Selasa, 31 Januari 2012

fenonema yang jarang dilihat!!!





berikut adalah gambaran semasa berlangsungnya kuliah khas anjuran Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Maghrib yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah....
apa yang membanggakan adalah dimana lebih 30 ribu jemaah hadir bagi mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz Azhar...
juga satu titik perubahan yang besar bagi anak-anak muda dimana hampir 70% yang hadir adalah golongan muda.
dan lebih 50 ribu yang menontonya secara online...
begitu hebat penangan ustaz berjanggut ini!!!

tahniah diucapkan pada mereka yang hadir..
anda mampu mengubah situasi Islam di Malaysia..
semoga kehadiran anda dapat memberi satu sinar baharu untuk pendakwah di Malaysia...

salam!!

Isnin, 30 Januari 2012

cerita kedai teh tarik!!!!!

hari ini aku EL sebab mengalami kesakitan pada bahagian perut...
dipendekkan cerita semalam ada kenduri kahwin keluarga wan..
makanya berangkatlah kami 3 beradik ke jamuan tersebut dalam jam 12.00 tengahari..
haruslah pergi awal2 kerana manalah tahu ada benda yang boleh ditolong nanti..
sementara itu ada juga masa untuk bertemu dan berborak dengan saudara mara yang lain...
apapun tahniah diucapkan kepada ija dan suami atas perkahwinan kalian...
gembira dapat berjumpa dengan sanak saudara terdekat..
yang menjadi tumpuan sudah tentulah hero kecilku itu...
tidak sangka masa terlalu pantas masa berlalu...
dahulu kami berjumpa semasa majlis resepsi wan...
kini apabila setahun berjumpa bertiga pula...
Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah kurniakan...


berbalik pada cerita asal...
biasakan apabila datang ke kenduri..
segala yang ada semuanya hendak dimakan...
pantang dihidang makanan di depan mata habis dimakan dengan licinnya..
nah,rasakan sekarang....
adalah dalam 3 kali operasi keluar masuk tandas,huhuhu
sabar sahajalah kan?

jadi kesempatan cuti EL telah digunakan untuk berdating,hehhee...
sepeningganlan wan selama 1 minggu di medan bola sepak inilah masa yang ada...
apa yang kami lakukan adalah melakukan aktiviti kegemaran bersama iaitu BERKARAOKE!!
adalah dalam 1 jam 30 minit kami menyumbangkan suara...






lepas gian aku untuk berkaraoke...
apa yang boleh aku katakan ianya terapi yang sukar dilafazkan...

terima kasih encik ridzuan kerana sudi membawa isterimu bersantai...

rasa kurang sedikit kesakitanku ini!

adios.......

jangan jual maklumat peribadi!!!!



PERINGATAN!!!!!

jangan mudah memberi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan,nombor akaun bank,alamat tempat tinggal atau apa2 mengenai diri sendiri jika dihubungi oleh orang yang tidak dikenali...
apa yang perlu dibuat adalah selidik latar belakang pemanggil terlebih dahulu...
jika tidak mengambil langkah berhati2,kemungkinan maklumat tersebut akan disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab...
dan juga akan memberi mudarat atau masalah kepada diri sendiri...

beringat-ingatlah semua!!!!

chaiyok hafiz!!!!!

Assalammualaikum...



berakhirlah Anugerah Juara Lagu malam tadi..
keputusan telah pun diketahui....
tahniah diucapkan kepada hafiz atas kemenangan tersebut...
memang vokal hafiz meremang bulu...
hafiz membawakan lagu awan nano dengan penuh penghayatan..
setiap bait2 lirik lagu tersebut mempunyai maksud yang tersirat...
paling menarik penampilan hafiz yang sangat ringkas...
hanya berseluar track dan berbaju t-shirt....
cyaoklah hafiz!!!!!!!!

apapun tahniah diucapkan kepada hafiz...

semoga terus cemerlang dan gemilang pada masa akan datang!!!!!

Ahad, 29 Januari 2012

meraikan insan tersayang.......

berikut adalah gambar semasa meraikan harijadi emakku khamis lepas...
walaupun sambutannya begitu sederhana namun sudah memadai..
ianya tanda kasih sayang kami adik beradik kepada emak...
muahssssssss!!!!








apa yang penting kami semua gembira.......

hahahha!!!!!


