Selasa, 31 Julai 2012

menu ala kadar!!!


bila malas masak beginilah jadinya...
ikut suka selera sendiri...
tapi mujurlah emak dan wan tiada komen apapun...
aku telah tanamkan dalam diri dalam seminggu harus masak sekurang-kurangnya 3 kali...
nanti naik lemak pula badan ini...
tiada istilah MALAS kini...
biar menu ringkas asalkan hati ikhlas...
setuju!!!



ikan cencaru+sambal belacan+ulam-ulaman bersama pencuci mulut yang dibeli di bazar ramadhan...
sampai ke sahur ikan cencaru itu licin selicinya...
dalam kepala hari ini mahu masak sardin dan telur goreng saja...
adakah itu akan menjadi realiti...
tunggu saja petang nanti...)

Isnin, 30 Julai 2012

bergeletek bersama KELUARGA ISKANDAR!!!


oh..aku suka drama KELUARGA ISKANDAR ini...
macam satu kehidupan realiti keluarga di malaysia...
aku tak tahu macamana mahu terangkan...
yang pasti inilah drama yang terbaik pernah aku tonton...
asyik tergelak dan terus tergelak...



drama ini bersiaran di astro prima 105 setiap selasa jam 10.00 malam...
usah risau kalau terlepas sebab astrokan suka ulang-ulang tayang,hahahha...:)

bubur pun okie juga!!!





wah,kali pertama makan bubur untuk sahur...
bukan untuk diri tapi untuk suami dan emak...
menu tambahan adalah telur goreng...
komen mereka memberansangkan juga...:)


notakaki:mood agak suam-suam sebab penat bershoping semalam,hehehhe!!!

Jumaat, 27 Julai 2012

entrt versi merapu!!!


agenda esok masih belum pasti lagi...
sama ada duduk di rumah paginya dan selepas berbuka keluar sekejap pergi merasai udara malam...
tadi baru saja salin resepi untuk dimasak esok...
ahad berbuka puasa bersama bapa mertua di kedainya...
horrey.....makan free!!!
hari itu dalam kertas kerja aktiviti esok adalah cari baju raya untuk iqi dan wan...
sementara aku pula sudah siap pun...
mungkin kami akan ke masjid india ataupun sogo...
itu bergantung kepada kelancaran jalan raya...
jika sesak maka berjalan mengambil udara cukuplah...
menghiburkan hati hero kecil yang asyik terperap di rumah...
cuti 2 hari inilah waktu yang sesuai untuk habiskan masa bersama...
sejak puasa ini masa amat terhad buat aku dan wan...
dari pagi hinggalah ke malam sama saja...
jam 8.00 malam emak dan wan terus bergegas ke masjid untuk berterawih...
tinggallah aku berdua dengan iqi...
huh...keaktifan dia terkadang mencabar kesabaran aku...
hendak dimarah apalah budak sekecil itu tahu...
bukan reti duduk diam pun...
segala tenaga dan tumpuan aku kena kerahkan bilamana berdua begini...
namun dalam lubuk hati aku suka melihat teletah dia...
dengan mulutnya yang membebel bahasa sendiri sedikit sebanyak terhibur aku...

okie,berita baik yang aku kongsikan adalah berat aku kini adalah 55kg...
sama seperti berat ideal yang aku inginkan...
sudah hampir sebulan lebih aku tidak menimbang berat...
selasa malam tergerak hati keluarkan alat penimbang dari almari...
hampir mahu terlompat tatkala melihat jarum penimbang...
angka yang aku tunggu-tunggu dari dulu...
lupa pula mahu merakamkan bukti itu...
maklumlah teruja yang amat sangat,hahahha...
formula aku menjadi...
selepas itu aku terfikir cepat benar kesan minum susu SD2 ini...
sebab aku baru minum dalam isnin lepas...
kata mentor tidak boleh makan tapi aku langgar pantang itu...
kini aku sedang berkira sama ada mahu minum susu itu hari-hari atau selang-selikan...
sebab jujurlah bahawasanya AKU SUKA BERAT yang 55kg itu...
tak mahu terlalu kurus sangat...
sederhana begini pun cukup baik!!!!!!!

dari pagi tadi pejabat aku sibuk dengan 5S...
aku pun ada juga telibat...
jadi person in charge untuk bilik serbaguna aka bilik fotostat...
5 hari tugas aku menyusun atur bilik tersebut...
rabu hadapan audit akan datang...
jadi bahagian aku tiba-tiba menjadi sibuk...
penglibatan aku tidaklah sebesar mana...
tolong mana yang mampu saja...
malas mahu menyemak tanpa sebab...
buat tugas masing-masing selepas itu diam...
sekurang-kurangnya ada jugala sumbangan waima kecil...

sekian coretan merapu:)

Khamis, 26 Julai 2012

kenapalah penat sangat nie!!


jadual tidur aku sekarang tak menentu...
jika iqi tidur awal maka cepatlah aku lelap mata...
tapi sejak masuk setahun belum angka 11 jangan harap dia akan tidur...
jadi terpaksalah aku mengambil altervatif lain bagi cepatkan mata dia mengantuk...
selain main puas-puas aku dapat idea iaitu sediakan makanan yang ringkas seperti nestum,buah-buahan campur yogurt ataupun keropok lekor...
saja aku buat begitu sebab mahu biarkan dia tidur lena tanpa menganggu tidur aku...
letih beb bila terpaksa bangun untuk bagi dia susu...
kadang-kadang aku langsung tak sedar dia menangis...
yang rajin buat adalah wan...

aku akui bulan puasa kali ini stamina aku agak kurang...
selepas berbuka terus mata aku mengantuk...
tak tahu sebab apa...
okie,aku memang tak bersahur berat...
menu aku adalah kurma,roti cicah milo atau ratah lauk saja...
dari belum kahwin sampailah kini perut aku ada masalah bila makan waktu sahur...
hari isnin dan selasa aku cubalah makan...
tapi hasilnya sangat teruk di mana sampai pejabat perut aku jadi sebu dan muntah...
tak tahan rasanya menanggung kesakitan...
makanya mulai semalam sampailah bila-bila aku tekad tak mahu makan berat semasa sahur...
cukuplah sekadar buah kurma dan segelas air suam...

berbalik cerita asal ada cadangan menyuruh aku makan multivitamin sebagai penambah tenaga...
tak kurang yang syorkan ubat tradisional...
tapi serius aku malas mahu ambil...
sebab dulu pernah aku makan jamu dan multivitamin,penyudahnya ke tandas jua...
sumpah,tak sanggup lagi menempuh detik itu lagi...
adalah lebih baik aku gunakan kaedah semulajadi iaitu aktifkan diri dengan melakukan senaman ringan...
sentiasa bergerak ke sana ke sini waktu pejabat...
rasanya ini yang terbaik buat aku...

aku harapkan ianya akan kembali normal minggu hadapan...
dan dapatlah aku memahami jadual tidur hero kecil...
bila wan pergi terawih dengan siapa lagi iqi nak bermanja...
mungkin dia tidur lewat sebab mahukan perhatian dari aku kot?
yelah...waktu bermain 5 hari bekerja adalah terhad...
adalah lebih baik aku tidak terus mengeluh tentang hal ini...
layankan saja kerenah dia...
sebab bila dia sudah besar nanti pasti aku akan merindui moment begini...
betul tak?


notakaki:dapat bonus raya...yeah bolehlah pakai masa cuti-cuti di kota singa nanti,hehehhehe!!!

