Sabtu, 28 April 2012

akhirnya bersatu jua!!


akhirnya jejai menjadi milik fasha sandha...
setelah banyak rintangan yang mereka harungi dan kesudahannya berakhir dengan ikatan suami isteri...
walau apapun pandangan masyarakat terhadap hubungan ini fikirkan sahaja secara positif...
hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu cerita sebenar...
yakinlah semua ini ada hikmahnya...
inilah dinamakan kalau jodoh tidak kemana!!!


semoga bahagia selamanya...
tahniah!!!

Jumaat, 27 April 2012

tidur dan melawan sistem!


tidur pada waktu malam adalah sistem...

berjaga malam adalah melawan sistem...

melawan sistem adalah sesuatu yang trendy, cool dan tidak skema...

mamun, berjaga malam untuk kerja adalah tidak cool...

sebenarnya tidur malam adalah sangat sedap...

tambah pula kalau lajak membawa ke petang...

setuju!!!



notakaki.mood gembira tidak terkira!!!

yeah...dapat mutiara sabah!!




ini mutiara telah dikirimkan oleh kawan aku jauh nun di sabah sana...
katanya hadiah sempena hari jadi...
apapun terima kasih kepada liana sebab ingat kat aku...
sanggup pula parcel barang ini...
terharu pun ada...
masih lagi mendapat hadiah harijadi walaupun tak semeriah dulu...
bolehlah aku melaram pakai bila keluar berjalan-jalan...
setuju!!!


notakaki:rasa-rasanya isnin ini akan MC kot,hahahhaha???

hari ini hari JUMAAT!!


okey jumaat sudah!
pastinya penghulu segala hari ini sangat dinantikan...
tetiba mood kerja kembali di ranking yang teratas...
hati gumbira yang teramat sangat...

apa yang menarik 2 hari ini adalah akan pulang ke kampung arwah...
agak lama tidak menziarahi pusara ayahanda tercinta...
rindu kadang-kadang menjengah...
sayu sahaja hati apabila mengenangkan insan yang tercinta itu...
perginya secara tiba-tiba merobak jantung kami sekeluarga...
paling yang dirasai tentulah emak...
walaupun emak berlagak cool namun jauh di sudut hati ada kesedihan yang tersimpan...
yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata...
sepertimana emak,kami jua adik beradik harus begitu...
menyembunyikan kesedihan demi menjaga hati seorang lagi insan yang amat dicintai...
biarlah airmata itu dilepaskan sendirian tatkala sujud di hadapan-NYA...
hanya doa yang mampu kami iringkan...
semoga arwah ayah tenang di alam sana...
Amin!!!

awal pagi kami akan bertolak dan sebelum maghrib pula harus pulang ke kuala lumpur...
kerana ahadnya pula mahu ke sungkai,perak...
tengok betapa padat jadual untuk minggu ini...
apapun seronok tak terkata beb..!

selamat berhujung minggu

Khamis, 26 April 2012

sambutan harijadi ke johnny pula!!


semalam adalah hari besar aka hari istimewa...
oleh itu,wan telah berbesar hati mahu belanja makan JOHNNY...
sesekali makan makanan steamboat apa salahnya...
kata orang bertukar selera...
terus menuju ke johnny times square...
sesampai sahaja satu notis tertulis mengatakan ianya sedang di-renovate...
jadi terus ke sungai wang...
mujurlah keadaan jalan raya agak lengang walaupun ketika itu waktu kemuncak...











hero kecil semestinya suka yang teramat sangat...
selesai makan jalan-jalan sekejap mencuci mata...
di mana-mana kedai terpampang diskaun yang boleh meranbangkan mata...
dapatlah aku rembat cadar AKEMI untuk bilik tidur...
petang nanti mahu singgah sekejaplah untuk menyambung membeli belah,hahahha...

sampai rumah kira-kira jam 10.30 malam...
hero kecil orang paling awal tidur...
penatnya masih terasa hingga kini...
dan mood kerja melayang entah kemana...


notakaki:hasil makanan itu telah ditaja sepenuhnya oleh encik ridzuan..terima kasih yang!!!

