Jumaat, 30 Mac 2012

bikin apa dan di mana hujung minggu ini!!


masih kebuntuan mencari idea untuk ke mana setiap kali datangnya hujung minggu...
sejak akhir-akhir ini aku lebih suka lepak di rumah jika tiada jemputan bersosial dari rakan-rakan aku mahupun wan...
banyak benda sebenarnya yang aku boleh buat bila duduk di rumah...
celik sahaja mata perkara pertama aku harus buat adalah masak bubur untuk iqi...
sambil-sambil itu,aku sapu dan mop lantai serta lap tingkap...
sarapan pagi kami selalunya amatlah ringkas...
wan suka telur setengah masak dan roti bakar...
manakala aku pula roti bercicahkan milo...
bila hero kecil bangun terus aku mandikan dia...
selepas itu,berikan dia makan bubur sekenyang-kenyangnya...
sementara menunggu tengahari,mana baju-baju yang aku longgokkan selama seminggu siap untuk dibasuh...
jagaan anak bertukar tangan kepada wan...
dan gigihlah aku memasak makanan tengahari kami...

selesai masak barulah aku mandi...
tepat jam 1.30 tengahari maka makanlah kami berdua sambil melihat telatah iqi...
dan inilah masalah untuk bergolek dan bermain bersama si kecil...
melayan kerenahnya sampai dia kepenatan...
apabila penat bermain pasti matanya akan mengantuk...
jadi kesempatan ini kami ambil untuk tidur ber-trio...
waktu petang biasanya kami akan membawa iqi berjalan di sekitar tasik di keramat...
banyak juga umat manusia yang beriadah di sini...
tempat berkelah juga disediakan...
berjoging sudahlah tentu...
terkadang kami bergilir-gilir menjaga iqi apabila berjoging...
inilah dinamakan KERJASAMA!!!

maghrib terus pulang ke rumah dan membersihkan diri...
hanya wan sahaja yang akan santap untuk makan malam...
sambil layan televisyen dan iqi aku lipatlah baju...
aku jenis orang yang tidak suka melihat baju berlonggok berbakul-bakul...
seboleh-bolehnya akan aku habiskan kerja yang satu itu sebelum masuk tidur...

rutin harian yang sama akan berlaku keesokan harinya melainkan jika kami keluar...
selalunya akan aku peruntukkan satu hari keluar dan satu hari lagi harus duduk rumah...
sebab itu aku jarang jalan jauh jika cuti hanya 2 hari sahaja...
masa yang ada akan kami gunakan untuk bermanja dengan iqi...
topup kasih sayang mama dan babah yang 5 hari bekerja itu...

biasanya jadual perlawanan wan pada hari sabtu...
kalau terasa bosan,aku akan bawa iqi ke jaya jusco ataupun carrefour wangsa maju...
mula-mula dulu agak takut juga...
namun lama-lama ianya menjadi alah bisa tegal biasa!!


notakaki:hujung minggu membawa maksud harus berehat di rumah tanpa melakukan apa-apa tugas..namun bagi aku ianya sama seperti 5 hari bekerja..tidak boleh memanjakan diri sangat...setuju!!

jeng....jeng KLCC terbakar!!!





petang semalam berlaku satu kebakaran di restoran chinoz,KLCC..
dengar-dengar orang ramai yang berada di situ berasa agak cuaklah...
pihak pengurusan kompleks beli belah berkenaan telah mengarahkan semua pengunjung keluar dari pusat beli belah berkenaan bagi langkah berjaga-jaga...

kesimpulannya,semua dalam keadaan yang selamat..syukur!!


Khamis, 29 Mac 2012

cetusan...


banyak benar agenda sepanjang bulan april ini...
latihan futsal sudah tentulah...
ianya tidak menjadi satu hal kepada aku...
jika sudah minat apapun sanggup...

wan masih sibuk dengan bolanya...
kadang-kadang sampai dua minggu tidak bersua muka...
telefonlah menjadi penghubung melaporkan perkembangan diri dan anak...
perjalanan rutin waktu bekerja seperti biasa...
terkadang terasa bosan duduk di pejabat yang telah 6 tahun berkhidmat...
terlintas juga dalam hati mahu bertukar angin...
mungkin ke kl...dan mungkin juga ke ipoh...
perbincangan muktamad belum diputuskan...
harus menunggu rumah idaman siap sepenuhnya dan ketika itu barulah jawapannya akan ditemui...

