hahahha...

Alhamdulillah sejak berbadan dua ini kesihatan aku amat baik sekali...
loya-loya pun tiada...
pening tue adalah cuma masih boleh dikawal...
berbeza sungguh semasa mengandungkan ra'if rifqi...
em...semalam ada sedikit kegemparan yang berlaku ke atas diri aku...
dimana sewaktu mandi didapati terdapat tompokan darah...
lalu aku beritahu kepada wan...
dan serta merta kami ke klinik kesihatan desa pandan...
terus ke kaunter pendaftan dan dalam 5 minit nama aku dipanggil...
doktor suruh baring...
diambilnya darah aku dan kemudian ujian air kencing dilakukan...
maka patuhlah aku dengan arahan itu...
kata wan,aku nampak relaks dan begitu tenang...
langsung tiada rasa cuak...
entahlah sejak mengetahui yang mengandung kali kedua begitulah aku...
fikiran kosong dan paling penting aku terima berita ini dengan rasa syukur yang melimpah ruah...
ada hikmah yang tersirat yang aku sendiri sukar jelaskan...

1 jam keputusan ujian baru diperolehi...
perut pun belum terisi lagi maka kami pun pergilah bersarapan...
sembang-sembang angin lalu...
nampak saja muka aku terus jururawat panggil jumpa doktor...
syukur semuanya baik-baik saja...
tiada apa masalah pun cuma doktor menasihatkan agar supaya tidak terlalu aktif...
dikhuatiri akan membahayakan diri dan kandungan...
banyak rehat dan minum air masak...
adalah dibekalkan beberapa ubat...

pulang ke rumah terus tidur...
tugas memasak,mengemas rumah,basuh baju dan menjaga ra'if rifqi semuanya dilakukan oleh encik ridzuan...
hari ini rasa lapang kepala otak dan diharapkan hari-hari seterusnya begitu jugala ye...:)


notakaki:entry mengenai raya akan menyusul bila ada kelapangan okie!!



Sabtu, 18 Ogos 2012

esok sudah raya!!!



selamat datang syawal dan berlalulah ramadhan yang pasti akan dirindui...
di kesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kaum keluarga,adik beradik,sanak saudara dan teman-teman yang dikenali...
railah syawal ini dengan penuh kesyukuran...
sememangnya tiada yang paling membahagiakan selain beraya bersama yang tersayang...

juga dipohon beribu kemaafan serta keampunan sekiranya terdapat kesilapan dari segi perlakuan mahupun perbuatan!!!


ZUAN,ZURA&RA'IF RIFQI...

Rabu, 15 Ogos 2012

WW-kereta idaman!!




notakaki:encik suami yang sedang gigih menyimpan duit mahu beli ini kereta...harap-harap tercapai ye encik ridzuan!!

Selasa, 14 Ogos 2012

nasi goreng pun sedap apa!!!


kemalasan memasak sedang melanda kini...
seperti biasa bila mengandung begitulah keadaan...
mahu menyinggah di bazar ramadhan tiada hati sudah...


mempersembahan nasi goreng ikan masin ala zuera...
habis dimakan dan mujurlah aku masak lebih...
sampai ke sahur nasi ini dijamah oleh kami...
kenyang juga dengan menu yang ringkas ini...


alang-alang sudah masak nasi goreng ikan masin...
maka untuk ra'if rifqi aku buatkan nasi goreng daging...
bermenu nasi gorenglah kami malam semalam...
okielah tuekan!!!

hari ini cadang mahu masak tomyam...
terlebih rajin pula sebab bahan telah disediakan...
tinggal acara campak-campak saja...

seronok tau masak ini sebenarnya...
lebih nikmat jika licin disantap oleh yang tersayang...:)


raya saja dalam fikiran!!!