Rabu, 25 April 2012

operasi mengecat bilik iqi!!


hasrat untuk menata rias bilik si kecil telah lama aku suarakan kepada wan...
cuma asyik tertangguh dek kerana kekangan masa...
proses mengecat bukan boleh dipandang ringan...
biarlah hasil nampak memuaskan hati dan yang penting memberi keselesaan kepada si kecil...
dalam beberapa minggu ini barulah nampak kerajinan aku meng-google beberapa contoh dekorasi cat bilik untuk hero kecil...
pemilihan warna paling aku suka...
warna yang sesuai untuk anak lelaki adalah seperti biru,kuning,oren dan warna2 pastel...
jika anak perempuan sudah pasti pink menjadi pilihan nombor satu...










lihatlah contoh-contoh hiasan bilik untuk anak lelaki...
teruja aku dibuatnya...
walaupun ringkas tetap menawan...

sudah ada tarikh yang sesuai untuk kerja-kerja mengecat ini...
harap ianya berjalan seperti dirancang...
setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka...
begitu juga aku :)

hari ini hari istimewa....


memulakan pagi ini dengan hati yang riang ria...
bangun sahaja sudah ada ucapan HARI JADI dari yang tersayang...
hero kecil masih dibuai mimpi yang indah...
sambutan meraikan tarikh istimewa telah dibuat malam tadi...
tiada majlis seperti di zaman bujang dahulu...
namun begitu ianya sangat memberi erti dalam hidup aku ini...
tiada apa yang penting ingatan dari mereka yang tersayang...
sudah cukup membahagiakan diri ini...



harapan aku untuk usia yang 27 tahun adalah diberikan kesihatan yang baik...
dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat...
rasa cinta dan kasih sayang sentiasa mekar walau telah dimamah usia...
syukur ke hadrat Illahi dengan apa yang telah dikurniakan...
segala pahit masa lampau telah digantikan dengan kegembiraan yang tidak terhingga...
itulah nikmat yang amat sukar dihuraikan...
hari-hari yang dilalui penuh dengan warna warni...
punyai sumber kekuatan yang tiada galang gantinya...

destinasi cinta sudah dapat digapai...
Allah telah mengurniakan segalanya yang tidak pernah terlintas di hati...
semoga impian membesarkan anak dan bakal anak menjadi realiti...
sama-sama berganding bahu memberi pendidikan yang terbaik untuk mereka...
segala jiwa,raga dan kudrat telah kuserahkan sepenuhnya buat insan-insan tercinta...
sayangnya aku kepada mereka melebihi nyawa sendiri...
masih banyak liku yang menanti di hadapan kelak...
tapi aku pasti yang terjadi ada hikmahnya...
Insya-Allah!!!


notakaki:terima kasih buat adik tersayang,nor syuhada di atas kek yang comel itu..malam ini kita sambut di luar pula..chewahhhhhh!!!

Selasa, 24 April 2012

hadiah kecil dari orang yang tersayang...


kisah ini berlaku ketika baru pulang dari pejabat...
masuk sahaja ke dalam bilik tidur ada satu bungkusan berwarna pink...
tiada pula kad ucapan kepada siapa ianya ditujukan...
terus buka dan tersenyum tersendiri...
terdengar suara yang sangat dicam memberi ucapan SELAMAT HARI JADI...
anak kecil yang tidak tahu apa-apa hanya tergelak sahaja...
oh bahagia rasanya hidup ini!!!!




terima kasih encik suami...saya kamu sangat-sangat!!


notakaki:kata wan,ini baru hadiah kecil...hadiah besar tunggu pada hari kejadian..sungguh meng-terujakan!!!