jujurnya agak ralat apabila memikirkan bagaimana hidup berjauhan dengan emak...
maklumlah dari kecil hingga sudah punyai anak masih memerlukan emak...
sukar mengetepikan peranan emak walaupun sudah berkeluarga...
masih memerlukan khidmat nasihat dari mentorku itu...
mujurlah ada cucu yang boleh menemani jiwa emak yang sedang kekosongan itu...
pemergian ayah yang secara tiba-tiba telah digantikan dengan kehadiran cucu yang satu itu...
sesungguhnya perancangan Allah itu sangat hebat...
kami sekeluarga terima pemergian arwah dengan hati yang redha...
hanya iringan doa yang mengiringan perjalanan arwah di alam sana...
kami sentiasa rindukan arwah...
ah..cukup sampai di sini...
dikhuatiri airmata akan tumpah...

hidup sukar diramalkan...
ada perlbagai rasa dan rencah...
namun yang pasti perjuangan harus diteruskan...
tiada istilah penyesalan kerana hati kecil wanita aku sangat cekal...
bahagia dengan apa yang dikecapi...
nikmat yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata...
tidak putus-putus ucapan syukur meniti di bibir...
dan semoga sisa perjalanan aku dipermudahkan...
Amin!!!

percayalah suatu masa nanti kita pasti akan dijemput...
bila dan tikanya telah tersurat dalam luh mahfuz lagi...
tunggu!!!!

laki bini kena renew roadtax...


bulan ini harus memperuntukan sedikit wang untuk renew roadtax...
tarikh akhir sudah sampai ke kemuncaknya...
sebelum kereta masuk puspakom haruslah menyelesaikannya dulu...
kali ini sudah sepakat mahu ambil renew melalui kawan wan...

agak berani juga kami kan bawa kereta tanpa renew roadtax...
hidup harus lah begitu...
pandai makan pandai simpan...
setakat jalan di kuala lumpur memang tidak ada masalah...
jarang ada road block di kuala lumpur...

kelakar juga apabila bercakap hal roadtax malam tadi...
bulan hadapan cadangnya mahu pulang ke kampung...
jadi bagaimana hendak memandu jika roadtax tidak diperbaharui...

aduhai...sabar sahajalah!!

Rabu, 28 Mac 2012

WW-DORAEMON DAN SAYA!!





WW-PIPI DAH SUSUT!!!



iqi yang kuat!!


tidak pernah sekali suhu badan iqi melebihi 37 c...
satu malam dia menangis tanpa henti...
hanya senyap ketika diberikan susu dan tidur sahaja...
berak tidak henti keluar dan menyebabkan pinggulnya kemerahan akibat melecet...
rasanya sebab itulah dia menangis...

jadi selasa pagi terus ke klinik keluarga di wangsa maju untuk berjumpa doktor...
niat hati mahu ke hospital ampang tetapi apabila memikirkan nasib yang pernah diterima maka dibatalkan hasrat itu...
klinik ini telah menjadi klinik keluarga selepas klinik kita...
jadi doktor yang akan jumpa itu sudah sedia maklum dengan perkembangan iqi setiap bulan...


hasilnya doktor merumuskan ianya hanya demam biasa sahaja...
paru-parunya tiada apa-apa masalah...
mungkin peralihan bulan atau ada gigi yang mahu tumbuh...
agak lama jugalah kami berbincang mengenai tahap kesihatan iqi..
perkembangan iqi menurut doktor sungguh membanggakan...
selagi dia aktif tiada apa yang perlu dirisaukan...
berat yang turun itu adalah perkara biasa...




hanya ubat demam+vitamin c+ubat sapu bontot yang dibekalkan oleh doktor...
antibiotik tidak perlu kerana antibodi iqi masih di tahap yang bagus...
pulang sahaja ke rumah terus diberi makan bubur,susu dan ubat...
dilayan cerita kartun seperti biasa...
tidak lama kemudian tidurlah hero kecilku itu ditemani babahnya...
selamat sudah!!




riang ria di hati apabila ke pejabat hari ini...
lalalallala!!!!

lelaki pilihan!!!