Rabu, 25 Julai 2012

WW-123 brokoli french toast!!



mudanya dah kahwin!!!




yang lelaki umurnya 16 tahun manakala perempuan baru 14 tahun...
untuk melihat majlis perkahwinan mereka lihatlah di YOUTUBE...
meriah bebenar resepsi diorang ini...!!!

tak kurang yang memberi pendapat mengenai perkahwinan yang mencetuskan fenonema ini...
ada yang boleh dipakai dan ada juga yang entah apa-apa...
apapun kita doakan yang terbaik buat kedua pengantin ini...
okie:)

Selasa, 24 Julai 2012

kudapan untuk hero kecil!!!


sebenarnya ini percubaan pertama aku mendedahkan iqi dengan buah-buahan...
walaupun ramai kawan-kawan yang cadangan menu itu...
tak pernah langsung terlintas di hati mahu bagi dia makan...
entah macamana semalam tergerak hati mahu beli pisang dan limau...
jadi malamnya aku buatlah menu ini mengikut acuan aku sendiri....



gaul saja pisang,limau dan anggur dengan yogurt...
belek-belek peti ais ada buah anggur...
makanya tambahkan dan jadilah seperti ini...
hasilnya amat menggembirakan hati...
dari pemerhatian aku iqi lebih suka pisang dan anggur...
limau pula bila dirasa masam mencuka muka dia...
sudah-sudahnya dia buat tak endah langsung limau itu...
saja aku campurkan dengan yogurt...
untuk mencantikkan resepi yang ringkas ini,heheheh....

oklah tue kan....
asal dia makan cukup baik pada aku:)...

sebab napa rajin memasak kini!!!




dari zaman anak dara sampailah sudah berkahwin ilmu memasak aku zero ye...
aku cuma tahu masak yang goreng-goreng saja...
lain-lain resepi aku malas mahu ambil tahu...
malahan ketika baru kahwin pun tiada langsung niat aku untuk belajar memasak...
wan pula tidak pernah langsung menyentuh hal ini...
jadinya aku beranggapan dia memang jenis tak kisah...
bila aku mengandung lagilah hati benci pada bau-bau masakan...
aku ingat lagi ketika mahu menjamu makanan masakan sendiri aku boleh muntah...
bukan sekali malah berkali-kali...
makanya selama mengandung aku gantung kuali dan sudip,hahahhahaha....

mood memasak aku datang secara spontan...
bila waktunya aku sendiri kurang pasti...
yang jelas semasa 3 bulan berpantang barulah roh memasak meresap ke tubuh aku:)...
aku mulakan dengan resepi yang mudah...
boleh dikatakan hari-hari aku search internet untuk mencari ilham...
bila sudah faham terus aku telefon wan belikan bahan-bahan mentah...
minat itu semakin bercambah bilamana iqi berumur 6 bulan...
kenalah masak solid food yang berkhasiat...
bahkan tiba-tiba aku menjadi begitu gembira dan berkeyakinan mahu ke dapur...
rujukan terbaik aku adalah laman web MYRESEPI.COM.MY...
namun tidaklah setiap hari aku memasak...
selalunya aku akan tetapkan 3 kali seminggu memasak...
tapi menu untuk iqi memang hari-hari aku sediakan....
kadang-kadang aku telefon emak untuk bertanya hal-hal masakan...
bayangkan mula-mula ke dapur aku minta resepi buat sardin kat dia...
tergelak besar emak tatkala mendengarnya...
em....memori manis okie!!!

bulan puasa ini aku berazam mahu memasak setiap hujung minggu...
hari biasa bergantung pada situasi...
tak kisahlah seringkas mana hidangan itu asalkan ikhlas...
emak pesan air tangan isteri adalah istimewa...
belajar dan terus belajarlah menimba ilmu masakan...
pada aku pula memasak biarlah dari hati...
tak banyak hidangan pun takpe janji perut kenyang...
sampai bila mahu menggunakan alasan tidak biasa ke dapur...
seronok nikmatnya memasak ini hanya empunya diri yang tahu...
lebih-lebih lagi bilamana sang suami dan anak makan sampai habis...
tergambar seri pada wajah tukang masak...
betul tak????


notakaki:foto di atas juga punca kerajinan memasak...senang sangat pakai alat ini...
marilah mencuba!!!

berniaga sangat bagus!!!


petang semalam singgah sekejap di bazar ramadhan desa pandan...
mahu menjenguk kawan-kawan berniaga katanya wan...
selain itu memberi sokongan moral..
ada 3 kawan dia yang membuka gerai yang berbeza...
gerai tebu digantikan dengan gerai jual minuman soya dan sirap bandung...
yang kedua pula adalah gerai ayam percik madu dan air sirap laici...
manakala yang terakhir memang best sebab mamat ni jual bunga api...
hasil tinjauan dapatlah diskaun untuk ayam percik,air soya dan sirap bandung...
juga dapat rembat bunga api,hehehehhehe...
itupun setelah diberi potongan harga oleh empunya bos...



kata wan tahun ini agak kurang meriah bazar ramadhan itu...
makin sedikit pula gerai yang berniaga...
tak tahulah sebab apa...
mungkin faktor masa dan wang agaknya...
berniaga kecil-kecilan ini nampak saja mudah...
tapi penatnya hanya tuan tanah yang tahu...


jadi tak kiralah apapun perniagaan yang dilakukan biarlah JUJUR...
tak suka peniaga yang mengambil kesempatan...
kalau mahu maju dalam perniagaan hati kena bersih...

setuju!!!




Isnin, 23 Julai 2012

tips-tips sepanjang berpuasa!!!


TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA

* ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak...
* lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme...waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam...
* minum banyak air terutama air kosong kerana ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak...
* elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan...

TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA

* jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa kerana ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
* kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak...
* kurangkan makanan tinggi gula...
* kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat...minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan...ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
* elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet...biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin...
* kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas...

TIPS BERBUKA PUASA

* jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum...
* makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak...
* adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa...kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral...
* hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur...begitu juga buah-buahan serta lebihkan minum air kosong...
* hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu...elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu .
* kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam...selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman...


notakaki:bulan puasa bukan bulan pesta makanan...fikir-fikirkanlah!!!