Insya-Allah selepas maghrib esok aku dan wan akan ke jalan tar...
harap-harap dapatlah beli baju kurung raya yang diingini...
memandangkan perut aku masih belum kelihatan lagi...
jadi bolehlah aku sarung baju kurung moden nanti,hehehhehe...

tinggal 5 hari baki untuk membuat persiapan raya...
syukur semuanya mengikut perancangan...
duit raya telah selamat masuk dalam sampul...
kuih raya berjaya dimasukkan di dalam bekasnya...
terima kasih kepada sang suami kerana membantu meringankan kerja...
mood kerja makin lama semakin merudum...
almaklumlah kali ini dapat merasa beraya bertiga secara lengkap...
tahun lepas tak berapa best sebab ra'if rifqi baru berusia 3 bulan...
mahu dibawa berjalan pun tak berapa berani...
pergi menziarahi sanak saudara yang terdekat sajalah...
kini bila dia sudah berjalan barulah berkobar-kobar mahu sambut raya...

bercakap pasal raya,plan asal adalah ke rumah bapa mertua terlebih dahulu...
lepak-lepak sambil makan dan beramah mesra bersama ipar duai...
tengahari sikit barulah ke rumah emak
selepas makan berangkatlah aku,wan,hero kecil,emak,angah dan ucu ke kampung arwah ayah di melaka...
itulah senang jika kampung satu kapal...
kata sepakat mudah dicapai...
tiada istilah penggiliran...
sampai selasa kami di sana...
banyak agenda yang telah aku aturkan...
sudah semestinya yang paling syahdu bilamana menziarahi pusara arwah...
sebak di hati hanya Tuhan yang tahu...
semoga arwah ayah tenang di alam sana...
Amin!!!

balik ke kuala lumpur pada rabu...
rehat-rehat melepaskan lelah dan penat...
khamis terus pecut ke ipoh...
tengok rumah kami yang telah siap itu...
cuma kunci saja yang belum dapat...
sambil-sambil itu merondalah di rumah sanak saudara sebelah wan...
menumpanglah tidur kami 3 beranak di rumah pak ngah salleh...
jumaat malam kami akan bertolak pulang ke kl...
sabtu dan ahad masih belum ada aktiviti...
mungkin akan menziarahi ke rumah keluarga terdekat...
dan besar harapan aku agar ra'if rifqi berkeadaan sihat sejahtera...
kita hanya merancang selebihnya aku serahkan pada Illahi...


notakaki:emak baru telefon kirim beli kerepek...okielah emak,anakmu menurut perintah!!!

senaman bagi ibu hamil!!!





notakaki:harus mendapatkan nasihat dari doktor ye...buat masa ini aku lebih banyakkan berjalan dan bergerak walaupun perut semakin mengeras!!!

Isnin, 13 Ogos 2012

lempeng pisang di petang sabtu~~~



macamana berselera tak nampak lempeng ini...
okie,inilah kudapan hero kecil petang sabtu...
saja-saja buat demi memenuhi masa lapang...
seperti biasa habis dimakan oleh ra'if rifqi...:)

usah dengar cakap orang!!!


ada juga kawan-kawan bertanya mampukah menjaga 2 orang anak sekaligus...
yelah,ra'if rifqi sedang melasak...
tentu pelbagai kerenahnya yang terkadang boleh menimbulkan marah...
akal pula semakin panjang...
ada saja tingkah lakunya yang di luar jangkaan...
anak lelaki peel-nya lain berbanding anak perempuan...
malah ada juga yang berkata takut perhatian dan kasih sayang yang tertumpah pada ra'if rifqi akan berkurangan...
dengan memegang 3 gelaran sekaligus kredibiliti aku dipersoal...


jawapan aku mudah setiap anak adalah pembawa rezeki...
memang kami merancang tapi tidaklah sampai harus berfikir banyakali untuk menambah ahli keluarga...
apa yang kami lakukan melalui kaedah perancangan sendiri...
tak perlulah aku terangkan lebih mendalam sebab umum sedia maklum...
cuma bilamana ra'if rifqi telah mencapai usia setahun...
kami sepakat untuk menimbang cahaya mata kedua...
maka datanglah kesediaan kami itu secara spontan...
dengan umur yang sedang-sedang elok,kesihatan yang baik dan dianugerahkan kudrat yang sihat aku rasa tiada salahnya ke arah itu...
jika niat kita baik Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan...

cakap-cakap orang ketepikan dahulu...
bila ada yang memberi komen yang macam-macam senyumkan saja...
tak usah dilawan atau dibantah...
pandangan manusia berbeda...
nasihat yang baik kita ambil...
sementara yang berunsur kurang elok buangkan saja...
yang penting kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri dan suami...
perkongsian hidup berkelamin menuntut kerjasama dari dua pihak...