kawan aku ada tanya ciri-ciri lelaki yang aku suka...
aduhai soalan apakah ini?
sudah bergelar isteri dan mama baru terpacul soalan cepumas ini...
tapi tidak mengapa akan aku jawab untuk kawanku yang masih tercari-cari pasangan idealnya itu...

semua mengiginkan pasangan yang sempurna dalam segala hal...
setuju tak?
aku sedar yang diri aku ini tidaklah secantik mana tetapi manisnya adalah juga,hahaha...
kriteria utama lelaki idaman aku adalah yang mempunyai masa depan...
masa depan yang aku maksudkan adalah di dunia dan paling penting di akhirat yang kekal abadi... =)


RUPA

biarlah sedap mata memandang dan sewaktu dengannya...
bentuk fizikal sederhana sahaja...
aku suka lelaki yang tinggi kerana akan nampak ke-macho-an di situ...
tidak mahu jarak umur melebihi 3 tahun supaya langkah nampak seiring,seia dan sekata...

AGAMA

wajiblah orang yang beragama islam...
tidak perlu terlalu warak asalkan tahu tanggungjawab sebagai seorang islam dan suami...
boleh mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat itupun sudah cukup memadai bagiku..


RAJIN

rajin solat,rajin mengemas rumah dan seangkatan dengannya...
aku suka lelaki yang ringan tulang tanpa disuruh...
sekurang-kurangnya pandai sidai baju dan basuh pinggan sudah cukup bermakna bagi aku...

TERIMA SEADANYA

menerima kelebihan dan kekurangan aku dengan redhanya...
jika aku salah tegur secara berhemah...
aku suka lelaki yang tenang dan cool terutama apabila aku tengah panas hati...
yang utama menyintai dan menyayangi aku walau apapun yang terjadi...
kata orang,kahwinlah dengan orang yang lebih menyintai kita dari kita menyintainya...
ya...itulah lelaki pilihan aku!!!

MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP

haruslah sebab bagaimana mahu menangggung keluarga nanti...
dalam islam wajib suami memberi nafkah zahir tetapi hal ini aku tidak ambil pusing sangat kerana aku bekerja...
tetapi aku bersyukur kerana wan setiap bulan tidak pernah lupa memberi nafkah zahir itu...
jadi duit tersebut aku gunakan untuk membeli susu,pampers dan keperluan anak...
hal-hal berkaitan rumah seperti bil air,elektrik dan astro semuanya wan yang bayar...
begitu juga dengan duit kereta dan motorsikal..
aku cuma keluarkan duit untuk bayar broadband dan belanja dapur sahaja...
sebelum kahwin lagi perbincangan mengenai pengagihan duit telah dibuat...
dan Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar sehingga kini...
syukur!!!!


secara jujurnya aku mengamalkan sikap bersederhana dalam apa jua keadaan sekalipun...
begitu juga dengan lelaki yang akan menjadi teman seumur hidup aku...
:)


notakaki:ramai teman-teman mengatakan yang kami masih seperti pasangan bercinta...rahsianya, kebahagiaan akan terserlah meskipun tanpa dihebahkan..orang lain yang akan menilainya sendiri...setuju!!!

giliran SCHA dan AWAL!!!



kemuncak cinta awal ashaari dan acha al-yahya akhirnya terjawab apabila pengumuman mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan mereka diketahui semalam...
majlis pernikahan akan dibuat di hotel pullman,putrajaya pada 4 mei 2012...
majlis resepsi pula akan dibuat selang dua hari selepas tarikh pernikahan iaitu pada 6 mei 2012 bertempat di pusat konvensyen antarabangsa putrajaya(PICC)...


notakaki:akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua..tahniah!!

Isnin, 26 Mac 2012

permulaan yang baik kembali berfutsal!!!


episod pertama kembali berfutsal berjalan seperti dijangka...
30 minit berlari atas padang simen tiada langsung pancit...
cuma kelelahan yang amat penat sekali...
maklumlah sudah setahun ditinggalkan...
atas sokongan teman-teman akhirnya berjaya juga menghabiskan sesi latihan dengan cemerlang...
skill masih perlu dipertajamkan lagi...
begitu juga dengan corak larian aku...
belum lagi mencapai tahap fit...


lebih menggembirakan kerana sang suami turut serta memberikan semangat kepada si isteri...
dengan adanya wan,bolehlah dia memberi komen tentang aksiku itu,hehehehe...