1 tahun 10kg=oklah tue!!!


berat terkini ra'if rifqi 10kg...
dan tingginya pula 64cm...
bila aku tanya doktor adakah ianya normal...
jawapan doktor melegakan hati...
doktor ucapkan tahniah sebab iqi sudah berjalan dan berlari...
biarkan dia aktif sebab baik untuk perkembangan otaknya...

itu cerita check up iqi tatkala umurnya 1 tahun...
sejak umur dia 3 bulan memang aku bawa cucuk di klinik panel wan...
begitu juga jika dia demam,batuk,selsema dan sengakatannya...
malas mahu ke hospital kerajaan yang terpaksa menunggu lama...
kelebihan yang ada haruslah dimanfaatkan...
betul tak?

tak banyak benda yang doktor tanyakan pada kami...
dia lihat sendiri keaktifan budak kecil itu aku rasa dia sudah cukup memahami...
masuk saja 1 tahun bertambah-tambah panjang akal dia...
ada saja benda yang dia mahu buat...
terbaru adalah di mana aktiviti memanjat menjadi kegemaran...
sebab itu aku perlukan wan untuk memantau pergerakan dia...
bila pergi taman atau kompleks membeli belah bagai mahu luruh jantung aku...
penat kejar mengejar dia...
mahu pilih baju pun tak senang...
jadi penyelesainya adalah usah dibawa budak kecil itu...
lebih-lebih lagi ke tempat orang ramai...
tak mampu kami menghadapinya...

apapun itu tidak membantut hasrat kami mahu menambah anak tahun hadapan...
bukan apa usia yang muda ini yang harus digunakan...
anakkan penyeri rumahtangga...
tak kisahlah senakal manapun itulah namanya alam kanak-kanak...
seronok melihat keletah mereka...
terhibur rasa hati ini...
terutama bilamana pulang dari bekerja...
penat hilang serta-merta...
keajaiban seorang IBU...



notakaki:hujung bulan ogos mahu ke seberang tambak..makanya berhemahlah berbelanja pada raya kali ini,hahahahhahaaaaaaaa!!!

kesibukan pun bermula!!!


syukur sudah masuk 3 Ramadhan...
Alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik....
sungguh kesibukan aku bermula sabtu lepas...
bangun dalam 9.00 pagi...
terus ke dapur siapkan makanan untuk iqi...
kawan aku azuwa latif shami ajak pergi ke sungai wang untuk teman dia membeli-belah...
okie,iqi akan dijaga oleh babahnya...
sepanjang pemergian aku telah bekalkan nasi+ayam masak kicap+sayur kosong...
hanya untuk hero kecil saja...
jam 11.00 pagi azuwa pun sampai...
maka bersuka rialah aku di sana...
sambil itu cuci mata sikit...
hasilnya dapatlah rembat sehelai t-shirt untuk aku dan wan,4 helai baju iqi serta kasut jenama vinci,hehehehhe....
kawan aku pula banyak pula yang dia beli...
hidup membujang begitulah...
ikut sukalah mahu beli apa...
tak perlu pikir apa-apa...
setuju!!!

sampai-sampai rumah wan dan iqi lena diulit intan mimpi....
mandi dan solat terlebih dahulu sebelum berperang di dapur...
masakan yang amat ringkas sekali...
sesuailah dengan isi rumah yang ada,kakakkaka...
ayam masak kicap(makanan iqi pagi tadi)+daging sambal berlada dan telur dadar...
sayur kosong telah habis dimakan iqi...
wah...sayur memang kesukaan dia...

hairan juga aku sebab tak bangun-bangun pula 2 beranak ini sedangkan aku telah selesai masak...
akhirnya aku cuba kejutkan wan...
sebab jam sudah pukul 6.30 petang...
tengah-tengah aku sibuk hidangkan lauk berbuka iqi pun bangun...
mujurlah laki aku ringan tulang mandikan iqi...
tugas aku cuma bagi dia makan sebelum azan berkumandang...

malam punya aktiviti adalah membentangkan kertas kerja kepada wan sepanjang aktiviti bulan puasa ini...
serius ye masa aku cuma ada hujung minggu saja...
5 hari bekerja adalah sangat malas untuk aku ke mana-mana...
pulang ke rumah banyak lagi tugas yang menanti...
jadi segalanya telah dipersetuji oleh wan...
kecualilah ada perubahan...

pagi ahad kena bereskan kerja rumah...
kali ini selepas sahur aku tak tidur...
aku lebih suka buat kerja ketika iqi sedang tidur...
senang dan lancar pergerakkan aku...
seperti biasa bila dia bangun mandi,bagi makan,main kejar-kejar...
ops...wan awal sudah keluar jumpa kawan dia...
kira adillah kan?
bila wan balik aku pun tidur...
iqi jarang tidur jam 2.00 petang...
masa dia adalah jam 4.00 petang ke atas...

bangun tidur terus bersiap untuk berbuka di rumah emak...
cadangan emak agar sepanjang bulan puasa waktu bekerja tinggal saja di rumahnya...
kesian katanya melihat kami yang akan penat nanti...
terlupa pula sejak 3 bulan ini iqi telah dijaga oleh pengasuh baru di kawasan rumah kami...
bila emak buka mulut tentang hal itu akulah orang yang paling suka...
wan pula memang tak ada masalah...
ikutkan saja permintaan ibu mertuanya...
habis berbuka kami pulang ke wangsa maju untuk mengambil baju bekerja...
jadi selepas ini bermulalah kembali rutin harian di rumah emak...
tak banyak beza pun cuma bab masak memang ada giliran...
oh.....syiok bebenar...!!!


notakaki:idea tema baju raya belum mari lagi...raya di mana pun sama...apa mahu kisah sebab aku dan wan orang kl...tarak hal punya!!

Jumaat, 20 Julai 2012

esok bermulalah peperangan!!!


Assalammualaikum....

ingatkan kebal dari demam tapi akhirnya terpaksa mengalah...
penangan 2 hari berturut-turut terkena hujan...
sebenarnya dari semalam lagi sudah rasa tidak sedap badan...
cuba untuk bertahan tapi pagi tadi memang tak mampu buat apa-apa...
dugaan menjelang bulan Ramadhan,heheheh...

secara rasminya esok bermula berpuasa...
peperangan untuk melawan nafsu dalam pelbagai segi...
tahun lepas aku sedang berpantang...
jadi memang tak berkesempatan langsung menikmati bulan yang indah ini...
agak teruja sebenarnya mahu berpuasa sebagai isteri dan ibu...
lebih-lebih lagi wan tidak berniaga air tebu...
hendak menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga katanya...
baguslah begitu yer...
dan pertama kali jugalah puasa kali ini tanpa kehadiran arwah ayah...
sayu saja di hati...
tapi hidup perlu diteruskan juga...
yang pergi tetap pergi....

harapan untuk aku untuk Ramadhan kali ini adalah membuat ibadah sebaik yang mungkin...
walaupun misi untuk solat terawih agak tipis...
namun itu tidak mematahkan semangat untuk merebut peluang keemasan ini...
utamakan perkara yang penting dahulu...
mental kena kuat...
KESABARAN harus dititipkan setiap hari,masa dan saat...

takpe,itu namanya CABARAN...
sudah bersedia sebenarnya,hehehhehe!!!


SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...MOGA IBADAT KALI INI DITERIMA ALLAH HENDAKNYA...AMIN!!!

