Rabu, 30 November 2011

Kelab PKNS terbaek tue!

anugerah bola sepak kebangsaan 2011(100PLUS/FAM) telah berlangsung pada siang tadi..
anugerah yg diadakan untuk mengiktiraf penggiat sukan bola sepak serta jurulatih yg cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia bagi tahun 2011...
tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor PKNS yg terpilih sebagai kelab terbaik...
kata wan ada ura2 mereka akan diberikan bonus pada hujung bulan Disember ini...



"maka bolehlah kita pergi jalan2 sebelum Liga Malaysia bermula,hehehhe"



berikut merupakan keputusan penuh:

Kelab Terbaik
Selangor PKNS FC

FA Terbaik
Selangor FA

Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN FA)

Pertahanan Terbaik
Norhafiz Zamani Misbah (N.SEMBILAN FA)

Midfield Terbaik
Safiq Rahim (SELANGOR FA)

Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN FA)

Pemain Harapan
Wan Zack Haikal (HARIMAU MUDA A)

Jurulatih Terbaik
Irfan Bakti Mohd Salim (TERENGGANU FA)

Pemain Paling Bernilai Supermokh
Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN FA)

tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!!!

membeli belah terapi terbaek!

SALE sempena cuti sekolah kembali melanda di Jaya Jusco satu Malaysia...
oleh kerana rumah aku sangat dekat dengan JJ makanya malam ini aku akan serbu ke sana...
sudah agak lamanya tidak menghabiskan duit untuk diri sendiri dan anak.....
inilah masanya membeli belah sampai lebam....
jika ke JJ barangan bayilah yg menjadi pilihan utama aku....
boleh jadi gila apabila melihat pelbagai jenis baju anak2 yg sangat cantik....
juga ada aneka jenama baju untuk si kecil....
pilih sahaja mana yg berkenan di hati...
waktu jualan beginilah patut diambil kesempatan kerana harga jauh lebih murah dari harga asal.....


jadi marilah kita memeriahkan karnival membeli belah di JJ seluruh negara.....
tidak sabar rasanya mahu menunggu gaji bulan Disember+Bonus.....
masyukkkkk!!!

membeli belah adalah terapi terbaek....

fesyen tudung gayaan ku......

fesyen tudung semakin hari semakin mendapat tempat di hati kaum wanita...
aku sendiri memang kagum dengan fenonema yg ada sekarang ini....
pelbagai2 jenis dan bentuk tudung yg boleh didapati di pasaran...
kadang2 aku sampai rambang mata apabila hendak memilih tudung..
pernah aku memilih tudung sampai setengah jam untuk membeli satu tudung sahaja..
memilih tudung sudah sama seperti membeli baju dan kasut,hehehehhe
antara tudng yg popular kini adalah ariani,fareeda,yuna dan pelbagai lagi...
memang cantik dan harga bergantung pada kain serta corak sesuatu tudung itu...
niat hati memang hendak buat koleksi tetapi memandangkan banyak lagi perkara2 penting yg patut diutamakan maka hasrat terpaksa dibatalkan.....

aku masih tetap setia dengan tudung bawal....
dari umur 20 tahun hinggalah kini tudung bawal tetap di hati...
nampak seperti ketinggalan zaman kan???
namun tudung itulah yg paling banyak aku gayakan tidak kira apa jua majlis...
walaupun agak remeh kerana terpaksa menggosok terlebih dahulu namun tetap tidak menjadi masalah...
salah sebab mengapa ianya menjadi pilihan utama mungkin bentuk muka aku yg sesuai dengan tudung sebegini....
maklumlah aku kan memakai kaca mata...
jadi pemilihan tudung yg sesuai juga memainkan peranan....
amboi,poyokan??





kadang2 ada juga aku pakai tudung ekpress ini terutama apabila malas hendak gosong tudung,hehehhe
sejak mengandung aku mula berjinak2 dengan tudung ekpress ini...
senang dipakai dan menjimatkan masa.....
namun aku bukanlah fanatik sangat dalam memilih tudung yg pelbagai trend...
pada aku asalkan tudung itu nampak cantik dan sesuai dengan pakaian aku cukup memadai....
bergaya tidak salah asalkan tahu akan batasannya...

wanita mana yg tidak suka melaram.....tipulah kan tak ada keinginan begitu!!!





buat masa ini koleksi tudung ekpress aku amatlah terhad....
namun sangat berminat dengan tudung fareeda...
warna dan coraknya nampak muda dan segar,hehhehe...
harus lebih rajin membeli belah tudung selepas ini....
kasut harus dilupakan buat seketika kerana masih banyak lagi kasut yg tidak sempat ku pakai lagi.......

kepada otai2 fesyen tudung bantulah saya yg masih terkial2 ini!!!


Selasa, 29 November 2011

kenapa saya suka tinggal di Wangsa Maju

sudah hampir setahun aku menetap di Wangsa Maju....
pada mula berpindah memang cabaran yg agak besar sebab jarak antara rumah dan pejabar yg agak jauh....
namun lama kelamaan aku mulai serasi tinggal di sini kerana sudah ada pengangkutan untuk ke tempat kerja...
seawal jam 6.30 pagi bus khas telah menunggu di stesen LRT Wangsa Maju(depan rumah je,hehehe)
6.45 pagi bus pun mulai bergerak...
jika ikut MRR2 adalah dalam 40 minit baru sampai Putrajaya...
kalau jalan tidak begitu sesak percaya tak hanya kira-kira 15-25 minit sahaja....
namun sesudah bersalin aku pergi kerja dengan wan kerana sama-sama kerja di Putrajaya...
selagi projek perumahan yang syarikat wan kendalikan tidak selesai maka berduetlah kami ke tempat kerja bersama-sama....

umum mengetahui Wangsa Maju adalah hujung pinggiran bandaraya Kuala Lumpur..
ianya berdekatan dengan kawasan Gombak dan Selayang....
berbeza dari hiruk pikuk dan kesesakan tengah kota Kuala Lumpur....
boleh dikatakan suam-suam bising la...