Alhamdullilah perjalanan rumahtangga aku sangat bagus...
apa yang terjadi pada kemudian hari di luar kemampuan aku...
aku sentiasa berfikiran positif di mana titipkan rasa hormat dan kepercayaan...
ah,masakan dia pernah bertikam lidah,tersentuh rasa dan berkecil hati...
takkan yang indah-indah saja mahu dipertontonkan...
ya,memang ada berlaku...
dan itulah yang menambah rasa kemanisan rumahtangga...
banyak benda yang kita akan pelajari tatkala berlainan pendapat...
bila pasangan berbeza tingkah laku,minat dan kesukaan sedikit sebanyak ianya memeriahkan suasana...
gaduh adalah perkara normal sebenarnya...
selepas itu berlakulah adegan pujuk memujuk...
bukankah itu nikmat namanya???

aku yakin wan juga merasai apa yang aku rasakan...
mencipta bahagia itu memang mudah...
namun untuk mengekalkannya banyak cabaran dan dugaan...
privasi tetap ada cuma pandai-pandailah bahagiakan masa...
kemesraan masih lagi mampu aku cipta...
anggaplah pasangan kita untuk sebagai kawan...
kekalkan momentum hubungan seperti mula bercinta...
bahagia itu ada dalam diri masing-masing...
cuma terjemahannya lain pada setiap pasangan...

perihal orang baru yang akan muncul lagi 9 bulan...
diharapkan menambah lagi keceriaan kami sekeluarga...
dari segi mental dan fizikal boleh dikatakan bersedia...
percayalah tidak akan kurang rasa sayang terhadap ra'if rifqi...
meskipun hadirnya 'kawan barunya' nanti...

moga-moga baiklah semuanya ye!!!

memaksimumkan masa yang ada!!!

2 hari cuti memang aku dan wan manfaatkan habis...
bermula sabtu kami mencuci tingkap,bekas letak kuih raya,tukar cadar katil yang  baru dan berkemas apa yang perlu...
semuanya dibuat secara bergilir-gilir...
Alhamdullilah berjaya diselesaikan sebelum petang...
dengan menu yang ringkas iaitu sardin pedas,telur dadar,sayur kangkung masak ikan masin dan daging goreng akhirnya licin dimakan oleh ketiga-tiga kami...

esoknya jam 2.00 petang terus ke kompleks membeli belah baru,KENANGA WHOLESALE CITY(KWC)  di jalan hang tuah...
ingatkan tak ramai orang rupanya sangkakan aku meleset...
payah benar mencari parking bila keadaan begini...
tapi mujurlah masih di tahap mampu bersabar...
apa yang menarik di sini adalah keluasan tempatnya...
dan setiap tingkat mempunyai kedai-kedai yang berlainan...
pilihan juga banyak...
terutamanya baju kanak-kanak...
rambang mata aku tatkala melihat baju untuk iqi...
apa lagi terus boronglah,hahahha....
jalan punya jalan ternampaklah baju melayu untuk wan...
maka setelah mencuba dan sesuai terus dibelinya...
ada baju yang menarik minat aku akan tetapi tiada warna yang dikehendaki...
senang betul mencari baju lelaki ini...
jadi sebagai pengubatnya aku rembat 3 pasang kasut...



okie harga baju di sini masih boleh dianggap munasabah...
terutama bagi baju kanak-kanak,jeans dan t-shirt...
banyak pilihan fesyen yang mampu dimiliki...
selepas ini bolehlah ke sini lagi...

nampaknya baju kurung untuk aku terpaksa dibeli di jalan tar...
sambil-sambil tue dapatlah beli kerepek...
rasanya persiapan raya aku hampir sempurna...
seperti yang aku cakapkan raya ini adalah yang sederhana buat kami sekeluarga...
yang paling dinanti adalah percutian di USS...


horrey!!!!



Jumaat, 10 Ogos 2012

1 lagi pingat!!!


bertambah lagi 1 pingat untuk malaysia...
diraih dari atlet terjun 10m platform individu wanita,PANDELELA RINONG...
walaupun pingat gangsa kira okielah tue...
sekurang-kurangnya tidak pulang dengan tangan kosong...


baru 19 tahun umur dia ye...
baguslah tue...
apapun tahniah sekali lagi buat kontijen renang...

MALAYSIA BOLEH!!!