Isnin, 23 April 2012

minggu yang penat!!


satu minggu ini aku rasa amat penat sangat...
mungkin cik PMS mahu datang dalam minggu ini...
pasrah sahajalah...
cuti 2 hari ini adalah cuti rehat untuk aku...
tiada rancangan kemana-mana...
hanya lepak di rumah sahaja...
namun tiada makna bagi aku itu semua kerana tugas sebagai surirumah sedang menanti...
seronok rasanya apabila minggu ini dapat duduk di rumah...
sebagai hasilnya berjaya jugala aku mendeko bilik tidur utama dan bilik tidur iqi...
cuma hiasan ringkas...
baru kini ada masa untuk itu...
sabtu dan ahad ini aktiviti berjalan kembali seperti biasa...
akan pulang ke kampung sabtu ini...
balik hari sahaja...
ahad pula ke sungkai,perak untuk menghadiri majlis resepsi abang sham...
kedua-duanya adalah dua perjalanan yang berbeza hala...

aku rasa ada hikmahnya juga berehat di rumah semalam dan kelmarin...
selesai sudah kerja rumah yang tertangguh hampir 2 minggu...
puas terasa apabila dapat meluangkan masa di rumah...
apa yang menggembirakan dapat jugalah aku masak ikan patin masak lemak...
percubaan pertama yang tidak mengecewakan...
cuma harus dikurangkan cili kerana pedasnya terasa hingga ke tekak..

hari ini aku pergi kerja dalam keadaan yang masih lagi penat...
hari isnin memang begitu...
mood bersantai bersama suami dan anak masih terasa lagi...
lagi 2 hari adalah hari istimewa untuk aku...
sambutannya masih samar-samar lagi...
tapi aku lagi suka jika diadakan beramai-ramai bersama keluarga...
tak perlu ada kek pun tidak kisah...
janji ingatan dari mereka-mereka yang tersayang sudah memadai...
namun yang pasti ulang tahun pertama hero kecil pasti akan disambut dengan mengadakan rumah terbuka...
cadangnya ketika hari raya...

minggu yang penat tapi aku sukakannya!!

Jumaat, 20 April 2012

senyuman pedih!!!


Masa berlalu amat pantas...
Seolah terlupa akan tugas sebenar...
Bukan terlupa tapi tiada siapa pernah memberi amaran...
Berjalan dalam ombak kecil.
Terkadang dil ambung ombak besar...
Ada kala terpijak batu-batu tajam...
Entah siapa memahaminya...

GEMBIRA!!!
Aku luahkan pada setiap yang aku sayangi...
Mampu senyum dan ketawa sambil berpeluk tubuh...
Senyum hilang, berganti air mata...
Tapi tidak mengapa...
Air mata juga kering.
Senyum dan air mata penyeri kehidupan...

Lama kelamaan seolah utuh hati ini...
Mungkin keyakinan makin berani tersemat di hati...
Dihantarnya rasa resah penanda rindu...

Ini bukan permulaan sesuatu...
Bukan juga pengakhiran sebuah cerita...
Hakikat dunia.
Bersama senyum dan tawa redhaNya.

Ini perjalanan...
Tiada pengakhiran.
Mungkin selagi nafas tidak terpisah selagi itu rasa ini akan terus dirasai...

ber-BBQ pula!!!




notakaki:aktiviti semalam sempena meraikan MC..terbaik lah!!!

Rabu, 18 April 2012

emak jaga cucu!!!


ramai yang rasa aku amat bertuah sebab emak jaga anak aku...
dan seharusnya aku perlu rasa bersyukur...
selalunya tepat pukul 5.00 petang terus aku cabut dari pejabat...
walau kerja banyak sekalipun aku tinggalkan dan sambung pada esok harinya...
boleh dikatakan jarang benar aku ke mana-mana selepas waktu itu...
jika adapun hanya pergi berfutsal sahaja...
itupun baru 2 kali aku tinggalkan hero kecil di waktu malam bersama emak..
tetapi ada orang,lepas habis kerja dia merewang-rewang suami isteri entah pergi mana sampai malam biarkan emak dia jaga cucu...
kalau ada tujuan memang aku faham...
jika mahu merewang pun pergilah waktu siang...
malamnya pula berilah peluang emak rehat...
itulah namanya tolak ansur!!

cukup-cukuplah emak kita dah bela kita adik beradik dari kecik...
takkan sampai ke tua dia kena sambung letih jaga cucu pula..
agak-agaklah dalam hal ini...
sematkan rasa timbang rasa sedikit dalam diri...
apabila emak sudi mahu tolong jaga anak kita janganlah ambil kesempatan pula...
fikirkanlah pasal hati dan perasaan orang tua itu...