"BOLEH TAHAN...TAPI STAMINA KENA MANTAPKAN LAGI!!!"

itu komen yang diberikan setelah aku meminta pendapatnya...
kira oklah tue!!!



usai maghrib terus pulang ke rumah dalam kepenatan bercampur gembira...
otot terasa tegang pada malam harinya...
sampai sekarang masih terasa...
kaki melecet di bahagian tumit...
namun itulah perkara normal setelah sekian lama tidak berfutsal...

sesi latihan seterusnya adalah jumaat ini...
sudah tidak sabarnya sebenarnya...

haruslah kan????

santapan di minggu baru!!



ketika melakukan sesuatu kebaikan usah diharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan dari manusia...
kata bijak pandai mengharapkan ucapan sedemikian dari manusia membuatkan sakit jiwa...
hati akan menjadi lebih tenang jika setiap perkara yang kita lakukan diniatkan kerana Allah S.W.T...
maka berharaplah pada yang Illahi yakni Tuhan yang SATU itu...


salam isnin yang mendamaikan

:)

Jumaat, 23 Mac 2012

futsal time!!


kali terakhir aku main futsal adalah sebelum mengandung...
jadi,inilah masa yang sesuai untuk aktif kembali...
harus mengucapkan terima kasih kepada teman-teman yang bersabar menanti...
hasil berkat berjoging aku berharap agar stamina aku akan seperti dahulu...

teruja sudah tentulah...
memang menjadi hasrat aku untuk aktif berfutsal kembali...
aku rasakan inilah satu-satu sukan yang secocok dengan aku...

aku ingat lagi pada mula berjinak dengan futsal...
apa skill pun aku tak tahu...
namun berkat tunjuk ajar wan akhirnya berjaya juga aku memahirkan diri dengan beberapa skill yang ringkas...
minat aku ini lebih mengisi masa lapang sahaja...
tidaklah tiap-tiap minggu akan turun padang...
bergantung juga kepada masa dan situasi teman-teman futsal yang lain...
selalunya kami akan main pada malam jumaat...

kawan-kawan semua mari kita terjah ampang sport planet malam nie....

 

chaiyok!!!!




Selasa, 20 Mac 2012

realiti hidup!!


sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang melambak-lambak rancangan realiti yang menguasai penyiaran dan minda kita semua...
sebenarnya bukan mudah untuk melepasi saringan sebelum betul-betul terpilih...
keupayaan fizikal dan mental perlu ada untuk hadapi semuanya itu...

aku kesian sebenarnya dengan mereka yang beria-ia hendak menyertai apa-apa rancangan realiti yang ada di malaysia ini...
terkadang terselit juga rasa kagum dengan keberanian mereka untuk diuji...
akan tetapi keberanian yang terlebih itu kadang-kala mengundang padah sehingga menyerlahkan kebodohan mereka sendiri...

menangis dan merayu untuk diberi peluang boleh dianggap sudah tiada maruah diri...
ini disebabkan terbuai mimpi indah untuk mengecap dunia yang penuh glamour...
namun semua ini bukanlah jalan pintas untuk meraih sesuatu kejayaan...
rezeki masing-masing dengan syarat gunakanlah dengan cara yang betul...

setuju!!!


notakaki:bakat aku cuma ditonjolkan di pusat karaoke sahaja...

membesar dengan ceria!!


usianya iqi kini sudah 8 bulan...
tinggal 4 bulan sahaja lagi maka genaplah usianya setahun...
terasa begitu pantas masa beredar...
perkembangan iqi seperti anak-anak yang lain...
lasak dan aktif tidak boleh dipertikaikan...
pergerakan merangkak sudah semakin laju...
boleh pusing dan duduk dengan sendiri...
mulai belajar berpaut dan mampu berdiri sendiri tanpa bantuan...




sedang berdikit-dikit menyebut beberapa perkataan dalam pemahamannya sendiri...
muka lebih seiras babahnya...
kelakuan jua begitu...
sangat suka apabila mandi...
dan pandai membawa diri terutama apabila mamanya sedang masak...
mesra tanpa mengira sesiapa yang mendukungnya...
walaupun banyak kali jatuh akibat kelasakan melampau tiada tangisan yang kedengaran...




didapati juga 2 batang giginya baru tumbuh...
makan semakin berselera...
ramai yang mengatakan usia iqi sudah semacam satu tahun...
apapun aku bersyukur kerana kesihatan iqi tiada apa-apa masalah...
setakat ini hanya demam,selsema dan batuk sahaja...
Alhamdullilah!!!

mari naik beca!!!



notakaki:gambar semasa bercuti di melaka..aku suka gambar ini kerana terpancar keceriaan di muka kami bertiga...

manis masa bercinta!!