Jumaat, 27 Januari 2012

selamat ulangtahun emak!!!

hari ini adalah harijadi emak aku yang tersayang...
sambutan telah diadakan malam semalam di old town...
walaupun sederhana namun emak nampak gembira dengan kejutan ini...
makan2 bersama anak2,menantu,cucu dan bakal menantu memang membahagiakan...
lebih2 lagi dengan keletah cucu yang pelbagai ragam....
syukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga...
terasa sedih juga kerana kekurangan seorang yang sangat penting dalam hidup emak...
dalam kepayahan dapat juga emak menempuh yang besar ini...
Alhamdullilah!!



pengorbanan emak memang sukar diterjemahkan....
kalau disenaraikan teramatlah banyak...
emak hanya ada satu dalam dunia ini...
dan tiada siapa yang dapat menandingi kasih seorang emak...
waima sudah bersuami tetapi emaklah sumber kekuatan...
selagi mempunyai kudrat akan kugembirakan hidupnya....
Insya-Allah!!!!


terima kasih juga kepada emak kerana menjaga Muhammad Ra'if Rifqi aka iqi semasa aku dan wan bekerja...
sepanjang 6 bulan dibawah jagaan opahnya iqi membesar dengan baik...
dan semoga ianya berterusan sehingga iqi dewasa.....
Amin!!!


ayong sayang emak!!!!!

kawal keselamatan untuk PM!!!!

kita mungkin disajikan dengan berita mengenai ancaman untuk meletupkan helikopter atau pun meracuni makanan pemimpin kita di luar sana....
tetapi yang jarang kita lihat atau ambil tahu akan tahap keselamatan yang diberikan kepada mereka yang dianggap sebagai orang penting atau ketua kerajaan....


tugas mengawal keselamatan Perdana Menteri Malaysia selalunya diberikan kepada Unit Tindakan Khas PDRM...
skuad khas yang diwujudkan bagi perisikan dan mengawal orang-orang kenamaan di negara kita ini...
mereka ini dibahagikan kepada dua kumpulan yang sukar dikesan yang akan sentiasa mengawal Perdana Menteri walaupun Perdana Menteri sedang tidur sekali pun....
dashatkan!!!

bagi Presiden Amerika pula ianya jawatan yang menjadi kawalan paling ketat didunia...
dari segi makanan sehingga ke ahli keluarga saudara mara terdekat akan dikawal pada tahap yang tertinggi sekali...
sebelum Presiden Amerika melakukan lawatan ke sesebuah negara pihak FBI akan merisik sebulan lebih awal akan tempat yang akan dilawati oleh Presiden..
dan ada ketika Presiden akan datang dengan sejumlah angkatan perang yang ramai....
gempak siot!!

gambar dibawah kejadian yang menimpa Perdana Menteri Australia ketika sambutan Hari Australia kelmarin...
sekumpulan puak orang asli negara terbabit melancarkan protes terhadap Perdana Menteri, Julia Gillard sehingga memaksa anggota keselamatan mengheret beliau sampai ke kereta....





ingat senang ke nak jadi pemimpin..??

Khamis, 26 Januari 2012

jiwangku datang kembali!!!!!

INI CINTAKU YANG PERTAMA-KUMPULAN VERSI

Dimatamu ku lihat kehausan kasih sayang
Ingin dicintai sepenuh jiwa
Engkau memilihku untuk bersama
Aku tenggelam dalam asmaramu
Aku percikkan untukmu bahagia
Kerna ini cintaku yang pertama

Kau hilang dan kau datang membawa semalam
Menagih janji-janjiku dulu
Kau ingin kembali kepada diriku
Mengapa dulu kau meninggalkanku
Sehingga aku terasa ditipu
Oleh perbuatanmu

Bukan begini yang aku impikan
Percintaan kita tiada kesudahan
Oleh tipu daya
Bagimu ia sandiwara...aaa
Kau pandai menghias manisnya dibibir
Bermain dan mengusikku dengan cinta
Merosakkan... Jiwa insan yang setia...

Seandainya engkau ingin aku menyintaimu
Masih ada lagi ruang
Belas simpatiku ini untukmu
Tuliskanlah satu perjanjian seumur hidupmu
Akan abadikan percintaan ini
Hingga keakhir hayat
Kita berdua selamanya


notakaki:tiba2 teringat lagu ini semasa mula2 berkenalan dengan wan..ada kisah di sebalik lirik lagu ini...namun kenangan tetap menjadi kenangan..terima kasih kepada sang suami kerana menerima diri ini seadanya..benar kata orang kesabaran kunci kepada kebahagiaan...tetap setia menanti jawapanku setelah hati ini dilukai dahulu...

kamulah anugerah terindah dan terbaik Allah kurniakan kepada saya!!!!!!!