Khamis, 19 Julai 2012

ada benarnya!!!



mendung tak bererti hujan!!!


pagi ini cuaca sangat dingin...
bila hujan maka lambat jua sampai pejabat..
pasrah sajalah!!!

tamat waktu pejabat semalam terus cabut ke pizza hut di jusco taman maluri...
ada orang mahu belanja hero kecil makan...
mereka yang terbabit adalah emak,mak ngah syu,uncle mazlan,aku,wan dan iqi...
kami ambil meals nombor 3...
pizza hut ada menawarkan makanan percuma dan air soya untuk kanak-kanak jika makanan berharga lebih rm20.00...
aku yang dari tengahari tidak makan apa lah serupa singa laparlah...
bukan pun dapat peluang begini...
iqi pula tak kisah langsung...
apa saja disuap dia makan saja...
budak kecil ini mana reti duduk diam...
kenyang perut keaktifan dia pun bermula...
terhibur rasa hati dengan keletah dia itu...

niat mahu mencuci mata di jusco...
tetapi masing-masing semacam dalam keletihan...
jadi pecut kereta terus pulang ke rumah...
iqi awal-awal dalam kereta sudah tidur...
senang kerja aku,hehehhehehe....


notakaki:maaf....tak sempat ambil gambar sebab masing-masing sibuk melayan perut yang berkeroncong:):)

Rabu, 18 Julai 2012

HB Ra'if Rifqi!!!


masih teringat saat meng-push dalam bilik persalinan...
serius...tak susah mana pun...
hanya memakan masa 15 minit saja...
jam 10.49 pagi terdengarlah tangisan pertamanya...
hilang sudah rasa sakit tatkala detik-detik sebelum bersalin...
disambut bersama wan,doktor dan jururawat...
tanda kemenangan buat aku sebenarnya...
aku bertuah sebab tidak perlu melalui saat "kesakitan" yang teruk...
semuanya nampak mudah dan senang...
mungkin rezeki berpihak kepada aku...
dan harus sentiasa titipkan rasa syukur itu!!!

kini budak kecil ini sudah SETAHUN usianya...
melihat dia membesar di depan mata adalah perkara ajaib...
dari zero kini aku mampu tersenyum melihat pencapaian diri...
tiada sekelumit perasaan mengeluh sebab aku percaya kehadiran anak membawa seribu kegembiraan...
kami suami isteri selalu mengingatkan diri sendiri agar sama-sama berkongsi rasa membesarkan dia...
memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...
melakukan apa saja demi membahagiakan dia...
dicurahkan segala tenaga dan masa untuk bersama dia...
dipendekkan,segalanya untuk RA'IF RIFQI...

aku ingat lagi dimana hampir mahu menitiskan airmata tatkala melihat dia terkedek-kedek berjalan...
walaupun hanya 5 tapak tapi jujur naluri keibuan aku tersentuh...
ketika itu usianya baru 10 bulan...
aku perhatikan dia bersungguh-sungguh membuktikan "kemampuannya" di hadapan mama dan babah...
genap 11 bulan maka "perjalanannya" semakin lancar dan lincah...
nah kini sudah mampu berlari pula!!!

hidup kami terutama aku berubah selepas kehadiran dia...
Alhamdullilah segalanya tampak mudah kini...
tugas dan tanggungjawab akan sama-sama kami galas...
itulah rahmat Illahi yang sangat istimewa...
harapan aku hanyalah mahu membesar,mendidik dan memberi pendidikan yang terbaik untuk dia...
begitu juga dengan bakal "adik-adiknya..."
mudah-mudahan insan kecil ini menjadi manusia yang berguna...
dan mampu membahagiakan kedua ibu bapanya...
Amin!!!

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA HERO MAMA DAN BABAH...KAMI SAYANG IQI SAMPAI BILA-BILA...MUAHSSS!!!



WW-kek yang sedap!!



Selasa, 17 Julai 2012

majlis hari jadi hero kecil!!!


Alhamdullilah majlis meraikan genap setahun RA'IF RIFQI BIN MOHD RIDZUAN akhirnya terlaksana juga...
ianya cuma dibuat secara kecil-kecilnya...
jemputan pun terdiri dari keluarga terdekat dan jiran-jiran...
untuk menu utama iaitu bihun goreng aku masak sendiri...
anggaran dalam 50 orang begitulah...
satay telah ditaja khas oleh bapa mertua...
emak aku pula sedekahkan agar-agar lumut dan buah-buahan...
makanan sampingan seperti keropok telah digoreng awal-awal lagi...
minuman dibuat sendiri oleh wan...
hanya 4 kudapan makanan ringan untuk budak-budak...




deko hiasan aku memang amat ringkas...
itupun aku beli melalui seorang kawan...
goodies pula aku sediakan dalam 30 orang...
memang seronok budak-budak bila mendapat beg goddies tersebut...
ada dalam 8 jenis makanan ringan aku letakkan...
kek aku tempah dengan kawan adik aku...
aku serahkan bulat-bulat tentang hiasan dan corak pada kek itu...
jadi hasil perbincangan maka aku memilih italian rainbow cake...
ramai yang puji kek itu sangat sedap dan cantik :)...





anak-anak jiran adalah tetamu terawal...
kek terpaksa aku potong awal sebab iqi memang tak boleh duduk diam...
jadi babah yang teman iqi potong kek...
jam 2.30 petang tetamu mulai datang...
maka tugas melayan tetamu pun bermula...
dengan keaktifan iqi mana mungkin boleh bergambar sakan...
dan inilah gambar yang ada...
kamera rasmi belum aku lihat lagi...
sebab tukang tangkap gambar iaitu adikku sangat sibuk...
belum sempat jumpa untuk melihat hasil tangannya...


t
etamu datang bersilih ganti...
aku hanya dapat rehat menjelang waktu maghrib saja...
ketika itu barulah dapat bagi mandi dan terus bagi dia makan...
dari siang sampailah ke saat itu dia tak reti duduk diam...
berjalan ke sana ke sini...
seronok sangat berjumpa dengan sepupu-sepupu dan kawan-kawan baru...
penat sudahlah tentu...
tapi serius kami gembira dengan kehadiran keluarga yang datang...
secara tidak rasmi majlis ini berakhir kira-kira jam 10.30 malam...
ada ahli keluarga yang terpaksa datang malam sebab siangnya ada urusan lain...
letih dan mengantuk bagaimana pun tetamu harus diraikan...
mujurlah iqi dalam pukul 8.00 malam sudah tidur...

pulang saja tetamu terakhir lekas-lekas kami berkemas...
terasa kepuasan sebab majlis kecil-kecilan ini berjaya...
yang penting menu utama licin selicinnya:)...
syukur!!!

kami sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa hadiah...
kehadiran akli keluarga itu yang lebih penting kan?
Alhamdullilah hampir kesemua mereka datang...
kami bergelak,bergurau senda dan berkongsi cerita...
anak-anak buah telah menceriakan majlis harijadi itu...
kegembiraan iqi lebih utama dari segalanya...
untuk dia semuanya ini,hehehhehe!!!


notakaki:esok genaplah SETAHUN umurnya hero kecil aku itu....satu tahun yang terindah kami suami isteri lalui...dan moga detik-detik manis itu berterusan sehingga akhir nafas...Amin!!!

tak terjejas apapun!!!


bercampur-campur rasa dalam minda aku dua tiga hari ini...
terkadang gagal juga aku mengawal rasa marah, geram dan kecewa dalam diri...