Manis masa bercinta
Tutur dan kata
Bahasa tersusun indah
Jalan berpimpin tangan

Makan bersuap sabarnya
Lembut dan mesra sentiasa
Hujan membasahi teriknya suria
Sanggup dihadapi berdua

Manis masa bercinta
Biar bersusah payah tidak mengapa
Gunung-ganang nan tinggi lurah berduri
Lautan ombak berapi rela tempuhi

Sesaat tak bersua bagai berabad tidak berjumpa
Rindu merasuk diri kesetengah mati
Buruk dimata orang pada matamu indah belaka
Tiada walau sekuman cacat cela

Jikalau bercinta biar berpanjangan
Usah sehabis madu sepahnya dibuang
Usah berlalu waktu engkau berpaling pandang
Moga keanak cucu berkasih-kasihan
Cinta yang begitu diberkati Tuhan


notakaki:lagu untuk mereka yang sedang dilamun cinta,yang masih mencintai satu sama lain dan yang masih mengharapkan cinta itu hadir...:)

Isnin, 19 Mac 2012

kenapa harus berdiet!!


hakikat yang harus diterima apabila selepas bersalin adalah kenaikan berat badan...
ada orang masih dapat kekalkan berat badan seperti dahulu...
ada juga yang mengalami kenaikan yang mendadak...
semuanya bergantung kepada hormon dan metabolisme badan masing-masing...

itulah yang terjadi pada diri ku...
berat sebelum bersalin adalah 72kg...
dan selepas 3 bulan cuti bersalin turun adalah 10kg...
dengan berat 62kg itu aku masih belum berpuas hati...
lantas aku tanamkan dalam hati untuk mendapatkan berat yang ideal...
sasaran aku adalah 55kg...
maka gigihlah aku berdiet sambil melakukan senaman ringan...
berpandukan laman web rasmi kevin zahri aku belajar tentang diet yang betul...

tidaklah aku mengamalkan diet yang ekstrem...
semuanya aku lakukan mengikut kemampuan diri sendiri...
aku cuma makan nasi apabila ada keraian dan hujung minggu sahaja...
waktu bekerja langsung tiada pengambilan nasi...
aku lebih banyak mengambil lauk dan makan makanan bersup sahaja...
tiada lagi makan selepas jam 8.00 malam...

faktor utama aku berdiet sudah tentulah untuk menyarung kembali baju-baju lama sebelum berkahwin terutamanya baju untuk ke pejabat...
terasa sayangnya hendak membuang baju-baju itu kerana ianya masih dikategori baru lagi...
apabila berdiet kuranglah juga sakit kaki ini...
berat badan yang melebihi bmi telah membuatkan aku selalu mengalami sakit di bahagian tersebut...
terutama sekali apabila terlalu lama berdiri dan kerap berjalan jauh...
jadi aku harus mendapatkan berat yang ideal bagi mengatasi masalah itu...

sebab lain adalah mahu kembali aktif seperti dahulu...
harus mengembalikan stamina lebih-lebih lagi apabila berjoging...
semput nafas aku ketika berjoging tempohari...
terasa letih yang amat sekali...
walaupun aku aktif tapi aku dapat rasakan ianya tidak seperti dahulu...
harus membuang sifat kemalasan dalam diri...
dan tidak boleh bergantung kepada satu cara jika mahu mendapatkan berat yang ideal...

aku bertuah kerana wan adalah seorang atlet...
mana nasihat dan petua yang bersesuaian aku jadikan azimat...
seronok juga jika ada teman untuk berjoging...
bak kata wan,lakukan mengikut daya sendiri...
jika mahukan hasilnya kenalah berusaha...