terus terang aku mengaku yang aku tidak gemar anak aku rapat dengan orang lain...
aku yang lahirkan dia...
dan semestinya sebagai seorang ibu tak sanggup rasakan mahu melihat anak aku berlebih-lebihan bermanja dengan orang lain...
dia harus diajar membezakan kasih sayang antara ibu kandung dan orang di sekelilingnya...
buat masa ini anak aku adalah cucu sulung sebelah keluarga aku...
dan aku faham kemanjaan yang diberikan oleh opah dan kedua-dua makciknya itu...
namun tidaklah aku lepas tangan dalam hal-hal mendidik anak...
kini tiba masanya versi acuan kami berdua mendidiknya pula...
harus belajar memikul tanggungjawab...

anak itu kan satu amanah?
jadi pandai buat kenala juga pandai jaga...

setuju!!!

WW-burger bakar kaw-kaw...nyumm!!!!



oh..masa cepatlah berputar!!


ketika ini perasaan aku sangat gundah gelana...
apa yang ditunggu-tunggu adalah permohonan bertukar ke kl segera diluluskan...
hendak pergi kerja pun rasa semacam malas...
tiada langsung keikhlasan...
hal-hal pejabat langsung tidak aku hiraukan...
boleh aku andaikan aku kini membawa haluan sendiri...
lebih banyak menyendiri...

kerenah birokrasi yang entah bila akan berakhir...
lantas telah membuatkan mood bekerja merudum sama sekali...
rutin harian yang dilalui sangat membosankan...
setiap hari aku mengharapkan agar masa cepat berputar...
pulang ke rumah dan terus bergomol dengan anak...
terapi  indah yang tiada tolok bandingannya...

memendam perasaan terlalu lama adalah tidak baik...
ianya seperti pisau yang menikam-nikam kalbu...
apa yang jelas manusia yang bertopengkan kepura-puraan memang ada...
jangan disangka air yang tenang tiada buaya...
depan nampak manis  tetapi sebaliknya ada agenda yang tersembunyi...
soal cantas mencantas perkara biasa bagi orang seperti ini...
dikurniakan mata dan hati cukup sudah menjadi bukti...
tidak perlu alasan orang ketiga...
sungguh besar kebesaran Illahi kerana mengurniakan akal kepada manusia membuat pertimbangan yang sewajarnya...
tak kisahlah meskipun lambat kesedaran itu timbul...
yang penting pengajaran yang dapat dikutip...

titipkan dalam hati agar tidak terlalu percaya pada orang luar...
lebih berhati-hati apabila berkawan dengan yang bukan sekufu...
aku tetap seperti yang dahulu...
tiada apa yang berubah meskipun sudah punyai anak...
cuma kini baru aku sedar orang yang disangkakan baik itu sebenarnya bukanlah seperti yang disangka...
"gunting dalam lipatan" adalah perkataan paling sesuai ditujukan kepada orang yang begini...
mujurlah aku cepat sedar...
malas rasanya mahu bersekongkol dengan orang begini...
tak kisahlah apa pandangan orang terhadap aku...
yang penting aku tahu apa yang aku lakukan ini memang yang terbaik buat diri sendiri...

sukar untuk dijelaskan namun biarlah ianya menjadi rahsia...
aku rasa inilah masa yang tepat untuk aku berhijrah...
terlalu mengalah akhirnya memakan diri sendiri...
makin lama hidup di muka bumi makin aku faham tentang rencah hidup...
walau sesiapa pun kita matlamat adalah serupa...
yakni meneruskan zat kehidupan sebelum dijemput pulang...

sesuatu yang paling bernilai kini adalah KELUARGA...
walau diceruk mana sekalipun keluarga tetap ranking pertama di hati...
rasanya kini kawan yang terbaik untuk aku adalah emak,adik-adik,suami dan anak...
yang lain-lain adalah persinggahan sementara sahaja...
percayalah apa yang berlaku telah membuatkan aku jadi tabah dan kuat...

akhir kata,kata-kata ini mewakili apa yang sedang tersirat di lubuk hati aku...