SABAR!!

pesan sang suami!!!
kononnya sabar tapi mulut aku asyik membebel je...!
marah bila orang lain asyik cari kesalahan kita...
benda yang remeh-temeh diperbesar-besarkan...
jika tentang hal kerja boleh juga aku berkromponi...
masih aku boleh terima nasihat untuk memperbaiki diri...
tetapi bilamana melibatkan hal peribadi aku rasa tak perlulah sampai ke pihak atasan...
cara aku mudah saja teruskan hidup dan buat hal masing-masing...
rasanya itu lebih baik...
belajarlah menerima hakikat kehidupan ini...
cerita yang sudah basi tak perlulah diungkit kembali...
berdiam adalah jalan yang terbaik sebenarnya...
biasalah manusia bila salah orang lain memang pantas nampak...
kecewa juga ada tatkala hal seumpama ini berlaku...

aku sedang cuba mengawal sifat marah aka baran yang telah menerajai diri sejak sebelum kahwin lagi...
ada banyak lagi tugasan yang sedang menanti di hadapan sana...
kalau asyik mahu fokus pada benda yang entah apa entah kualiti hidup aku juga yang susut...
banyak masa dan tenaga terbuang saja...

jadi misi aku bergerak terus dengan segala perancangan yang telah dirangka...
Tuhan yang tentukan rezeki kita dengan syarat berusaha untuk mendapatkannya...