berikut di lampirkan antara sebab-sebab mengapa aku senang menetap di sini:-










memang banyak kemudahan tinggal di sini...
dari bab makan,pengangkutan,sekolah sehinggalah kesihatan memang tiada masalah....
terdapat klinik kesihatan awam dan swasta...
jika hendak membeli barangan elektrik ataupun perabot tersangatlah banyak...
kedai alat2 membaiki kereta,tayar serta hotel2 murah pun ada juga...
pasar malam setiap hari isnin di sepanjang jalan masuk ke rumah aku...
kedai runcit berlambak di kiri dan kanan...
pendek kata macam-macam ada,hehehehe
tidak perlu bersusah payah keluar ke KL untuk membeli barang...

jiran-jiran juga amat prihatin dan peramah...
walaupun tinggal di bandar namun kami tetap mengutamakan semangat kekitaan...
jiran sebelah rumah aku adalah India...
aku memang respek habis dengan mereka sebab tak lokek membantu apabila kami mempunyai masalah...
apabila mempunyai kelapangan ataupun waktu cuti kami akan bersembang di laman rumah masing-masing....
senang cerita aku sukakan konsep kejiranan yg beginilah..

justeru itu,tidak ada sebab untuk aku berasa tidak seronok tinggal di sini walaupun jauh destinasinya dari tempat kerja....

satu lagi yg seronoknya adalah sebab










IANYA RUMAH SENDIRI,HEHEHHE!!!

jangan marah...
senyum itu satu sedekah......


ala kuci-kuci sayang!!!


inilah adalah posing manja dari hero kecil ku...
sudah pandai meniarap sendiri tanpa bantuan dari sesiapa...
tetapi kena juga memantau....
sekarang sudah jarang mahu menonton televisyen...
aktiviti terbaru adalah menunjuk bakat meniarap kepada mama dan babah....
sangat terharu apabila iqi berusaha gigih mencuba mahu meniarap...
apabila berjaya meniarap terus ketawa sebagai menandakan kejayaannya itu..

"bagus anak mama...teruskan lagi bergolek2 pada masa akan datang"!!!





itu antara keletah iqi malam tadi apabila berjaya meniarap....

harapanku semoga hero kecilkku membesar dengan sihat dan mengekalkan rekod kesihatan yg cemerlang lagilah terbilang......

Amin!!!!

sana sinun ke kenduri kahwin!!

Assalammualaikum semua...

hari ini aku pergi kerja dengan hati yg berseri2 kerna jalan terlalulah lengang...
perjalanan yg selalunya 30 minit menjadi singkat iaitu 15 minit shaja...
jika hari-hari begini alangkah nikmatnya,hehhehe

cuti selama 3 hari yg sangat sibuk untuk kami sekeluarga....
aku cuba sedaya upaya memendekkan cerita agar tidak nampak membosankan...
bermula jumaat malam kami mengadakan majlis tahlil untuk arwah ayahku...
selepas isyak maka dimulakan majlis dengan bacaan Yasin....
kira-kira 50 orang yg terlibat dalam majlis ini yg terdiri daripada kaum keluarga dan teman-teman arwah serta ahli jemaah yg lain...
syukur Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan berakhir tepat jam 10 malam....

hari Sabtu seawal jam 11.00 pagi aku,wan dan iqi sudah mulai mahu berangkat ke kenduri kahwin teman se-universiti aku,Mazlina....
tetapi sebelum itu singgah dahulu di Jaya Jusco,Taman Maluri untuk membeli hadiah...
mujurlah ketika itu tidak ramai orang jadi amat senang memarkir kereta dan urusan memilih serta dicampur dengan membalut hadiah hanya memakan masa selama 30 minit sahaja....
maka terus menuju ke Cheras untuk ke majlis perkahwinan....
sampai-sampai terus makan dan ramai jugalah teman-teman satu kampus yang aku jumpa...
nasib baik ingatan aku ini masih kuat lagi...maklumlah hampir 5 tahun tidak bersua muka...
tapi kebanyakkan dari mereka sudah beranak pinak dan tidak kurang juga yg masih mencari calon......
dan ada juga yg tidak melepaskan peluang memberi kad jemputan kahwin,hehehhehe!

bijak,bijak,bijak.......jimat duit setem kan??

apabila sudah berjumpa harusnya berfotogenik seketika....
dahulu bergambar solo tetapi kini berfotogenik lah kami bersama anak masing-masing...
dan aku pula hanya menumpang kamera kawan-kawan sebab sedia maklum apabila sudah punyai anak kecil jadi pergerakan agak terbatas....
sekrang harus menunggu mereka tagged gambar aku dalam FB sahajalah,hhuhu
memang riuh teramat sangatlah apabila mama-mama bersua muka....
bergosip sudah menjadi kemestian punya,hahahhahahha
manakala kaum bapa pula berborak sesama sendiri....

ini sahajala gambar yg sempat aku captured....
kesian!!!




selepas 1 jam kami harus bergegas pulang awal kerana ada satu majlis lagi.....
mujurlah perjalanan dari Cheras ke Desa Pandan tidak mengambil masa yg terlalu lama...
wan, apabila sudah bertemu geng satu kepala apalagi berborak sakanlah beliau...
kemudian kami terus pulang ke Wangsa Maju...
rindu serindunya kerna hampir seminggu tidak pulang ke rumah sendiri....
berehat seketika kerana pada malamnya ada lagi satu jemputan perkahwinan yg wajib dihadiri....

tepat jam 8.30 malam maka sampailah kami di Dewan Felda Merak Kayangan....
majlis perkahwinan kawan aku dan wan yg sama2 pergi ke Pulau Tioman 2 tahun yg lepas...
wah,memang grand sungguhlah majlis Ku Hishamuddin aka Kudin bersama pasangannya....
sama cantik dan sama padan!!!!