Khamis, 9 Ogos 2012

checklist keperluan raya!!


minggu ini adalah minggu terakhir sebelum raya...
jadi ada beberapa barang yang belum lengkap...
untuk ra'if rifqi semuanya telah selesai...
baju melayu dia awal-awal sudah aku beli...
bagi aku dan wan hanya akan beli di jalan tar rabu ini...
cadangnya selepas isyak terus bergegas ke sana...
ikut hati aku mahu saja pakai jubah pada raya kali ini...
tapi dibantah mentah-mentah oleh wan...
katanya biarlah hari raya pertama bajunya cantik dan berwarna-warni...
supaya menimbulkan keceriaan di pagi raya...
nampak tak siapa yang terlebih teruja menyambut raya...?
aku perhatikan sejak wan tahu aku mengandung dia nampak sangat gembira...
okielah tue kan!!!

kuih raya aku peruntukkan 5 jenis saja...
2 kuih coklat dan selebihnya kerepek...
malas mahu beli banyak-banyak sebab tak ada sapa yang akan makan...
kecuali aku,wan dan hero kecil...
jika ada tetamu mahu datang haruslah disajikan dengan makanan berat yang lain...
bab itu kemudian aku akan fikirkan...
sama ada ada rumah terbuka atau tidak tahun ini bergantung pada situasi...
tapi selalunya mesti kena buatlah...
sebab rombongan adik-beradik wan akan berkumpul beraya beramai-ramai...
senang cerita setiap minggu ada saja rumah kaum keluarga terdekat yang kami akan kunjungi...

langsir rumah aku masih kekalkan yang lama...
sayanglah mahu menukar yang baru...
sebab masih elok dipakai lagi...
lagipun takkanlah ada orang akan tegur pasal langsir kan?
raya adalah mengeratkan silaturahhim...
bukan untuk menunjuk-nunjuk...
setuju!!!

duit raya aku serahkan bulat-bulat kepada wan...
peruntukkan kami hanya RM200...
bagi anak buah aku yang seramai 20 orang itu lebih sedikitlah...
yang lain-lain itu faham-faham sendiri...
harus membajet sebab gaji bulan seterusnya lambat masuk...

duit tol dan minyak juga ditanggung beres oleh wan...
ala lagipun raya kali ini tak kemana-mana pun...
sekadar meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa...

rasanya itu saja cheklist yang aku anggap penting...
cuti yang ada akan dimanfaatkan untuk bersama keluarga...
yang jauh kita rapat-rapatkan...
manakala yang sudah rapat kita eratkan lagi...
betul tak...:)


notakaki:minggu ini adalah minggu mengemas rumah...tengoklah apa yang patut dikemas kita kemaslah kan!!!

Rabu, 8 Ogos 2012

kenapalah suka menyibuk nie?

perihal manusia yang aku paling benci adalah menyibuk tentang hal orang...
tak boleh tengok orang senang sikit...
saja menjolok sarang di tebuan...
perangai tak pernah-pernah berubah langsung...
adalah lebih baik mencermin diri sendiri...
manusia begini memang tak boleh buat baik langsung...
ada saja modal untuk menyakitkan orang...

ish.....kesian sebenarnya dengan orang begini...
lagak di luaran nampak baik tapi dalam hati sangat busuk...
tak pernah menyenangkan hati orang...
terkadang aku hairanlah dengan manusia seumpama ini...
tidak sedarkah perlakuan dia itu menimbulkan rasa meluat orang lain...
memanglah di depan mereka bersikap baik tapi di belakang siapa yang tahu...
bukan aku seorang yang rasa sebegitu malah ada insan lain yang tidak sebulu dengannya...

nasihat kecil dari aku adalah jangan sibuk sangat hal orang...
lebih-lebih mengarah menggunakan nama orang lain...
nanti memakan diri sendiri...
kehidupan orang lain adalah hak orang lain...
makin lama makin tak faham sikap orang begini...
jaga kain tepi kain orang adalah menjengkelkan...
jangan sampai orang buka pekung kamu sudahlah...

hidup ini semacam karma...
takut berpatah balik dekat diri sendiri...
ingat tue...
sekian!!!

ada apa pada angka???


cantik angka hari ini,080812...
tetiba teringat tarikh nikah aku iaitu 101010...
aku sendiri pun kurang pasti kenapa tarikh itu yang kami pilih...
tiada jawapan yang khusus sebenarnya...
dan tiada makna di sebalik tarikh itu...
mungkin mudah untuk dingati sampai bila-bila...
ya,itu sangat pasti!!!