maaflah...
aku pun bukan bagus sangat sehingga terpaksa layan benda yang bangang ini...
~~~~~~

Isnin, 16 Julai 2012

mari memasak:nasi ayam bukhari




hajat untuk masak nasi ayam bukhari agak lama dipendamkan...
sudah di-print dan ditampal pada peti sejuk sebelum bercuti di thailand...
jadi tetiba semalam terbuka hati mahu mencuba...
pagi-pagi terus ke pasar basah kawasan rumah dan beli bahan-bahannya...

selesai mengemas,mengemop,menyediakan sarapan kedua-dua hero dan membasuh baju maka
tengaharinya terus masuk ke dapur...
aku tiru bulat-bulat resepi ini...
iqi dan wan lepak di rumah jiran bujang yang baru berpindah...
sesi berkenalan sesama mereka,hehehhehe...
wan hanya pulang setelah iqi merengek mahukan susu...
aku pula masih terkial-kial menyiapkan makan tengahari...
cubaan menidurkan iqi berjaya dilakukan oleh wan...



dan akhirnya usaha aku ini membuahkan hasil...
maka sempurnalah menu hidangan aku yang agak ringkas ini...
ayam aku carik-carikkan supaya senang dikunyah oleh iqi...
dan bersesuai sangatlah dengan tekak aku,wan dan iqi...
:)


adios!!!


notakaki:harus lebih rajin mencari resepi baru sempena bulan ramadhan ini...!!!

keterujaan iqi bila ke taman permainan!!!


tepat jam 5.00 petang kami membawa iqi bersiar siar sambil menghirup udara segar di taman tasik titiwangsa...
asalnya seperti mahu berjoging...
tapi atas alasan penat sebab seharian mengendalikan majlis harijadunya pada hari sabtu...
maka aktiviti semalam adalah sekadar melayan dia bermain-main saja...
seperti biasa hujung minggu ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak ke sini...
berpimpin tanganlah kami bertiga meronda sekitar tasik ini...
iqi tentulah seronok melihat ramainya kanak-kanak sebaya dia...
asyik tergelak saja budak kecil itu...

jumpa taman permainan terus dia bersorok girang...
meronta-ronta diminta dilepaskan tangannya...
aku dan wan layankan saja kerenah dia...
permainan kesukaan dia adalah papan gelongsor...
turun dan naik adalah perkara yang diminati...
lain-lain permainan dibuat endah tak endah...
sejak dapat kaki iqi amat agresif dan laju benar pergerakkan...
mata kena selalu ditumpukan memerhatikan tingkah laku dia...
berpeluh okie jika bawa dia berjalan-jalan di mana-mana...
tapi jujur aku suka sangat melihat keaktifan dia itu...
sekurang-kurangnya dapatlah peluh aku keluar,hehehhehe....






cukup selama 1 jam di sini...
singgah sekejap di kedai mamak...
pekena teh tarik dan meegi goreng panas...
apa yang pasti selepas makan dan mandi ketiduran hero kecil sampai ke pagi ini...
jelas keletihan yang amat sekali...




notakaki:foto terakhir ini adalah paling aku suka...jelas tergambar kegembiraan hero kecil aku!!!

B.E.R.J.A.Y.A!!!


dalam dunia ini ada dua pilihan untuk naik ke atas...


SATU
dengan usaha bersungguh-sungguh...
setiap yang dilakukannya akan dilaksanakan dengan cemerlang...
usaha dan terus berusaha...
naik pangkat,naik gaji,membina keluarga dan berjaya semuanya atas usaha diri sendiri...
dan juga dengan izin Tuhan semestinya...


DUA
dengan menjatuhkan orang lain...
sesiapa yang dikhuatiri menghalang laluannya akan dijatuhkan dengan apa cara sekalipun...
satu demi satu kepala dipijak dan sampailah dia ke takhta...
takhta yang baginya dianggap satu kejayaan...
mesti kena jatuhkan orang lain sama ada cara halus atau sebaliknya...


pilihlah landasan yang mana dirasakan kita mahu...
tiada siapa melarang mahupun paksa...
pilihan di tangan kita sendiri...
penyudahnya adalah satu yakni setiap rezeki sudah ditentukan dengan syarat harus BERUSAHA...

:)

Jumaat, 13 Julai 2012

syabas daphe iking!!


malam tadi aku layan siri 9 soalan...
tetamunya adalah daphe iking...
satu soalan yang menarik perhatian aku adalah,bagaimana dia menjalani kehidupan selepas memeluk islam?
dia jawab dengan keadaan yang tenang dan tutur kata amat petah...
penuh dengan senyuman dan gelak tawa...
aku tiada masalah dengan cara pakaian dia...
sebab itu hak masing-masing...

yang buat aku terkesima adalah jawapan dia untuk persoalan tadi...
dia katakan pendorong terkuat adalah suami...
sebagai mualaf suaminya banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan...
dia pun ada menghadiri kelas usrah...
belajar mengaji,mendalami Al-Quran dan hukum hakam agama Islam...
katanya lagi ramai yang bertanya,bilakah mahu berhijab...
jawapannya mudah di mana langkah pertama dia adalah dari segi pakaian...
dulu dia agak seksi jugalah...
dengan seluar pendek dan baju tube...
dada sentiasa terdedah dan berpakaian seolah-olah artis barat...
bila masuk islam dia cuba berubah secara perlahan-lahan...
dari skrit pendek ke skirt panjang...
dan dari terdedah kini dadanya tertutup...
dia temui ketenangan yang tak pernah langsung dia dapat...

persoalannya di sini amat mudah...
bila seorang manusia mahu berubah arah hidupnya tiada yang diperlukan kecuali hanyalah semangat...
berdikit-dikit ke hulu selepas itu berenang-renang ke darat...
pada aku kisah silam itu cebisan warna kehidupan...
sampai waktu benda-benda macam ini kita akan sedar sendiri...
dengan kejahilan masa silam sedikit sebanyak mengajar kita banyak benda...
dari situ kita belajar akan kesilapan kita...
aku akui hampir tersasar dengan pancaroba dunia remaja aku...
tapi mujurlah Tuhan masih sayangkan aku...
berkawan dengan lelaki yang pelbagai status membuatkan aku matang...
dunia clubing telah aku tutup dalam kamus hidup...
tidak pula aku war-warkan tentang keputusan aku untuk merubah...
cuma lebih baik menolak perlawaan mereka itu...
cuma bila tertalu-talu soalan diajukan maka aku menerangkan keadaan sebenar...
syukur sebab mereka tidak membantah malah menghormati prinsip aku yang baru ini...

kisah daphne iking dan aku ada sikit persamaan...
dunia yang pernah kami lalui banyak mengajar tentang hidup...
alam yang kekal abadi adalah alam kematian...
ajaibnya perasaan ini aku alami adalah ketika bersalin dahulu...
petunjuk demi petunjuk telah meyakinkan bahawa aku harus berubah...
semua tentang rutin harian,percakapan,pergaulan dan tingkah laku harus dirombak...
jadi aku ambil inisiatif untuk melakukannya secara perlahan-lahan...

menjadi muslim yang baik adalah matlamat aku...
cuma aku perlukan masa,ruang dan semangat dari yang tersayang...
aku hanya mahu ketenangan dan yang selebihnya terserah pada takdir Illahi...:)


salam hujung minggu semua!!

jumaat yang berbahagia!!!


malam ini baru terhegeh-hegeh mahu mendeko rumah...
ala hiasa biasa-biasa saja...
tiada yang istimewa...
makanan telah aku pastikan sampai sebelum jam 1.00 tengahari...
jemputan seminggu lepas telah dijemput...
rasanya tiada apa lagi yang tinggal...
cuma menanti harinya saja...

lagi seminggu kita akan berpuasa...
aku harapkan puasa kali ini aku temui ketenangan...
gembira rasanya bila berjumpa ramadhan...
tak sabar sebenarnya...
inilah kali pertama rasanya aku dapat berpuasa penuh dengan wan...
tahun lepas aku masih dalam pantang...
tumpuan dan perhatian sepenuhnya ditumpahkan pada orang baru...
jadi besar impian aku untuk berpuasa bersama-sama kali ini...

rasanya tiada apa yang penting berlaku minggu ini...
cuma acara majlis hari jadi sajalah...
semoga perjalanan pulang wan hari ini berjalan baik...
saat-saat begini aku memerlukan dia bagi membantu melicinkan kerja-kerja untuk majlis esok...
tak banyak asalkan dapat menjaga hero kecil ianya sudah memadai...
tak gitu?

kosongkan minda dan tempuhi kehidupan dengan baik...
malas melayan perkara-perkara enteng...
harap apa yang telah terbuku aku ini telah selesaikan...
banyak perkara kadang-kadang orang senang cakap tapi secara pratikalnya hanya empunya diri tahu...
tak perlu menyalahkan sesiapa sebab aku juga banyak salahnya...
untuk puaskan semua pihak aku belum mampu lakukan...
perlukan masa dan ruang...
perkara terbaik yang aku rasa kini terbaik adalah berdiam diri...
kena sentiasa mendahulukan diri sendiri dan keluarga...

tujuan aku bekerja adalah mencari rezeki...
asalkan sang suami dan emak tahu apa yang aku lakukan itu sudah cukup bagus...
segala nasihat yang baik akan aku manfaatkan...
mana-mana yang aku rasakan tidak perlu aku pegang dan iakan sahaja...
mengaku silap sendiri dan teruskan sisa langkah yang ada...

pengajaran yang aku dapati adalah untuk berubah menjadi lebih baik memang banyak cabaran...
luar saja nampak kuat tapi dalaman masih rapuh...
cengeng bila menyentuh hal-hal yang sensitif...
entah kenapa sejak akhir-akhir ini senang benar airmata itu mengalir...
simptom dan jiwa seorang ibu memang begitulah kan?

tiada rasa apapun di hati cuma aku mahu pergi jauh dari sini...
lupakan sengketa dan kerenah birokrasi...
biar apapun tanggapan orang terhadap aku...
namun aku tetap dengan diri aku...
sukar sebenarnya menterjemahkan apa yang tersirat...
tapi aku percaya meskipun nampak teruk di mata umum...
namun kepada-NYA jualah aku berserah...
DIA tahu apa yang sedang aku alami...

memegang nasihat ketua keluarga bahawa setiap manusia ada sisi negatif tersendiri...
mulut adalah penyumbang kelancangan yang terbesar...
sebab mulutlah badan binasa...
oh..sifat yang satu itu memang sukar diubah...
benar kata wan,semuanya harus dibuat secara perlahan-lahan...
agak sukar sebenarnya mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...
sesekali keluar jua perangai lama nan satu itu...
dan kerana itulah aku mengambil jalan untuk tidak mencampuri hal yang lain...
jujurnya aku bahagia dengan perubahan kecil ini...
bukan mudah okie untuk melakukan semua itu dengan drastik...
mujurlah sokongan dari wan melegakan hati aku sedikit...
banyak tangga yang kena aku panjat...
tak kisahlah berapa lama baru nampak perubahan itu sekurangnya langkah pertama sedang aku tempuhi...
istikamah itu perkataan yang tengah aku pratikkan...

tazkirah jumaat untuk peringatan diri sendiri...
ketenagan yang aku fokuskan kini...
lain-lain tidak penting lagi...
moga Tuhan mendengar permintaan ini...
Amin!!!

Khamis, 12 Julai 2012

terima sajalah!!!


sudah 2 hari iqi demam dan batuk...
semalam lepas jumpa doktor panel terus aku bawa dia pergi pejabat...
syukur dia berkelakuan baik...
cuma keaktifan berjalan itu sukar dihalang walaupun jelas nampak kesugulan di matanya...
mood pun seperti suam-suam kuku...
jadi hari ini aku duduk rumah demi menjaga kesihatan dia...
sentiasa berfikiran positif di mana aku andaikan dia hanya demam mahu besar...
maklumlah tak sampai seminggu usianya mencecah 1 tahun...

Alhamdullilah selera makan dia hari ini berganda-ganda...
aku cuba bagi dia madu...
mujurlah diminum tanpa muntahkan balik...
aku terima ujian menjelang majlis harijadi dia sabtu ini sebagai dugaan...
kesabaran telah aku titipkan awal-awal lagi...

dengan ketiadaan wan hari ini dan esok maka aku harus kuatkan diri dari segi emosi dan fizikal...
apalah sangat ujian kecil ini jika dibandingkan dengan ibu bapa yang lain...
benar kata orang,bila kita mempunyai anak di situlah terletaknya nilai KESABARAN...
pengalaman memegang gelaran ibu banyak mengejar aku sifat-sifat mahmudah...
aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Insya-Allah!!

Selasa, 10 Julai 2012

tak ada tajuk!!!


sejuk hati bila melihat gambar ini...
suci,bersih dan mulus itu yang boleh aku ungkapkan...
akan menjangkau setahun usianya pada 18/7/2012...
masih teringat detik ketika membawa perut...
macam-macam rasa ada...
akan tetapi yang paling manis ketika mendengar tangisan pertama dia...
segala kesakitan hilang serta merta...

ah...rindu moment indah itu!!!



kami merancang mahu tambah anak tahun hadapan...
tak mahu tangguh-tangguh lagi sebab sudah bersedia dari segi fizikal dan mental...
umur pun sedang-sedang elok untuk menimbang cahaya mata lagi...
anak itukan penyeri rumahtangga...
tabiat anak yang sedang membesar adalah melasak...
lumrah alam kanak-kanak...
gembira sebenarnya melihat keaktifan mereka ini...
sekurang-kurangnya dengan kepanjangan akal itu membuatkan otak anak-anak menjadi lebih kreatif...
aku akui walaupun penat tapi kegembiraan melayan teletah dia mengatasi segalanya...
cabaran sebagai ibu,isteri dan wanita bekerja menjadikan aku lebih kuat dan bersemangat...
hari-hari yang dilalui begitu indah...
lebih-lebih lagi ketika hujung minggu...
segala yang kami lakukan untuk iqi dan "bakal" adik-adiknya...
kasih sayang yang ditumpah tetap akan sama...
itu yang kami harapkan...

kami tidak mengejar wang ringgit...
sebab aku percaya pada setiap rezeki yang Tuhan berikan...
ya..bekerja itu wajib...
malah merupakan satu ibadat...
akan tetapi usahlah bekerja mencari wang segunung sedangkan detik bersama keluarga diabaikan...
wang boleh dicari akan tetapi keluarga tiada gantinya...
betul tak?

apa yang aku cari adalah KEBAHAGIAAN...
Tuhan telah membuka mata aku di mana tiada yang lebih berharga dari keluarga...
DIA temukan jodoh buat aku...
berkahwin dan mendapat anak...
PHD untuk aku sebenarnya...



satu lagi yang aku tunggu-tunggu adalah disegerakan pertukaran ke kl dengan secepat mungkin...
malas rasanya mahu duduk di sini melayan kerenah birokrasi yang entah apa-apa...
hati sudah menjadi tawar okie...
dan bila ada rasa demikian maka apa yang berlaku sekeliling tidak dihiraukan...
hanya jauhari mengenal manikamnya....
~~~~~~