aku memang sudah jangka yg geng snokling kami pasti akan datang ke majlis ini....
kali terakhir kami berjumpa adalah semasa majlis resepsi sebelah wan...
dan kini kami sudah mempunyai seorang cahaya mata.....
kira majlis Kudin ini ala-ala reunion untuk kami bertemu dan bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing..
aku boleh ibaratkan ianya seperti kenangan mengusik jiwa kerana di Pulau Tiomanlah aku dan wan mulai memadu cinta.....
memang aku rindukan untuk ber-snokling semula....
ramai yg memuji kami yg merupakan antara pasangan yg paling cool dan maintain dari awal bercinta hinggalah kini...
jelas terpancar kegembiraan di wajah masing-masing apabila dapat bertentang mata...

chewahhh macam bercintalah pula!!

sekali lagi aku terpaksa menumpang kamera mereka,hehehhehehe.....
anakku turut juga menjadi tumpuan lensa kamera di sana sini....
bukan main kepalang gembira iqi kerana ramai auntie2 dan uncle2 yg melayannya..
sedar tak sedar dalam jam 11.00 malam kami berada di sana...
nasib baik iqi berkelakuan sangat baik dan tidak meragam......
pulang sahaja ke rumah terus tidur ber-trio sehingga tidak sedarkan...
diri

aktiviti pada hari minggu juga adalah menghadiri kenduri kahwin...
sepanjang cuti sekolah ini memang jemputan kahwin bertalu-talu diterima....
jemputan pertama di Ampang kerana wan terlibat bermain kompang semasa pengantin diarak..
semasa bujang dahulu memang wan aktif bermain kompang apabila ada majlis perkahwinan di kawasan perumahan keluarga beliau.....
majlis kedua pula diadakan di Dewan Komuniti Gombak...
yang ini kami sampai dalam pukul 3.30 petang,hehehhe
pada mulanya memang tidak mahu pergi kerana dirasakan terlalu lambat namun alang-alang sudah berhampiran dengan rumah maka kami ambil keputusan pergi jugalah...
nasib baik ramai lagi tetamu yg ada...
ramai juga kenalan wan yg belum pulang kerana menunggu giliran berkaraoke....
atas permintaan maka kami turut juga menyumbangkan lagu pada majlis tersebut....

"beginilah terjadi apabila laki bini kaki karaoke"

adalah sampai jam 5.00 petang kami lepak..
balik ke rumah terlebih dahulu untuk membersihkan diri sebelum malamnya keluar lagi untuk ke Majlis Akikah dan Cukur Jambul anak bos wan....

isnin pula aku isytiharkan hari berehat bagi memberi ruang kepadaku untuk kembali menjadi supermak
semua kerja harus dibereskan dalam tempoh 1 hari itu....

hujung minggu yg sangat padat namun aku sukakannya....
sudah rasa lamanya tidak ketemu kawan-kawan jadi kesempatan yg ada ini maka kami gunakan sebaik-baiknya...

bagi mereka yg sudah berumah tangga,keluarga adalah segalanya....
kualiti merupakan aset yg terpenting....

alahai,ke marilah lekas wahai hujung minggu!




Jumaat, 25 November 2011

maaf ye......saya bukan begitu orangnya!!!!

hahha mahu tergelak jua apabila membawa komen dari seorang hamba Allah yg perasan dirinya bagus...
kenapa mahu berpanas hati jika kamu melakukan perkara yg betul...
seandainya niat kita betul tidak perlu diterangkan dan dihebahkan pada orang lain....
biarlah semuanya dinilai sendiri oleh orang lain....
tidak paham aku dengan manusia yg sebegini....
seperkara lagi mana2 entry aku memang tidak pernah ditujukan kepada sesiapa pun...
ianya sekadar luahan dan peringatan kepada aku sendiri...
kalau boleh aku tidak mahu bermusuh dengan sesiapa didalam dunia maya ini....
tidak henti2 hendak mengganggu ketenteraman orang lain...

jangan menuding jari terhadap orang lain jika apa yg kita lakukan itu betul...
perkara yg dulu usah diungkit2kan balik...
semacam orang yg tidak profesional...
walaupun aku masih hijau dalam bolgger ini namun aku masih menghormati otai2 bloger yg lain...
pada aku isu yg remeh temeh tidak perlulah diperbesarkan....
buat apalah kita mahu bermusuh kerana ianya tidak mendatangkan manfaat...

soal dengki memang tidak pernah wujud langsung....
perlukah aku mempunyai perasaan demikian sedangkan aku bahagia ketika ini...
sangat-sangat bahagia ok!!!!!!
sila cermin keluarga kamu dahulu sebelum memperkatakan tentang orang lain...
dan kamu pula bukanlah cantik sangat sehingga perlu aku ada rasa demikian...
apa yg kamu ada sehingga entry yg aku tulis seolah2 ditujukan buat kamu
baca dan fahamilah apa yg aku maksudkan...
dikatakan sudah lama dalam dunia blogger namun tingkah laku tidak ubah seperti anak2 kecil yg tidak matang...
senang kata langsung tidak bertamadun....
kamu pun bukannya baik sangat dalam penulisan sebab terkadang apabila dicuit sedikit rakan2 sekerja yg lain terus hebahkan kepada umum....
seolah2 kamu sahaja yg betul dan sempurna....
kan aku dah buka pekung kamu.......
sabar manusia ada batasanya tapi tolong hormati hak individu lain....

sekali lagi diingatkan bahawa PENULISAN AKU TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ORANG LAIN...APA YG AKU TULIS SEKADAR UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI.TIDAK PERNAH DITUJUKAN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU.JANGAN CEPAT MELENTING JIKA ENTRY AKU ITU BUKAN MENGGAMBARKAN DIRI MANA-MANA PIHAK.TIDAK PERLU MELUAHKAN PERASAAN KEPADA UMUM DAN MEMINTA SIMPATI KEPADA PEMBACA YG LAIN.BELAJARLAH BERMUHASABAH DIRI SELALU AGAR DITERANGKAH HATI!!!

notakaki:tak pasal2 kurang pahala pada penghulu segala hari ini...