Kata mudah, murah dan percuma
Kelat lidah itu yang dirasa
Bukan mempersoal bukan jua melangut
Aku manusia biasa terkadang lupa

Jangan buta pada yang ada
Rangkul sahaja bila perlu
Minta apa yang baik sahaja
Aku manusia biasa terkadang alpa

Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya, namun aku belajar!!

awesomenya kapal titanic...



menyambut ulang tahun ke-100 tahun kapal yang suatu ketika dahulu dianggap yang terbesar di dunia... .
TITANIC adalah kapal lagenda yang mungkin menjadi sebutan hingga kini...
pihak british telah menwujudkan Muzium Titanic untuk diabadikan kepada generasi akan datang...
muzium dengan kos USD 149 Juta Dollar ini memaparkan kisah sebenar apa yang ada di dalam kapal persiaran mewah ini...







kreatif ye orang putih ni!!!

Selasa, 17 April 2012

rencah!!


di dalam hidup ini terlalu banyak benda yang aku angankan...
macam-macam benda yang mahu dimiliki...
meluap-luap keinginan sampai terkadang susah mahu dibendung...
namun ianya seakan-akan terlalu besar untuk aku capai...
dan juga mungkin terlalu jauh sasarannya...
lalu aku memujuk hati ini agar belajar menerima dan bersyukur...
bersederhana atas apa yang ada...

lama-lama keinginan aku itu reda sedikit demi sedikit...
namun ianya tidak lah kekal begitu...
tanpa perlu diundang ianya datang kembali...
menekan ke otak...
menikam ke jantung...
payah sebenarnya mengikis keinginan itu...
mungkin inilah dinamakan dugaan...
maka dengan ini dapatlah aku rumuskan perasaan dan keinginan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipadam begitu saja...

ibarat seperti CINTA
andai engkau yang aku mahu, tetap jualah engkau juga yang aku mahu!!!

pejabat baru facebook!!!


facebook bolehlah dianggap salah sebuah jenama yang cukup besar di dunia...
pada awal tahun mereka telah berpindah di sebuah ruang pejabat di seattle,amerika syarikat...
ruang pejabat di tingkat 17 berkenaan menjadi lokasi pilihan untuk facebook menjalankan operasinya...

lihatlah pejabat baru facebook....
tersangatlah santai tetapi menarik!!






macamana?
okey tak!!!

namakan makan ini!!!


sejak diet inilah makanan ruji aku...
jangan ditanya apa perasaan aku...
sudah tentu jawapannya tidak rasa apa-apa...
masih berusaha dan akan terus berusaha untuk mendapatkan badan ideal...
tanpa usaha manakan datangnya hasil?
jadi berpandukan nasihat dari pakar yang mampu aku lakukan adalah kuatkan diri dari segi mental dan fizikal...
setkan dalam kepala supaya tidak cepat berputus asa...


ayuh,teruskan usaha...
:)


notakaki:sangat jeles dengan wan.walaupun banyak makan tetapi badan maintain sahaja...!

Isnin, 16 April 2012

2 hari yang pek!!


jarang sekali hujung minggu aku melekat di rumah...
ada sahaja agenda sama ada untuk diri sendiri,suami,anak,keluarga sendiri,keluarga mentua dan teman-teman...
mengikut perancangan mahu sahaja duduk rumah pada hari sabtu...
mahu bersantai sepuas-puasnya dengan kedua cinta hati...

sesuatu berlaku pada sabtu dimana encik suami telah menawarkan diri untuk membuat kerja-kerja rumah...
agak terkesima juga apabila awal-awal pagi wan telah bangun menyediakan sarapan...
pakej dengan bubur untuk hero kecil sekali...
wah..terasa seperti berada di syurga pula...
katanya hari itu adalah hari rehat untuk aku...
makanya peluang yang ada aku gunakan untuk bermain-main dengan iqi...
semua kerja rumah telah dibereskan dengan jayanya oleh wan sebelum jam 11.00 pagi...