ada sesetengah orang begitu fanatik dengan nombor...
dikatakan nombor itu membawa tuah...
dan tak kurang juga berpendapat ada nombor yang membawa malang...
entah kenapa mereka berfikiran sedemikian pun aku tak faham...
apalah ada pada nombor?
sama saja bagi aku...
mungkin pada orang yang begini mempunyai jawapan yang tersendiri...
pendapat masing-masing berbeda kan?
jadi hormat sajalah...

namun sebagai orang islam mempercayai nombor adalah syirik...
ianya bertentangan benar...
adakalanya mentaliti manusia di laur dugaan...
mahu kaya cepat dimintanya nombor di kawasan kubur...
memuja benda-benda khurafat...
meminta pertolongan jin dan syaitan...
oh...apakah manusia sudah lupa pada Tuhan...?
entahlah....

tiada jalan pintas untuk kaya selain USAHA...
kalau sudah ditetapkan rezeki begini terima sajalah...
cukup makan,minum,pakaian dan tempat berlindung sudah memadai...
boleh berbelanja mengikut kadar kemampuan sendiri...
mampu berjalan ke sana ke sini pun kira okielah tu...

kaya bukan jaminan kebahagiaan...
biarlah tidak kaya asalkan hidup gembira dan selesa...
setuju...!!!

aksi budak 1 tahun!!!












budak 1 tahun yang sudah pandai menerokai dunia permainan kanak-kanak
semua benda mahu dicubaanya...
baguslah begitu ye anak mama...
teruskan berkeadaan begini...
suka mama dan babah melihatnya...
okie!!!

Selasa, 7 Ogos 2012

ke mana tumpah kuahnya...!!!!!





hahahhaha...dua beranak yang ketat muka...
bila tenung lama-lama memang ada persamaan...
ramai cakap hero besar dan hero kecil serupa wajahnya...
baguslah tue kan,heheheh!!!

G.E.M.B.I.R.A



Makin lama kita kenal seseorang tu...makin banyak yang kita ketahui tentang dia...makin bertambah kenangan bersama dia...dan makin susah untuk melepaskannya...apatah lagi untuk melupakannya!!


cewahh,cewahhh!!!!

berfalsafah pula aku pepagi ini...
tapi syukur pada Tuhan sebab memberi peluang untuk merasai nikmat yang indah ini...
banyak kemanisan yang sukar diungkapkan...
kenangan yang tak akan tetap kukuh sampai nafas terakhir...:

Isnin, 6 Ogos 2012

biasa-biasa saja raya kali ini!!!


hari ini sampailah rabu aku tutup dapur...
sebab ada jemputan makan-makan di luar...
iqi akan aku bawa sekali...
murah rezeki kami sekeluarga...
hasil perbincangan dengan wan kami sepakat untuk beraya di kampung arwah ayah...
makcik aku,busu sekeluarga pun akan menyusul sama...
itupun balik petang hari raya pertama...
akan berkampung hingga hari selasa...
baki cuti yang ada kami bercadang ke ipoh...
melihat keadaan rumah yang dibeli wan...
tidur singgah di rumah bapa saudara wan...
esoknya akan pulang ke kuala lumpur...
dan bermulalah ekspedisi beraya di rumah saudara mara yang terdekat...

pagi raya akan ke ampang untuk menziarahi pusara arwah ibu kandung wan...
selalunya wan dan adik beradiknya akan ke sana sebelum subuh...
selesai solat hari raya terus ke rumah bapa mertua...
sesi bermaaf-maafan bermula dari adik beradik wan hinggalah ke cucu...
luangkan masa sekurang-kurang 3 atau 4 jam dan kemudian pulanglah adik beradik menuju destinasi masing-masing...

untuk tahun ini raya sebelah aku agak sederhana...
rasa sedih kehilangan arwah ayah masih terasa...
mood untuk berhari raya agak kurang kemeriahan berbanding tahun lepas...
kuih raya pun kami beli dalam 5 jenis saja...
selebihnya hanya kerepek...
aku akan berkumpul di rumah emak pada malam rayanya...
membantu masak apa yang perlu...
bila bercakap soal raya arwah ayahlah yang paling sibuk...
kali ini agak suram sedikit...
dan yang pasti akan ada air mata yang berlinang tatkala di pagi syawal...

boleh aku simpulkan ini raya yang paling ringkas untuk aku,wan,iqi,emak,angah syu dan ucu...
namun aku mengharapkan raya kali ini memberi satu penghidupan baru untuk aku sekeluarga...
Insya-Allah...
apa yang penting aku dan wan seboleh-bolehnya mahu iqi gembira berhari raya...
maklumlah ini tahun pertama dia merasainya...