damnnnnnnnnnnnn!!!!!!

di sebalik nama si kecilku itu!

pemberian nama anakku itu dibuat secara perbincangan di mana jika perempuan aku yg akan menamakannya dan jika lelaki pula terserah pada wan....
aku mulai scan perutku apabila kandungan sudah masuk 6 bulan...
hasil scan pertama doktor menyatakan ianya bayi lelaki....
bulan seterusnya jawapan yg sama aku perolehi...
sementara itu wan katakan awal lagi untuk mencari nama dan biarlah tunggu sehingga sudah mulai 9 bulan...

pada usia aku kandungan 9 bulan Klinik Medic cawangan Wangsa Maju ada melakukan scan percuma kepada pelanggan yg mempunyai Panel Kad ING...
habis waktu bekerja terus ke klinik tersebut dan sekali lagi dapat aku lihat memang bayi lelaki...
dengan jelasnya di paparan skrin scan tersebut dapat aku lihat kemaluan anak aku....
kata doktor memang sah lah bayi yg akan aku lahirkan adalah lelaki...
susuk fizikal serta rangka bayi dalam perutku memang terarah kepada bayi lelaki...
maka tersenyumlah wan selebar2 alam kerana memang dia mahukan anak lelaki...

pemilihan anak itu tidaklah sukar kerana wan telah mempunyai beberapa senarai pendek..
aku katakan pada wan biarlah nama anak itu ringkas sahaja dan tidak berbelit-belit
yang utama sekali biarlah mempunyai maksud yg sedap didengar dan mudah disebut
dalam banyak2 senarai aku memang suka nama Emir Izzal dan Iman Izzal...
akan tetapi kuasa vektor ada di tangan wan jadi aku pasrah sahaja apabila wan menolak mentah2 nama itu...
jadi setelah seminggu lebih memilih nama akhirnya Ra'if Rifqi menjadi pilihan wan...
okey juga nama tersebut...

pandai laki aku bagi namakan?tak sangka ada taste tersendiri!!!!!


terus aku bersetuju dengan nama itu dan tidak sabar mahu menatap wajah hasil kacukan aku dan wan,hehehhehe
sampai masanya memang sah ianya bayi lelaki.....
titisan air mata wan bergenang ketika melaungkan azan ke telinga anakku itu..



3 hari selepas bersalin wan telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar kelahiran superhero ku itu...
tertanya2 juga mengapa ada tambahan Muhammad pada My Kid anakku
jelas wan oleh kerana nama pangkal awalan dia Mohd jadi dirasakan lebih elok dinamakan sahaja Muhammad Ra'if Rifqi bin Mohd Ridzuan....
double "R" gitu,hehhehe

Muhammad=yg terpuji
Ra'if=yg memiliki rasa kasihan
Rifqi=kawan pendamping

inilah maksud nama anakku itu...
dahulu aku memanggil namanya Rifqi kini telah dipendekkan Iqi sahaja....

harap2 anak kedua biarlah perempuan pula....
sudah ada namanya maka harus tunggu sehingga 5 tahun barulah dapat impian itu direalisasikan.....

terserah pada-MU ya Allah!!

misi pertama sudah berjaya dilepasi..syukur!!!!

alhamdullillah sudah jumaat yer...
seronok sebab cuti selama 3 hari kerna Awal Muharam jatuh pada hari Ahad...
destinasi 3 hari cuti ini belum dipastikan...
mungkin menghadiri kenduri kahwin sekitar Lembah Klang sahaja....
sebelum itu harus pulang ke rumah Wangsa Maju...
maklumlah sudah seminggu rumah itu dibiarkan kosong..
jadi kena jenguklah sekejap dan mengemas apa yg patut..

berbalik kepada entry yg sebenarnya...
semalam semasa mengemas baju arwah ayahku yg hendak disedekahkan tiba2 aku terpandang alat penimbang berat badan...
em...sambil itu tergerak di dalam hati mahu menimbang beratku ini...
faham2 sahajah sejak bersalin banyak alingment yang lari,heheheh....
agak terkejut juga sebab turun dalam 3 kg juga....
kira berhasil jugalah aktiviti turn naik tangga pejabat setiap hari dan tidak mengambil apa2 makanan selepas jam 7 malam....
itu belum lagi ditambah dengan keaftifan aku ke sana ke mari sepanjang hari....
setakat ini aku belum memulakan aktiviti joging lagi sebab tidak mempunyai masa yg sesuai..
jadual aku dan wan sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sama ada di pejabat,rumah mahupun di luar.....

di dalam hati rasa bangga jugalah sebab aku tidak mengamalkan diet yg eksterem...
sejak sebulan ini setiap pagi sahaja aku hanya akan ambil 2 biji roti dan secawan teh...
tengahari aku akan ambil menu yg agak berat sedikit seperti nasi...
selalunya aku makan hanya satu lauk sahaja...contohnya seperti ayam goreng ataupun ikan goreng sahaja...tak lupa juga sedikt sayur...
oleh kerana aku suka sambal belacan,aku selitkan sedikit pada nasi...
sangat sederhanakan lauk aku....
petang pula aku akan makan kudapan seperti pisang goreng dan sewaktu dengannya...
jika tengahri aku tidak mengambil menu yg berat akan aku gantikan sebelah petang pula...
dipendekkan cerita menu berat aku akan ambil sekali sahaja....
pada waktu malamnya memang aku tidak sentuh langsung makanan...
jika wan hendak makan memang aku akan masakkan....