notakaki:terima kasih bapa mertuaku sebab menaja satay di majlis hari jadi iqi sabtu ini...rezeki namanya tue!!!

ogos ke sini pula!!!





cuti-cuti seterusnya adalah di sini...
tiket sudah ditempah dan tarikh sudah dapat...
cuma pasport iqi yang tinggal...
tak sabar tunggu ogos ini...

Alhamdullilah rezeki kami sekeluarga...
syukur!!!

kota singa tunggu kami ye:)

Isnin, 9 Julai 2012

mari amalkan!!!



seminggu saja lagi!!!


fokus aku seminggu ini seratus peratus untuk majlis hari jadi iqi...
segala juadah makanan,goddies,hiasan dan tetamu telah beres diselesaikan...
cuma aku harapkan majlis kecil ini berlangsung dalam suasana yang baik...
makanan cukup serta orang yang datang pulang dengan kenyang dan gembira...
nama pun majlis hari jadi iqi maka aku mensasarkan untuk budak-budak...
rasanya biasa-biasa saja...
tiada apa yang mahu didebarkan...
sebab sudah biasa buat makan-makan,kakakka...

wan akan ke johor rabu sampailah jumaat...
jadi aku kena pastikan mood dan kesihatan iqi berada dalam keadaan baik...
cabarannya menjaga iqi kini adalah di mana dia sudah lancar berjalan...
semalam satu lagi skill terbaru iaitu berlari...
walaupun sesekali terjatuh aku sangat bangga...
tak sangka secepat ini perkembangan dia...
gigi iqi tetap maintain dengan 5 batangnya...
mulut masih membebel dengan bahasanya sendiri...
lebih suka berjalan...
rimas jika didukung...
dan bermulalah era kejar mengejar dia kini...
seronok okie:)






corat coret KRABI:03


pagi isnin kami bangun jam 9.00 pagi...
minivan datang jam 10.00 pagi gitulah...
tak sabar mahu balik sebab rindu sangat dengan iqi...
kami sampai hatyai dalam jam 4.00 petang...
bas pula akan bertolak kira-kira jam 6.30 petang...
jadi aku dan wan ambil kesempatan untuk pusing melihat bandar hatyai...
duit lebihan yang ada kami beli t-shirt untuk kaum adik beradik masing-masing...

pengalaman naik bas memang menyeronokkan...
selesa yang amat sangat...
harga pun berpatutan...
check pasport adalah di sempadan thailand dan malaysia yang diberi nama DANOK...
memang happening giler pekan ini...
yang banyak keluar masuk adalah plat kereta dari kedah...
senang sebenarnya check pasport di thailand...
tiada kawalan ketat langsung...
malah tidak pula disuruh membawa beg turun ke bawah...
cuma yang lama sikit bilamana masuk bukit kayu hitam...
semua barangan harus dibawa turun...
jika ada barang yang mencurigakan kena buka beg tersebut...
apapun aku sangat gembira dengan pengalaman manis ini...



sepanjang perjalanan kami membutalah...
sesekali tersedar juga aku ketika bas menurunkan penumpang di stesen tertentu...
akhirnya,tiba jua di pudu raya sekitar 5.00 pagi..
ambil teksi dan hati terus menjadi teruja mahu memeluk hero kecil...
sesampainya di rumah emak dia sedang lena diulit mimpi...
tak mahu ganggu kerana masa panjang lagi...
selepas subuh aku langsung tak boleh tidur...
wan sambung tidur bersama hero kecil...

begitulah rentetan siri percutian ala mengembara aku dan wan...
jika ditanya bagaimana perasaan aku,sudah tentulah gembira yang amat sangat...
kami mengambil masa 2 bulan sahaja untuk merancang percutian mini ini...

terima kasih kepada emak sebab sudi jaga ra'if rifqi...
mujurlah iqi berkelakukan baik dan tidak meragam mencari mamanya...
selepas ini siri percutian akan diteruskan jua..
mungkin ke tembok negara jiran...
Insya-Allah jika ada rezeki dan masa terluang...


salam isnin yang damai~~~~~




Jumaat, 6 Julai 2012

corat coret KRABI:02


bangun tidur saja terus mandi...
ada lagi masa 1 jam sebelum pemandu pelancong datang ambil...
sarapan kami pagi itu adalah roti bercicahkan milo sendirian berhad...
seperti yang dijanji tepat jam 8.45 pagi muncullah minivan...
kata pemandu pelancong ada lagi 4 hotel yang harus pergi untuk mengambil penumpang...
mujurlah hotel tersebut berdekatan saja...