jika ditanya,adakah aku berpuas hati dengan berat badan sekarang?
sudah tentu jawapannya BELUM LAGI!!!
berat terkini aku adalah 57kg...
hanya tinggal 2kg sahaja lagi berat ideal dapat direalisasikan...
niat aku bukan mahu kurus melidi sangat...
cuma ingin memakai kembali baju lama-lama yang sudah lama terperap dalam almari...
itu matlamat aku...

kini dapat aku rasakan berat badan semakin ringan...
tiada lagi rungutan kesakitan kaki...
yang penting dapat dirasakan kesegaran apabila sudah mula berjoging...
setiap hari aku akan menaiki tangga ke pejabat...
mula-mula sahaja akan rasa susah tetapi lama kelamaan ianya menyeronokkan...
apa yang penting lakukan dengan hati yang senang...
lapangkan minda dan berpegang teguh pada prinsip sendiri...
yakini yang setiap usaha itu pasti ada hasilnya...


percayalah!!!


notakaki:aku tidak percaya pada suplement tambahan..jadi aku lakukan mengikut kata pakar yang diiktiraf...sekian!!!

jersi baru harimau malaya!!



nike selaku penaja 3 tahun berturut-turut telah mengeluarkan rekabentuk jersi baru skuad bola sepak negara untuk tontonan umum sebelum majlis rasmi memperkenalkanya tidak lama lagi...
kelihatan ianya begitu simple namun agak menarik sebenarnya...
masih menerapkan belang harimau pada jersi home itu...
diharapkan dengan keluaran jersi baru ini dapat membakar semangat pemain dan penyokong yang memakainya...


go,go HARIMAU MALAYA!!!

Jumaat, 16 Mac 2012

syukur!!!


ada orang bernikah awal...
ada orang membujang lama...
ada orang menghabiskan masa cuti di negara orang...
ada orang duitnya sekadar cukup untuk makan pakai sebulan...
ada orang dapat ke mekah di usia muda...
ada orang tak sempat pun habiskan SPM...

banyak jenis orang dalam dunia...
kalau terlalu asyik menghitung kira nikmat dan bahagianya orang...
sampai bila pun takkan temui bahagia...

natijahnya,apa yang kita ada itulah kebahagiaan kita!!!

salam jumaat..

misi yang hampir berjaya!!


akhirnya usaha aku berdiet hampir menampakkan hasil...
seluar jeans levis sudah muat dipakai...
begitu juga dengan baju-baju lama...
cuma yang harus aku kecilkan adalah bahagian pinggul...

langkah naik turun tangga di pejabat memang berbaloi dilakukan...
aku ikut segala kata nasihat wan supaya lebih banyakkan bergerak...
usah terlalu lama duduk menghadap komputer...
setiap 1 jam harus bangun berjalan-jalan sedikit...


waktu bekerja aku langsung tidak mengambil nasi...
aku cuma makan apabila ada keraian atau hujung minggu sahaja...
itupun hanya sekali sahaja pengambilan nasi...
jika hari bekerja sarapan memang tidak pernah aku tinggalkan...
aku telah senarai hitamkan nasi lemak dan roti canai...
makan tengahari bergantung pada situasi...
tapi selalunya aku akan makan lauk atau apa-apa jenis makanan bersup...
malamnya pula selepas jam 8.00 langsung tidak aku mengambil apa-apa makanan...
kalau lapar aku alaskan perut dengan sekeping roti dan air milo sahaja...

aku masih minum minuman kegemaranku iaitu teh tarik...
namun itu hanya ketika waktu pagi sahaja...
selebihnya aku minum air masak...
setakat ini ais langsung aku tidak sentuh...

aku masih menikmati makanan seperti orang lain...
yang berbeza adalah kuantitinya...
Nabi pun berpesan agar berhenti makan sebelum kenyang...
maka aku gunakan ia sebagai pedoman...

ucapan terima kasih aku dedikasikan buat encik ridzuan atas segala nasihat dan dorongan untuk aku merealisasikan misi ini...
walaupun berdiet aku tetap memasak untuknya...
menemani dia makan meskipun hanya menjamah lauk...
sangat menghormati keputusan aku asalkan tidak memudaratkan kesihatan...


usaha ini akan tetap aku teruskan secara berdikit-dikit...
yang penting semangat harus kuat...
ketepikan segala hal sindiran kerana kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri...

salam jumaat :)


notakaki:gambar pertama adalah kejadian selepas pulang berjoging..rehat sebentar meneguk air menghilangkan dahaga!!gambar kedua adalah gambar pagi tadi di tandas!!