"kewajipan harus dilaksanakan walaupun sedang berdiet,hehehe"

mula2 wan agak janggal apabila makan berseorangan tetapi tidaklah aku membiarkan keadaan begitu...
aku hanya menemaninya makan sambil berborak seperti biasa....
mesti kalian hairan bagaimana aku boleh menahan nafsu kan?
jawapannya mudah,harus berdisplin jika mahukan sesuatu yg terbaik...
jangan kata tidak boleh buat sebab jika tidak berusaha manakan tahu hasilnya.hehehhe...
dan yg paling penting buatlah mengikut kemampuan diri sendiri...
pasti akan menemui kejayaan....

seperkara lagi sudah hampir 4 bulan aku tidak minum ais....
dulu memang agar sukar juga lebih2 lagi apabila cuaca panas..
tersangatlah mencabar fizikal dan mental...
akan tetapi aku telah setkan dalam diri usah mengaku kalah....
sia2 sahajalah usaha aku selama ini jika perkara sekecil itu tidak boleh diharungi...

aku mengaku agak mustahil mahu kembali seperti bentuk badan yg dulu tapi sekurang2nya aku tidak mahu berputus asa...
jika orang yg beranak 4 boleh melakukan tidak mustahil ianya boleh berlaku kepada aku...
yang penting adalah usaha....
usaha tangga kejayaan!!
tidak sesiapa memaksa aku melakukan demikian...semuanya atas kerelaan aku sendiri...
biarlah saiz M itu sentiasa kekal di badanku.......

chewah!!!!!

Khamis, 24 November 2011

gambar semasa perlawanan Malaysia-Indonesia Stadium Glora Bung Karno

memang tidak dapat dinafikan pertembungan Malaysia dan Indonesia menjadi satu hidangan yang harus rakyat kedua-dua negara tonton..
akan tetapi jika berada di stadium kenikmatan itu memang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata

lebih 100 ribu penonton memenuhi Stadium Glora Bung Karno, Jakarta pada hari perlawanan...
stadium yang berkapasiti 89 ribu disumbat dengan penonton yang ramai
jadi bayangkan????
maka tidak hairanlah jika ada kes kematian akibat sesak nafas berlaku...

Gambar dibawah boleh menceritakan :






perghhhhh.....nilaikan la sendiri!

kuatkan hati ku seperti wanita2 ambia!!

assalammualaikum w.b.t
genap 9 hari arwah bapaku telah pergi menemui Pencipta-NYA...
dan selama tempoh itulah aku sangat merinduinya...
inilah dugaan yg terbesar yg sedang aku tempuhi...
memang agak perit namun hidup harus diteruskan jua...

rutin harian aku juga berubah sejak pemergian arwah...
jika dulu habis waktu pejabat terus sahaja pulang ke rumahku...
tetapi kini selama sebulan kami suami isteri telah bersetuju untuk berkampung sahaja di rumah emakku...
tidak sampai hati pula meninggalkan emak di saat2 begini...
emak memerlukan anak2,menantu serta cucu ketika ini...
walaupun emak tidak pernah bersuara namun sebagai anak sulung aku harus memahaminya..
dan pada masa inilah kami adik beradik harus menguatkan semangat agar tidak nampak sedih di hadapan emak...
walaupun kelihatan riak wajah emak tenang namun di dalam hati siapa yg tahu...
kehilangan suami dalam keadaan tiba2 mengambil masa untuk pulih seprti sedia kala...
mulut kata redha tetapi jauh di sudut hati belum sepenuhnya menerima pemergian suami yg tercinta...

tumpuan emak kini terarah kepada cucu sulung beliau...

"terima kasih Allah atas kurniaan-MU yg satu ini"

sekurang2nya dengan adanya rifqi sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian emak terhadap arwah ayah...
walaupun emak cuba bersikap cool di hadapan kami adik beradik namun aku tahu apa yg tersirat di hati beliau...
pernah juga aku ternampak emak menitiskan air matanya ketika selesai bersolat...
aku jua merasai apa yg sedang emak rasakan....
luar sahaja kelihatan gembira tetapi di dalam hati bagaikan di siat...
siapa yg pernah mengalaminya pasti akan memahami apa yg ada dalam hatiku...
siapa sangka ayah yg kelihatan sihat tiba2 telah pergi meninggalkan kami buat selamanya..

sebagai anak sulung kini tanggungjawab di bahuku....
pelbagai urusan harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum aku pulang ke rumahku nanti..
aku punyai 2 adik perempuan yg perlu juga diambil perhatian...
segala luahan dan masalah mereka harus aku dengari...
sebab kak yong perkara utama yg mesti aku lakukan adalah memberi semangat kepada mereka agar tabah menghadapi dugaan ini...
jika aku lemah maka kedua2 mereka juga akan begitu...
kami 3 beradik harus sama2 berdiri teguh dan cekal demi emak tercinta...

ucapan terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta,Mohd Ridzuan kerana turut sama berkongsi kesedihan ini...
dan kerana izin beliaulah maka dapat kami sekeluarga berkampung di rumah emak...

semoga Allah mempermudahkan perjalanan kami sekeluarga
dan diberikan kekuatan untuk menempuh hari2 yg mendatang...

Qada dan Qadar sudah ditentukan dalam Luh Mahfuz..
jodoh,pertemuan ajal dan rezeki semua kerja Yang Maha Esa...
kita sebagai hamba-NYA perlulah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yg di luar jangkaan kita...
kebesaran Allah tiada yg dapat menandingi..

ALLAH HU AKBAR!!

Rabu, 23 November 2011

berpada-pada apabila berblog!!!

amboi tajuk tak ingt,hahhaha..
entry ini tujukan untuk diri sendiri ye..
sebenarnya apabila kali pertama mahu berblog aku sudah tanamkan dalam diri agar sentiasa bersederhana...
apa yg hendak dipaparkan harus ditapis dahulu....
misalnya,tentang diri sendri,keluarga ataupun rakan-rakan...
tidaklah segala aktiviti harian aku catatkan.....
mana yg penting dan perlu sahaja aku tulis di sini...

namun aku tidak akan sesekali menyentuh mana2 sensitiviti individu lain walaupun aku tidak berpuas hati dengannnya...
hal2 sedemikian selalunya aku akan tidak ambil endah...
begitu juga dengan hal2 tentang suami isteri...
mana yg dirasakan perlu sahaja aku paparkan....