selepas itu,bersiaplah kami bertiga untuk aktiviti menghabiskan duit...
niat di hati mahu sahaja ke sogo..
tetapi apabila mengenangkan keadaan jalan yang sesak aku batalkan sahaja...
terus mendapat idea untuk ke aeon setiawangsa...
kali pertama pergi ketika cuti bersalin...
memang besar pusat membeli belah ini jika dibandingkan dengan wangsa maju...
puas hati juga berterapi begini...
hasil selama 3 jam di sana dapatlah aku rembat seluar jeans dan sehelai baju di butik levis...
wan pula seperti biasa lebih suka membeli aksesoris seperti kaca mata hitam,tali pinggang dan barangan lelaki...
hasil keluaran duit yang paling banyak sudah tentulah untuk si kecil...
banyak sungguh pilihan pakaian kanak-kanak di sini...
sampaikan rambang mata semasa proses memilih...
harus berterima kasih kepada wan kerana dialah tukang bayar untuk hasil belian tempoh hari...
rezeki di tengah-tengah bulan...
syukur!!!

selesai membeli belah terus ke kedai makan bapa mertua...
dijemput ke sana kerana ada hal penting hendak dibincangkan...
tekaan aku sudah tentu mengenai hal adik ipar yang akan berkahwin pada bulan disember ini..
borak punya borak tak sedar sudah malam...
pelawaan tidur di rumah bapa mertua terpaksa ditolak kerana esoknya ada majlis perkahwinan di putrajaya...




apa pula aktiviti minggu ini..
tunggu!!!

sekian melaporkan dari meja sendiri...

kebiasaan yang tidak kebal!!


membawa anak kecil berjalan waktu malam tiada salahnya...
cuma perlu ada waktu,cara dan aturan yang sesuai...
seelok-eloknya bawalah selepas maghrib...
dan pulang sebelum jam 12.00 tengah malam...
tempat yang hendak ditujui biarlah penuh dengan orang ramai...
elakkan kawasan-kawasan yang sunyi seperti di dalam hutan...
mentaliti orang melayu yang sering mengatakan anak kecil tidak sesuai dibawa keluar malam adalah sama sekali tidak benar...
aku rasa ramai ibu-ibu muda di luar sana seperti aku yang telah melanggar kepantangan ini..
aku tidak tahu terikat dengan stigma pemikiran kuno yang sebegini...
dan hingga kini aku masih tahu keterbatasan mengenai hal ini...

3 bulan usia iqi telah dibawanya berjalan-jalan di taman tasik titiwangsa waktu malam...
menemani aku dan wan makan di luar...
bersosial dengan kawan-kawan baru di majlis keraian...
tidak terfikir langsung dalam kepala otak aku meninggalkan dia...
cuma terkadang ada juga masa-masa yang kami terpaksa berbuat demikian...
Alhamdullilah setakat ini tidak perlu hero kecil itu mengigau pula...
bukan cakap besar tetapi itulah realitinya..
kadang-kadang kita harus lari dari sogokan kata-kata orang tua yang berpegang kepada adat lama...
aku cuma mengikut kata hati sendiri...
gunakan kelojikan akal dalam mempertimbangkan hal yang berlaku di sekeliling kita...

Insya-Allah begitulah pendekatan yang akan kami lakukan untuk iqi...
mengapa harus takut pada gelap sedangkan ianya satu proses alam yang sangat menakjubkan...

setuju!!!



Jumaat, 13 April 2012

H.I.D.U.P


dalam perjalanan kehidupan ini...
ada masa akan berlari...
ada masa akan berjalan...
kadang-kala akan merangkak...

DAN

jika sepanjang perjalanan itu terjatuh serta terduduk...
jangan lupa untuk bangkit dan teruskan langkah...
waima ianya langkah yang kecil...
jika luka yang diterima terlampau dalam...
jangan jadikan ia alasan untuk mengalah...
sebab selagi ada usaha...
disitu juga Allah akan permudahkan jalan hidup itu...

teruslah sahaja berjalan
masih ada harapan...
masih ada sinar...
perjalanan ini masih jauh...
masih baru dipermulaan garisan...

DIA akan membantu kita...

Insya-Allah!!

27 tahun sudah aku!!


27 masih bernafas...
walaupun kadangkala goyah ditiup angin...
sejauh mana berada...
tetap berdiri di sini.
masih milik-NYA...