Khamis, 15 Mac 2012

jangan terlalu mengejar kesempurnaan!!


jika bertemu dengan seseorang yang boleh membawa kebaikan kepada kita...
yang pasti akan menyayangi,mengasihi dan mencintai dengan sepenuh hati...
usahlah membandingkannya dengan orang lain...
sudah pasti setiap manusia itu berbeda karektornya...

ungkapan KESEMPURNAAN itu sangat subjektif...
tiada satu pun manusia yang maksum yakni sempurna...
masing-masing diberi kelebihan yang tersendiri...
bersyukur dan bertawaduklak menerimanya...

terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
kelak insan itu akan berjauh hati...
lantas menyesal juga tiada gunanya...

justeru itu,janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN...
kerana ia bukanlah faktor utama kebahagiaan yang hakiki...
dan akurlah dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta bersyukur dengan apa yang sudah dimiliki...

percayalah kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…

itukan lebih BERMAKNA!!!

Rabu, 14 Mac 2012

hari ini tarikh istimewa!!!




aku secara rasmi menjadi tunangan orang pada tarikh inilah...
majlis merisik dan meminang diadakan serentak...
pada mulanya hendak membuat secara kecil-kecilan...
tetapi memandangkan rombongan encik ridzuan datang dalam 100 orang maka lokasi terpaksa ditukar ke dewan...
mendengar kata orang tua dimana mahukan kami bertunang selama 6 bulan sahaja...
cerita tentang kahwin nanti akan diceritakan bila sampai masanya...






notakaki:tiada gambar berdua kerana encik ridzuan harus bergegas pulang awal menjalani latihan bola sepak!!

WW-LAFAZKANLAH!!



WW-ekspresi rupa



WW-candid!!



WW-tenang!



WW-kenangan mengusik jiwa!






notakaki:berlainan sungguh pipiku itu!!

Selasa, 13 Mac 2012

melukai dan dilukai!!!


kita pernah DILUKAI
dan mungkin pernah MELUKAI
dan kerana itulah kita belajar erti menghargai dan menerima...

kita pernah DIBOHONGI
dan mungkin pernah MEMBOHONGI
dan dari itu juga kita belajar tentang ertinya kejujuran...

setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini...
tidak akan terulang kembali...
namun ada satu hal yang masih tetap kita boleh lakukan iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik...

andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini...
mungkin kita tidak pernah belajar erti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF...

jika jatuh,berdiri lagi...
jika kalah,mencuba lagi...
jika gagal, bangkit lagi...

sampai Allah memanggil untuk PULANG!!!



SELAMAT TINGGAL SAYANG!!


aku akui kau cinta pandang pertama ku.

aku akui kau yang paling selesa.

aku akui kaulah yang paling setia menemani aku  dikala berhujan berlumpur dan berpanas.

aku akui dalam banyak-banyak pilihan yang ada kau yang terbaik.


aku cuba untuk mencari pengganti yang serupa.

pelbagai usaha aku lakukan.

namun tidak berhasil.


dan aku terpaksa terima hakikat

kau dan aku tak mungkin bersama selamanya.

sudah tiba masa untuk aku lepaskan kau pergi.

maafkan aku sayang.





SELAMAT TINGGAL!!!!


MAAF!!


aku bukan malaikat.
bakal ahli syurga?
itu aku tak pasti...
hanya Illahi yang tentukan segalanya...

namun aku adalah manusia yang terlalu banyak celanya...

marah ialah penyakit rohani...
memang fitrah manusia...
bila emosi dikawal oleh hasutan syaitan maka membajalah rasa marah itu bertambah amarah...
aku pasti walaupun perkara itu tidaklah sebesar mana namun dek rasa berapi-rapi, kemarahan itu terpancul jua...
dan biasanya kemarahan itu disusuli dengan tindakan,perbuatan dan bahasa-bahasa yang menyakitkan...

terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat apa...


cuma yang mampu aku ungkapkan adalah kemaafan yang barangkali susah untuk orang menerimanya...


sekian!!!