sebagai penulis blog tidak semua perkara yg berlaku kepada kita patut dikongsi dan diberitahu kepada umum...
cukup sekadar penambah rasa yg sederhana sahaja...
privasi juga harus disimpan untuk diri sendiri...
berteknologi boleh namun biarlah mengikut sempadan yg betul...
aku tidak mahu dikatakan syok sendiri pula....
yang penting biarlah hasil tulisan untuk tidak membawa kepada keaiban pada si empunya diri....

cuma ramai juga blogger yg menulis blog untuk ditatap oleh anak2 pada masa akan datang.....
tepuk dada ikut pendapat masing2 lah....

alasan aku berblog adalah sekadar untuk mencabar diri sendiri sahaja....
tidak pernah terlintas apa2 niat sekalipun....
mahu menguji penguasaan bahasa aku sahaja...
sebab ramai kawan2 aku di universiti mengatakan aku sangat petah bercakap....
kata mereka ayat2 aku kadang2 seperti seorng sasterwan...
simbolik dan penuh makna....
itu suatu ketika dahulu sewaktu belajar......
minat menulis memang ada...
penguasaan bahasa Melayu aku pun memang sangt baik....
berjaya mengekalkan rekod cemerlang A dari sekolah rendah hinggalah menengah dan terbawa2 sampai ke universiti......
namun apabila sudah mulai bekerja sedikit demi sedikit minat itu ke laut....

semua ada pendapat mereka yg tersendiri...
tetapi aku tdak pernah sesekali menjadikan blog aku ini sendiri diari...
moment yg indah selalunya aku akan masukkan di dalam album agar boleh ditatap pada masa akan datang....
mujurlah gambar2 rifqi dari dilahirkan hingga kini telah aku cuci dan abadikan dalam album khas nya..
apabila dia besar nanti bolehlah anakku itu boleh melihat wajahnya ketika kecil..
sangat indah kan!!!

apapun jua niat kita berblog biarlah ianya datang dari hati kita yg ikhlas....
dan yg penting ianya masih mempunyai batasan.....

sekian!!



4 bulan sudah kamu ya!!

anakku demam lagi.
demam untuk memasuki 4 bulan
biasalakan...
anak kecil demam perkara normal...
yang aku perhatikan kali ini demamnya berserta dengan selsema jua...
malam tadi bawanya ke klinik dan doktor katakan ada sedikit demam tapi tidaklah teruk...
lega hati kami suami isteri mendengarnya...
namun doktor menunjukkan isyarat bagus kerna walaupun demam si kecil itu sangat aktif....

kamu memang mewarisi keaktifan babah dan mamamu wahai rifqi,hahahha!!!

perkembangan 4 bulannya itu sangat membanggakan...
apabila meniarap tangan dan kepalanya sudah kuat....
mulut tak henti-henti bercakap dalam bahasa sendiri..
kuat menyusu dan tiada langsung meragam apabila dipegang oleh orang lain....




ramai kata apabila besar nanti pasti anakku akan mengikuti jejak langkah babahnya...
sebab ciri2 itu sudah mulai terlihat pada anak bujang ku itu...

apapun aku sangat bersyukut kerna setakat ini kesihatan Muhammad Ra'if Rifqi tidak ada apa2 masalah....
semoga ianya berterusan sehingga anakku itu besar....
Amin!!

notakaki:doa ibu itu sangat mustajab...jadi berdoalah yg baik2 untuk anak kita wahai para ibu semua!!





Selasa, 22 November 2011

usah dengar kata orang....

teramatlah lemah ketika ini...
rasa mahu cepat-cepat pulang dan beradu sepuasnya....
penat melayan kerenah manusia yang tidak punya perasaan...
hati menangis siapa tahu...
selagi mampu berdaya ku tempuh jugalah ia...
hidup harus positif...
cabaran yg ada di depan usah di layan sangat...
anggaplah sebagai satu perkara enteng...
ruang yg terbentang ini harus digunakan sebaiknya...
pokoknya jika hati kita pasrah maka di situlah datangnya ketenangan....

aku harus bangkit dalam segala macam kata2 yg menusuk di telinga...
yg baik jadikan teladan manakala yg kurang baik buang jauh2
diharapkan kegembiraan akan menjelma dan menutup kedukaan yg sedang bersarang dihati...

manusia oh manusia...
apabila terkena pada empunya diri maka pahamlah ia apa yg kumaksudkan...
mengalah bukan bererti kalah...
tetapi berdiam diri adalah lebih baik dari terus berkata2 benda yg tidak memberi manfaat...

aku seorang pejuang makanya hatiku harus kental...

bak kata wan,usah dengar kata orang kerna apabila terlalu dilayan nescaya terkeluar perkara yg tidak enak didengar
ingat saat2 indah pasti senyuman akan terukir jua...

betul juga katanya....

esok masih ada...
dan diharapkan sinar itu akan datang kembalI....
INSYA-ALLAH!!




tahniah Malaysia....


malaysia mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea untuk kedua kalinya malam tadi dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan yang dianggap sebagai pertembungan dua musuh tradisi.perlawanan yg berkesudahan 1-1 selama 90 minit terpaksa dibawa ke masa tambahan bagi menentukan pemenangnya.cukup 30 minit masa tambahan kedua-dua pasukan masih buntu mencipta jaringan.dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yg memihak kepada pasukan kita.apapun harus berterima kasih kepada penjaga gol kebangsaan iaitu Mohd Khairul Fahmi aka Apek yg bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti dari ketua pasukan Indonesia..



bertambah glamer lah mamat ini,hehehe!!!

apapun sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda yg berjaya memenangi pingat emas buat rakyat Malaysia...

yang lebih penting kita dapat melenyapkan kebisuan 100,000 orang penyokong tuan rumah...

teruskan kecemerlangan pada masa akan datang....

saya sayang Malaysia!!!