notakaki:bertalu-talu ucapan tahniah diterima di handphone...doakan yang terbaik ye kawan-kawan!!!

berita baik:sudah sebulan usianya!!!


syukur kerana diberi peluang kali kedua untuk merasa nikmat itu...
aku dan wan terima pemberian Illahi ini sebagai satu rezeki...
dan aku anggap ianya hadiah ulang tahun perkahwinan ke-2 yang sungguh istimewa...

ingat lagi tatkala berjumpa doktor jumaat lepas...
hasil ujian mengesahkan 99% ada nyawa dalam rahim ini...
reaksi spontan kami adalah tersenyum dan saling berpandangan...
perbincangan dengan doktor amat ringkas sekali...
di mana doktor meminta menjaga kandungan...
masih boleh berpuasa tapi kurangkan aktiviti berat...

dalam masa sebulan ini tiada alahan yang teruk...
cuma sejak 2 minggu terasa akan loya sedikit...
penat pun ada tapi tidaklah ketara...
selera makan seperti biasa...
dan diharapkan pengalaman kedua ini menjanjikan kemanisan yang indah...
masih terlalu awal untuk menjangka apa yang akan berlaku...
cuma harapan aku biarlah semuanya berjalan dengan baik...
dipermudahkan proses mengandung dan bersalin...
Amin!!!

dan bermulalah saat bercheck-up mulai bulan hadapan...
semestinya teruja dan gembira sekali...:)

its ok lee chong wei!!!


rasanya semua dah tahu keputusan badminton olimpik malam tadi...
rezeki tak berpihak kepada malaysia...
chong wei kalah lagi pada seteru utama,lin dan...
apapun malam tadi permainan sangat menarik...
yang pasti chong wei kalah secara bermaruah...
itu lagi penting...



nombor dua pun okie apa...
bukan senang mahu ke tahap ini...
sukar juga lin dan ini mahu ditundukkan...
apapun dapat jugalah pingat walaupun PERAK...


notakaki:mampukah BAM mencari penganti yang hebat ini..sama-samalah kita nantikan!!!

Khamis, 2 Ogos 2012

contoh hidangan untuk si kecil...


baiklah atas permintaan kawan baik  di YM aku tunjukkan contoh KUANTITI hidangan yang aku masak untuk iqi...


ini menu dia semalam...
sup ayam ala mama iqi...
stail aku adalah lebihkan lauk dari nasi...
sebab tak mahu dia berasa jemu asyik makan nasi saja...
hiasan itu aku reka semata-mata mahu menarik minat dia untuk makan...
maaflah jika ianya tidak mencapai kriteria seorang masterchef,hehehhe...
yang penting hero kecil suka dan kenyang...

selepas ini aku kena bagi dia makan selain dari nasi...
oh...bila fikirkan hal ini membuatkan aku begitu teruja sekali...
kerana dari zero pasal masak kini saksikanlah sendiri...:)


notakaki:wan tiada di kuala lumpur...dia ada kerja luar kat pulau pinang...jadi hari ini dan esok pergi kerja sorang-sorang!!!

tak ada tajuk!!!


hujan oh hujan...
bagus juga hujan turunkan?
sejuk sikitlah bumi ini...
tapi bila dingin mata rasa sayup-sayup saja...
padahal tidur awal...
mainan perasaan itu...
usah dilayan sangat...
fokus pada kerja dan cuma sibukkan diri...
itu lagi bagus...