Isnin, 12 Mac 2012

bawal juga pilihan hati



hari ini aku kembali memakai tudung bawal...
dan dapat aku rasakan inilah gayaan tudungku yang sebati di jiwa...
bak kata emak,terserlah wajah keremajaanku...
mahu tergelak mendengarkan komen emak tercinta...
sayang emak!!!

abaikan muka tanpa mekap itu...
cuma mengenakan lipstik...
namun aku suka gambar polos ini...
kenapa dan mengapa?
biarlah menjadi rahsia hatiku...


notakaki:tiada yang lebih menggembirakan selain dari dapat memakai jeans levis sebelum bersalin...hip hip horreyyyyyyyy!

anak babah!!


ini adalah muhammad ra'if rifqi aka iqi yang terkini...
akan memasuki 8 bulan kurang dalam seminggu ini...
merangkak dan mengesot sudah lama khatam...
pergerakkan begitu laju walaupun dalam walker
sudah pandai memanjat...
sudaf pandai jolok-jolok jari dalam mulut...
mulut pun sudah pandai membebel...



bila aku nyanyikan lagu tepuk amai-amai terus membuat gaya tangan seperti melambai-lambai...
kalau mahu dia senyap supaya aku boleh buat kerja rumah,aku buka Playhouse Disney....
tersengeh-sengehlah dia sorang-sorang menonton CD...


makan pula semakin berselera...
buat masa ini rutin makan iqi mengikut jadual yang ditetapkan...
yakni pagi,tengahari dan malam...
berat badan semakin berisi...



wajahnya pun sudah seiras encik ridzuan...
dari pemerhatian lagak gaya dan caranya lebih mirip babahnya...
walaupun demam kerana mahu tumbuh gigi hero kecil ini aktif seperti biasa...
makanlah apa sahaja ubat habis ditelannya...

seronok melihat perkembangan anak sendiri depan mata...
hilang segala penat bekerja seharian...

inilah dinamakan nikmat menjadi mama!!


thanks God...

pesanan dari suami...




begini kisahnya ye!!

mesin basuh terletak di belakang rumah...
dan pintu grill adalah sangat ketat untuk dibuka...
maka selalu aku malas hendak kunci pintu grill disebabkan hal itulah...

oleh itu,dapatlah aku PESANAN PEDAS dari encik suami...
ditampalnya di muka pintu dapur lagi...
bila ditampalnya aku pun kurang pasti...


jadi,apa alasan aku!!

hati hati hatiku!


hati-hati dalam mengungkapi sesuatu...
hati-hati dalam menilai sesuatu...
hati-hati dalam membuat kesimpulan terhadap suatu kejadian...
hati-hati meskipun sekadar dalam hati...

kadang-kadang aku rasakan seperti “hilang pengetahuan tentang seseorang” sehingga sedikit sebanyak mengurangi kepercayaan padanya...
tetapi rasa persahabatan ini tidak pernah berubah...

mungkin juga persahabatan ini:-

tidak selalu ada saat diperlukan tetapi selalu ada hadirnya!
tidak selalu dekat tetapi sentiasa bersedia!
tidak selalu tahu tetapi sentiasa mengerti!
tidak selalu mengerti tetapi sentiasa percaya!
tidak selalu percaya tetapi yakin persahabatan itu tetap ada di hati!



notakaki:isnin yang mendamaikan sedamai hatiku...

Jumaat, 9 Mac 2012

KL banjir lagi!!!!!


hujan yang turun tengahari rabu sehingga lewat malam sememangnya amat diluar jangkaan...
apapun itu semua ketentuan Allah...
kita yang menjadi umat-NYA di muka bumi ini hanya mampu menerima apa yang diturunkan oleh-NYA...

sekali lagi banjir kilat terjadi di kuala lumpur...
walaupun adanya terowong smart yang dibina sebegitu canggih untuk mengelakkan banjir namun banjir tetap berlaku...
kadang-kadang aku naik hairan apa fungsi terowong ini sebenarnya...
lagi membuatkan jalan sesak apabila hujan turun...
menyusahkan orang ok!!!!!!!!








beginilah keadaan banjir tempohari...
dengar-dengar sampai meragut nyawa...
Masya-Allah menakutkan apabila dikenangkan kembali...
apapun sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini...


Allahuakbar!!!!!!!!