Isnin, 21 November 2011

perginya wira hati saya...

assalammualaikum....
sudah tersurat setiap yg hidup pasti akan mati...
ayahku telah kembali ke rahmahtullah pada tanggal 15.11.2011 tepat jam 12.45 tengahari
pemergian yg sesungguhnya amat memeranjatkan kami sekeluarga..
walaupun perit untuk menerima kenyataan bahawa ayahku sudah tiada lagi namun inilah janji Allah...
dari tanah kita dijadikan maka ke tanah jualah kita akan kembali....

redha!!!!!!

itulah perkataan yg paling sesuai untuk ku simpulkan...
hatiku bagai direntap halilintar tatkala mengetahui ayahku sudah menghembuskan nafasnya..
ketika itu hanya Allah sahaja yg tahu betapa sedihnya hatiku ini...
di depan orang ramai terus aku menangis semahu2nya....
tidak kuhiraukan pandangan org lain....
yg aku tahu kini aku sudah kehilangan orang yg paling aku sayangi buat selamanya...

seorang wira hati aku yg tiada tandingan...
orang yg telah membesarkan aku dan kedua adikku dengan jayanya...
seorang yg tidak pernah mengenal erti penat dalam mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga...
seorang suami,ayah dan atuk yg tegas tetapi berjiwa penyayang...
walaupun wajahnya garang namun hati beliau sangat lembut....
itulah ayah aku yg tiada dua nya......

kali terakhir menatap wajah arwah dapat kurasakan beliau seolah2 tersenyum padaku...
tersangatlah tenang melihat wajahnya itu...
ketika mengucup dahi beliau aku sedaya upaya menahan airmata namun gagal....
amat sukar menerima hakikat ini...

arwah selamat dikebumikan pada 9.30 malam dan sungguh ramai sanak saudara dan teman2 yang hadir...
mereka juga turut berkongsi kesedihan bersama kami...

ayah,tenanglah ayah bersemadi di sana....semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...

doa kami sentiasa mengiringi ayah di alam sana.......
Amin!!!!!!

ayong pasti akan merindui ayah.......

Al-fatihah!!!!!!

Isnin, 14 November 2011

petua banyakkan susu....

khas untuk kaum ibu yang menyusukan bayi juga untuk ibu yang bakal melahirkan anak pertama. ini antara tip-tipsnya:-

# Makanlah makanan sampingan seperti bubur kacang hijau yang mengandungi zat sebelum ibu memberi penyusuan.
# Minum segelas air, susu atau air buahan sebelum atau ketika menyusu.
# Berbaring dahulu selama beberapa minit sebelum ibu mula menyusukan bayi.
# Dengarlah sesuatu yang menyenangkan hati ibu sebelum dan sewaktu menyusu.
# Pilih tempat yang sunyi sewaktu menyusukan.
# Sebaik-baiknya ibu mandilah dahulu dengan air suam sebelum memberi susu kepada bayi.
# Ketika menyusukan, tentulah lebih selesa jika ibu duduk di atas kerusi yang lembut.
# Rehatkan kedua belah tangan dan tarik nafas perlahan-lahan sebanyak 20 kali sebelum penyusuan dibuat.
# Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman tentang cara-cara pemberian susu berkesan.

yang penting ibu yg menyusu harus tenang,gembira dan tidak boleh tertekan...

selamat beramal!!!

keputusan AIM....

AIM 2011 selesai melabuhkan tirainya.. ternyata AIM punya kelas yang tersendiri bagi mengiktiraf mereka yang bergiat dalam industri seni muzik tanah air.. kehadiran bintang realiti semakin diterima oleh peminat indutri seni di negara ini. malah ianya membuka peluang kepada bakat-bakat yang terpendam diiktiraf dan mendapat kepercayaan pendengar.

Kejayaan Yuna mencipta nama di pentas antarabangsa sudah cukup membanggakan.. kemunculan Najwa Latif sebagai ikon Youtube terbaru sudah mula diterima..

Yuna yang mengondol Penyanyi Wanita Terbaik sekali gus mengangkat lagu Penakut ciptaanya dipilih sebagai Lagu terbaik AIM 2011.

Datuk Shiela Majid yang teruja apabila album konsertnya tercalon untuk Album terbaik setelah sekian lama tidak tercalon nampaknya tahun ini menjadi tuah buat beliau apabila Album itu diangkat sebagai Album terbaik AIM tahun ni.

Keputusan Penuh AIM 2011


Artis Baru Terbaik

* Najwa Latif

Lagu Pop Terbaik

* Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain

Lagu Nasyid Terbaik

* Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU

Lagu Pop Etnik Terbaik

* Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

* Got To Go – Najwa – Najwa

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu

* Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan

Lagu Rock Terbaik

* Pelita – Loque & API

Video Muzik terbaik – Pengarah

* Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Artis

* Ku Menunggu – Rossa

Artis Mobile Terbaik Celcom

* Sixth Sense

Anugerah Kembara

* Yuna

Anugerah Sri Wirama

* Puan Beh Suat Peng

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lekaki

* Anuar Zain – Sedetik Sudah

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita

* Yuna – Penakut

Lagu Terbaik

* Yuna – Penakut

Album Terbaik

* The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrtae 25 Years of Sheila Majid


itu sahaja kesimpulan yg dapat aku buat....keseluruhannya,aku suka gandingan AC MIZAL dan ZIZAN....memang best korang berdua ni!!!!!!

mantop........

semoga kekuatan untuk menjadi millikku...

assalammualaikum...
dugaan sering kali dtg dalam hidup kita sebagai seorg manusia....
dalam kotak fikiran berkata kecil sahaja ujian ini jika dibandingkan dengan insan lain...
maka aku belajar erti bersyukur...