borak dengan kawan kat YM...
dia tanya bilamasa aku memasak untuk iqi...
em...balik saja dari kerja terus aku ke dapur...
walaupun emak menjaga dia sepanjang bulan puasa...
aku takmahu susahkan emak...
tugas emak adalah memantau segala pergerakan iqi...
hal-hal memasak biarlah aku yang buat...
cara aku adalah jam 5 pagi aku sudah bangun untuk sahur...
bekalan iqi adalah nasi dan lauk goreng-goreng...
terkadang aku buatkan nasi lembik yang dicampur dengan sayur,ayam,daging,kentang dan seangkatannya...
ada jugalah aku belikan dia biskut 'tiger' sebagai kudapan buat dia di siang hari...
oleh kerana gigi dia baru ada 6 batang jadi aku kena selektifkan menu begitu...
malam hari selalunya aku akan sediakan menu yang berat sedikit...
bagi dia kenyang sampai esok paginya...
semua itu bergantung pada tahap kerajinan dan mood aku:)...
syukur sebab setakat ini iqi tiada masalah tentang bab makan...
cuma kini aku sedang berusaha menarik minat dia ke buah-buahan pula...
sama saja rutin itu ketika dia dijaga oleh pengasuh...
bekalan harus ada supaya dia tidak berasa lapar...
serius...mula-mula aku rasa agak keberatan...
dalam erti kata yang lain MALAS...
maklumlah kena bangun awal...
tetapi percayalah tatkala bekalan itu habis dimakan timbul perasaan tak sabar mahu masak lagi...
benda yang dirasakan susah itu tiba-tiba menjadi mudah pula...
seolah-olah semuanya berada di hujung jari...
lebih gembira lagi bila melihat dia makan hasil tangan kita sendiri...

aku masih belajar dan terus akan belajar...
pengalaman yang satu ini memang tidak akan aku perolehi di mana-mana...
selagi mampu aku akan lakukan yang terbaik...
Insya-Allah!!!

Rabu, 1 Ogos 2012

udang untuk si kecil!!!


okie,semalam aku cuba lagi satu resepi...
udang masak kunyit...
khas untuk hero kecil...
Alhamdullilah dia makan dengan kenyang...
gembira di hati ini...
horrey!!!




harap-haraplah dia tak gatal ye...:)

WW-insya-Allah!!



kesediaan untuk menambah ahli keluarga!!!


okie,aku sudah bersedia untuk mengandung sekali lagi...
malas hendak bertangguh-tangguh lagi...
sedang kudrat masih kuat dan sihat inilah masa yang sesuai...
umur pun sedang-sedang elok untuk ke arah itu...
kata sepakat telah dicapai di mana wan pun bersetuju...
sasaran aku adalah sebelum umur 30 tahun sekurang-kurangnya ada 2 anak...
namun aku telah ingatkan diri sendiri agar tidak menaruh harapan yang tinggi...
kita hanya merancang tapi kuasa Allah mengatasi segalanya...

sejak bersalin memang aku tidak pernah makan apa-apa pil perancang...
kami merancang secara "natural"...
aku memang tidak percaya konsep memakan ubat tradisional atau pil perancang...
walaupun aku jenis sedang melekat tapi syukur setakat ini kaedah "merancang" kami menjadi,hehehhehe...
dahulu adalah juga aku makan MAAJUN ANGGUN BESTARI...
kesudahannya belum cukup 3 hari aku berhenti makan...
sebabnya asyik ke tandas saja...
setiap kali makan pasti perut aku meragam...
sakitnya hanya Tuhan yang tahu...
tak sanggup rasanya menahan kesakitan yang sedemikian ye...

aku lebih rela menjaga kesihatan dengan kaedah yang semulajadi...
paling penting ianya sihat dan mendatangkan manfaat buat diri aku...
kesihatan adalan benda nombor satu aku titikberatkan...
sebab itu bila menyentuh hal makan aku akan jaga...

aku mengikut pola pemakanan yang telah dicadangkan pakar pemakanan...
masih lagi menikmati hidangan tapi melalui cara yang sederhana...
seboleh-bolehnya nasi tidak mahu aku sentuh waktu bekerja...
hujung minggu haruslah makan sebab ianya hari bersama keluarga...
namun tetap ada sekatan...
orang yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat penyakit...
inikan pula bagi yang tidak menjaga...
pada aku eloklah menjaga dari mengubatinya...
aku benci pada ubat dan apa pil-pil...
jika boleh dalam usia yang begini tidaklah mahu mendapat penyakit...
hospital merupakan tempat yang paling aku tak suka... fikir-fikirkanlah!!!

berbalik pada hal mengandung...
jumlah anak yang diingkan adalah 3 orang...
tapi kalau 2 orang pun sudah memadai bagi kami...
semoga impian itu menjadi realiti...
malas mahu bercakap banyak tentang hal ini...
dikhuatiri bila terlalu tinggi cita-cita takut tak kesampaian...
makanya usaha kena dipertingkatkan...
dan selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa...

setakat ini segala tumpuan tertumpah untuk hero kecil...
oh...memang seronok menjadi mama...
melihat dia membesar di hadapan mata sesuatu yang istimewa...
pendek cerita,segalanya yang indah-indah belaka:)