DAN

selagi nyawa masih lagi bernyala...
selagi hayat masih lagi bernada...
akan aku menjadi manusia yang terbaik...
walaupun banyak dugaan akan menanti...
hanya aku tahu tentang diri sendiri...

i just be myself and it's difficult to please everyone!!



notakaki:bungkusan dari orang jauh di australia..katanya,hadiah sempena hari besar.terima kasih kawan...sayang kamu...muahssss!!

arghhhhhh


bila kita menegur seseorang...
bukan bermakna kita lebih baik dari dia...
kita tegur sebab kita rasa ada sesuatu perlu diberitahu...
bila berdepan dengan manusia yang tidak dapat menerima teguran...
manusia yang merasakan hidup dia sentiasa betul...
manusia yang merasakan dia adalah dewa kehidupan...
memang sukar sebenarnya...

paling penting dalam hidup...
usahlah berkira...
manusia tak pernah puas dengan apa dia ada...
ego tidak bertempat...
walaupun beza semua cara kehidupan...
tapi hati kita tetap sama,
cuma cara kita bentukkan ia...
menjadi satu perbezaan...


manusia yang hidup dalam kepura-puraan banyak di sekeliling kita...
buat baik berpada-pada jangan sampai menjerat diri...

sekian...:)

Khamis, 12 April 2012

satu hari di hari cuti!!!


cuti semalam telah dimanfaatkan dengan sebaiknya...
program perkelahan kali ini adalah di sungai tekala...
terima kasih kepada bakal ipar yang sudi menjadi pemandu pelancong...
walaupun hujan tapi ianya tidak mematahkan semangat...
berhenti sahaja hujan terus ke destinasi...






sempat jugalah aku memasak nasi dan ayam masak merah pagi itu...
keperluan iqi dari malam tadi sudah tersedia...
sampai-sampai sahaja tersusun kereta berbaris...
dapatlah  membeli pelampung baru iqi yang telah hilang semasa bercuti di melaka...
ramai benar yang mengambil peluang ini bermandi-mandi bersama keluarga,teman-teman dan pasangan kekasih...
tidak sukar mencari pondok berteduh sebab banyak terdapat di sini...





dan orang yang paling teruja semestinya adalah hero kecil...
meskipun air sungai itu sejuk tidak hiraukannya...
betapa dia menikmati kegembiraan apabila berada di dalam air...
mujurlah ada mak ngah syu yang sudi melayan kerenahnya...
babahnya mandi agak ke jauh ke tepian seperti seolah-olah melepaskan gian...
dan aku hanyalah merangkap jurugambar kepada rombongan ini...
pelbagai aksi yang dapat aku rakamkan...
sangat mencuit hati melihat gelagat anak,suami dan pasangan yang sedang bercinta ini...
manakala emak hanya berehat di pondok...









sedang asyik bermandi-mandi emak menjerit memanggil untuk makan...
iqi menangis semasa aku mengangkat dia ke darat...
aduhai,sangat sadis perlakuannya itu ditambah dengan jeritan yang mendayu-dayu...
oh anakku kamu memang hantu air persis babah...
terus diberi upah susu maka senyaplah...








usai mengisi perut maka terjun kembalilah kami ke pangkal jalan dalam sungai...
terasa kesejukan hingga ke sendi tulang...
keseronokan yang teramat sangat...
lebih-lebih untuk si kecil...
berbunga-bunga hati mama melihat akan keletahnya itu...
anak lelaki haruslah berani...
anggaplah ini sebagai proses awal pembelajaran...







jam 4.00 petang kami bersiap untuk pulang...
telah sepakat singgah dulu rumah kami di wangsa maju untuk melepaskan lelah kepenatan...
wan pula keluar sebentar untuk menyelesaikan urusan keretanya di bengkel...
punyalah sibuk sampaikan kereta yang telah siap diservis telah tersadai selama 3 hari...
nasib baiklah tokei kedai member sekepala...
aktiviti malamnya adalah mengisi perut yang kosong setelah puas ketiduran...
oleh kerana wan yang belanja maka lokasi makan malam terpulang kepadanya...




tiada apa yang lebih bermakna melainkan KUALITI bersama keluarga...
anak pengikat kasih sayang...
sapa setuju angkat tangan!!!!!

:)