sampai di pantai ada budak bot yang menunggu...
ahli kumpulan tetap sama seperti dalam van...
ada pasangan suami isteri dan anaknya dari jepun,2 minah salleh,2 pasangan suami isteri dan 4 ahli keluarga pakcik yang aku tak tahu nama pun...
berborak sampai lupa mahu tanya nama,kuikuikui....
tadi secara keseluruhan mereka yang satu bot ini memang sporting habis...
asyik tergelak dari awal hinggalah penghujungnya...

untuk makluman kami mengambil pakej PHI-PHI ISLAND...
ada 7 buah pulau yang akan kami jelajahi...
yang boleh snokling hanyalah 4...
3 pulau itu hanya satu persinggahan...
katanya mahu menjadi keaslian sumber air dan sarang burung...






persinggahan pertama adalah di BAMBOO ISLAND...
jaraknya adalah selama 45 minit...
oleh kerana kami memilih speedboat maka dapatlah merasa nikmat angin yang bertiup kencang itu...
tidak masalah pun pada aku...
laut adalah mainan aku...
setibanya di pulau tersebut apalagi terus berenanglah...
memang lepaskan gianlah kami suami isteri...
bergelak ketawa sambil menikmati alam ciptaan Tuhan...





destinasi kedua adalah di LOHSAMAH BAY,PILEH BAY DAN VIKING CAVE...
ketiga-tiganya hanya boleh lalu saja
viking cave adalah kawasan pemeliharaan sarang burung...
serius aku cakap amatlah cantik pemandangan airnya...
rasa tenang jiwa aku bilamana melihat kejernihan pulau ini...
















seterusnya kami dibawa menikmati kecantikan MAYA BAY...
Masya-Allah pulau ini amat-amat cantik...
warna airnya adalah hijau...
boleh nampak apa yang ada di dalam air...
berlatarkan bukit-bukit kecil menjadikan pulau ini begitu indah sekali...
betullah kata orang yang KRABI antara pulau yang paling cantik di dunia...
hilang segala penat dan kekusutan tatkala memandang ciptaan Illahi yang maha indah ini...
Subhanallah!!!

memula kami rakamkan foto-foto untuk dibuat kenangan...
syukur kerana wan memberi kerjasama yang baik...
kagum katanya melihat betapa cantiknya pulau ini...
selepas puas berfotogenik maka acara terjun dan renang pun bermula...
bergembiralah kami berdua seolah-olah dunia ini ana yang punya,hahahha!!!

















jam sudah menunjukan pukul 12.00 tengahari...
singgah sebentar di PHI-PHI DON untuk makan...
menu yang disediakan memang memenuhi citarasa aku...
sebab ianya restoran makanan halal...
2 hari di sini aku makan kaw-kaw punya...
nasi ambil sedikit tapi lauk aku bantai makan banyak...
bila berenang perut memang cepat lapar ye...
kami diberi masa 1 jam 30 minit...
selepas makan kami mencuci mata di sekeliling pulau ini...
malas mahu berenang sebab masa diberi agak terhad...
tiada cenderamata yang menarik di sini...
walking street lagi jauh murah dan banyak pilihan...
ada juga resort di pulau ini...





akhir sekali adalah di MONKEY BAY...
yang ini lama sikit kami bersnokling....
ikan pun banyak berenang-renang...
nampak dari dalam bot batu karang...
tidaklah aku terjun dulu sebab main dengan anak orang jepun...
putih melepak dan paling best pipinya yang tembam itu...
tak menangis langsung budak kecil ini...
ada sesekali bapa dia bawa dalam air langsung tak takut...
tiba-tiba terigat hero kecil aku yang gila air...
suatu hari nanti akan aku bawa dia ke sini...
Insya-Allah!!!










malamnya kami bersiar-siar lagi di pekan walking street...
duit lebih yang ada aku gunakan membeli-belah...
kata orang pancake di sini sangat sedap...
jadi aku cubalah makan...
memang sah ianya rangup...
tak cukup satu aku beli tiga untuk dibawa balik ke hotel...
malam itu barulah dapat aku makan nasi goreng kosong...
asyik makan roti saja...
mana boleh tahan beb...
sebelum balik ke hotel kami pergi mengurut...
kami pilih "thai massage" yang harganya 200bht aka RM20.00 seorang...
wan minta mahu diurut oleh pengurut wanita...
yang datang memang perempuan...
tapi perempaun yang ada halkum,kakakka....
padan muka laki aku..gatal sangat!!!
katil urut kami sebelah menyebelah...
terbaik urutannya selama 60 minit itu...
harus dicuba jika ke thailand...
percayalah!!!





balik ke hotel dalam keadaan yang riang ria...
ini gara-gara penangan berurut...
ada lagi 1 jam sebelum perlawanan akhir uero antara sepanyol dan itali...
jadi wan telah mengajak lepak di kafe hotel pekena kopi..
ramai betul pelancong yang bersidai lepak sambil berborak-borak...
dan kemenangan berpihak pada pasukan pilihan aku,sepanyol...
apa punya itali teruk kena belasah sampai 4-0...
jaringan besar okie...

jam 3.00 pagi barulah kami tidur...
harus juga tidur sebab esok jam 10.00 pagi minivan akan datang ambil...
kunci jam kuat-kuat supaya tak terlajak bangun...
huhuhuhu...

terlerai sudah rindu bersnokling...
puas di hati sebab kali ini masa yang panjang melakukan minat yang satu ini...
sukar hendak dijelaskan sebenarnya...
orang yang mengalami pasti akan faham apa yang aku maksudkan...
puas,puas dan sepuasnya....
ya,itulah yang aku rasai bila mana dapat bersnokling...
lebih terasa girang sebab hasrat cuti berdua terlaksana...
segala kepahitan dan tekanan automatik lenyap...
turun ke darat tidak henti-henti senyum terukit di bibir suami isteri...
percutian yang akan aku ingat sampai akhir nafas...
ianya bukanlah sekadar bulan madu akan tetapi boleh aku simpulkan pengerat kasih sayang antara kami...
kali pertama merasai detik bercuti bersama setelah mempunyai anak adalah sesuatu yang luar biasa...
mencuri sedikit peluang membuat aktiviti kegemaran bersama merupakan yang terindah buat kami berdua...
seperti mana babah dan mama aku berharap minat yang satu ini bercambah kepada hero kecil dan "bakal" adik-adiknya...

ke mana destinasi pelancongan seterusnya...
seperti hendak ke PHUKET hujung tahun ini...
idea telah diusulkan dan dipersetujui oleh sang suami...
tetapi sebelum itu haruslah ke singapura selepas raya sebab sudah berjanji mahu membawa iqi ke sana...
hadiah sempena 1 tahun hero kecil dan ulang tahun perkahwinan yang kedua...
teruja sangat!!!

oh tahun ini adalah tahun bercuti...
sabar itu amat indah sekali..
adios!!!