Bujang Terlajak memang kelakar!!

semalam aku half day kerana membawa iqi ke klinik...
hanya demam biasa sahaja disebabkan mahu merangkak dan tumbuh gusi...
selepas itu terus bawanya pulang ke rumah opah...
manakala aku dan wan keluar untuk membeli barang dapur...
kesempatan ini diambil oleh kami untuk menonton wayang...
hanya cerita Bujang Terlajak sahaja yang tayangannya 5.30 petang...
barang dapur yang dibeli terus diletakkan di dalam kereta...
sementara menanti waktu tayangan kami ke white house coffee..
menikmati hidangan makan petang....




Bujang Terlajak memang kelakar...
lakonan ketiga2 pelawak ini memang mencuit hati...
lebih2 lagi si nabil dan johan...
gelak sampai tak ingat punyalah...
tidak perlu dialog yang mengarut2lah..
dari mimik muka mereka sudah boleh membuatkan orang ketawa...
yang lagi best sebab fazura turut berlakon...
aku sukakan lakonan dia yang sangat mantap itu...
penampilan fazura walaupun ringkas namun tetap menawan...
tidak perlu bermake-up tebal sudah terserlah kecantikan aslinya...
chewah!!!!



adalah dalam 2 jam cerita ini...
dipendekkan cerita memang tidak menyesal menonton filem ini...
percayalah!!

aku bagi4/5 rating...

Rabu, 25 Januari 2012

ber-ICITY pada malam Tahun Baru Cina!!!






pada malam Tahun Baru Cina(ahad)aku,wan,iqi,emak dan adikku angah telah ke ICITY Shah Alam..
inilah kali pertama aku ke sini...
hasrat memang sudah lama dipendamkan namun memandangkan kekangan masa terpaksalah menanti masa yang sesuai...
apabila dapat ke sini tidak melepaskan peluang untuk merakamkan saat2 indah kami sekeluarga...
semasa kami sampai orang tidaklah ramai...
tetapi apabila masuk jam 11.00 malam ketika itulah ramai umat manusia sudah membanjiri sekitar kawasan ICITY ini...




apa yang menarik di sini adalah lampu2 yang menyinari sekitar kawasan ini...
tersangat meriah dengan perlbagai jenis aneka lampu...
kadang2 terfikir siapakah punya idea semua ini?
tarikan yang sememangnya lain dari yang lain...
iqi pula bagaikan teruja melihat kerdipan lampu yang ada...
matanya tidak berkelip dari mula datang hinggalah mahu pulang..
gembira melihat aksinya yang sebegitu....
adalah dalam sekali sahaja dia menyusu...

ini adalah antara aksi si kecil kesayanganku sepanjang berada di sini....










turut ada permainan yang sesuai untuk seisi keluarga...
bayaran yang dikenakan adalah RM5.00...
memang agak mahal namun sesekali turut serta tidak salahkan?
bukannya selalu....
kami hanya main satu permainan yang dikenali sebagai Eye On Malaysia...
Subhanallah memang indah ciptaan-Mu Tuhan..
dari atas dapat dilihat bandaraya Shah Alam yang amat mendamaikan...
hilang segala ketakutan akibat gayat apabila roda berpusing di atas...
dan iqi pula sangat2 teruja...
langsung tiada riak cemas mahupun takut...

syabas anak mama!!!







sebagaimana anak yang suka bergambar begitu juga dengan mama dan babahnya..
peluang yang ada tidak dipersiakan...
berbanyak terima kasih kepada encik ridzuan kerana memberi kerjasama yang baik...
kepada emak dan angah jutaan terima kasih menjaga iqi sepanjang berada di sini...
tanpa kalian mana mampu aku menguruskan iqi...
sayangggggggg sangat.....
muahsssss!!!!!





sebelum pulang singgah di KFC mengisi perut yang lapar...
di wajah kami berlima termasuk iqi terpancar kepuasan yang sukar digambarkan...
bak kata adikku tidak rugi bayar parking RM10,hehehhe....

sesiapa yang belum pergi aku sarankan inilah tempat yang menarik untuk seisi keluarga berhibur...
tempatnya sangat luas sesuai untuk anak2 berlari ke sana sini...
tetapi harus juga dipantau...

adios!!!!