ayahku kini berada di hospital kerna mendapat serangan jantung...
satu malam dadanya berasa sesak dan lantaran itu dia tidak dapat melelapkan mata...
tidurnya pula terganggu akibat batuk yg tidak henti2...
2 minggu lepas serangan yg sama berlaku namun ianya tidak seserius seperti malam sabtu...
kali kedua serangan itu datang membuatkan aku,mak dan 2 orang adikku cuak seketika...
di dalam hati berdoa agar usia bapaku dipanjangkan....
sebagai hamba-NYA yg kerdil ini hanya mampu memanjatkan doa agar Allah memberi peluang kepada kami adik beradik menjaga seterusnya berbakti lagi
air mata tidak harus ditumpahkan di hadapannya supaya hati ayahku riang di samping isteri dan anak2...
raut muka harus sentiasa ceria seperti tidak ada apa yg berlaku...
anggaplah itu semua ujian dari-NYA...

org tua sakit memang banyak kerenahnya...
layankan sahaja walaupun terdetik di dalam hati akan ketidakpuasan...
hidup umpama roda,ada putarannya...
kita yg masih muda ini harus ingat hari tua kita...
ketepikan rasa penat kerna apalah sangt jika dibandingkan dengan keringat seorag ayah mencari rezeki untuk keluarganya...
harta boleh dicari dan dikumpul tetapi ibu dan bapa hanya satu di dunia ini...
walaupun dibentang harta seluas dunia pun masih tidak dapat menandingi jasa mereka terhadap kita...
tanggungjawab tetap tangunggjawab....
langsaikan ianya dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan diri sendiri selagi masih diberikan peluang...

melihat raut wajah ayah yg semakin dimamah usia ketika tidur membuatkan hati aku tiba2 sayu....
ayahku yg dulu aktif ke sana ke mari kini sedang terlantar melawan kesakitan...

oh sungguh kuat semangatmu wahai ayah

air mata tumpah dengan tidak semena-mena...
mujurlah ada wan di sisi berkongsi apa yg aku rasakan...
walaupun tiada sepatah ucapan keluar dari mulutku namun aku dapat rasakn dia memahami apa yg tersirat di hatiku...
dikesat air mataku sambil digenggam erat2 tangganku seterusnya kata-kata semangat diselitkan
betul katanya,aku harus kuat kerna sebagai anak sulung tanggungjawab ada di bahuku...
menjaga org tua yg sakit banyak pahalanya...
Allah sedang menguji aku....
hidup harus kekal positif,hehehe!!

bukan namanya hidup jika tidak dilanda gelora...
dan bukanlah namanya hidup jika tidak dicabar kekuatan dari segi mental,emosi dan fizikal...
setiap dugaan yg diturunkan ianya mengajar kita tentang erti hidup yg sebenar....
harus tanamkan rasa syukur kerna masih dihadiahkan sebuah penghidupan yg beraneka macam rasa...
di situlah baru kita akan menyedari betapa berharganya sebuah kehidupan...
selagi nafas ini berdetik selagi itulah perjuangan harus diteruskan...

harapan masih ada lagi...
selagi namanya manusia perjuangan harus diteruskan...
ikhlas dan tawaduk serta percaya setiap yg terjadi ada sebab musababnya...
Allah tahu yg terbaik untuk hamba-NYA...
meminta agar kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk menghadapi hari2 yg mendatang dengan tabah...
Amin!!!

salam pagi isnin yg mendamaikan...

Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

11.11.11.....
sangat cantik nombor itu...
tadi masa lalu depan Masjid Putrajaya ternampak pasangan pengantin...
nampak riang dan gembira sahaja
mungkin selepas diijabkabulkan agaknya?
tiba-tiba teringat tarikh nikah aku....
10.10.10 tarikh yang akan kekal sampai akhir hayat!!
orang kata apalah ada tarikh..
ianya cuma angka sahaja????
namun bagi aku angka itu lah yang telah menyatukan kami sebagai suami isteri...
dan mengapa tarikh itu dipilih kerana ianya akan diingati sampai ke anak cucu..
Insya-Allah!
tarikh yang cantik sebegini tidak akan muncul lagi...
alamak kena tunggu seribu tahun lagilah nampaknya.....
dan tarikh berkenaan merupakan tarikh pernikahan angkasawan negara,Dato' Sheikh Muszafar juga...
nasib baik tarikh tersebut jatuh pada hari ahad...
kira-kira dalam 100 orang tetamu juga yang hadir pada pernikahan kami....
terasa seperti artis pula ketika itu,hahahha
terperasaan sekejap.maaf ye!!
dan kebetulan juga hanya kami sahaja pasangan pengantin yang bernikah pada waktu itu



alhamdullilah,tepat jam 2.15 petang dengan sekali lafaz sahaja maka secara sah aku telah menjadi milik Encik Mohd Ridzuan bin Tushan...
ada sedikit rasa sayu selepas lafaz sah itu dilaungkan oleh tok kadi....
lebih sayu lagi apabila berpeluk dengan kedua ibu bapaku....
sempat minta maaf dan dihalalkan segala makan dan minumku selama 25 tahun di dalam jagaan mereka...
maka bermulalah fasa baru dalam penghidupan aku sebagai seorang isteri...






tidak kira apapun tarikh pernikahan kita,yang penting sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada-NYA kerana telah dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita....
harus memanjat doa agar kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga berpanjangan sehingga akhir hayat....
dan disirami dengan benih-benih kasih sayang walaupun sudah bertahun hidup bersama

kepada temanku yang bernikah pada tarikh ini,SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

welcome the club....







makin lama semakin sayang padamu....

anakku kini sudah memasuki angka 4 bulan...
sudah pandai buat bising dan boleh diajak bermain...
sangat aktif dan gemar ketawa apabila diagah
yang paling penting sudah pandai meniarap...
bangga apabila melihat usaha gigihnya mahu meniarap

syabas anak mama!!!!!!








apa yang boleh kukatakan makin mendalam kasihku kepadanya...

cheway,poyokan pagi2 ini....

salam jumaat penghulu segala hari!!!!!!

Khamis, 10 November 2011

mari layan Tentang Dhia pula!!

salam khamis semua..
.
drama Soffiya telah pun tamat pada selasa yang lalu.kini muncul pula slot drama Tentang Dhia.episod pertamanya adalah semalam.nampak macam menarik je.makanya harus tonton juga la....

best2 pula citer kat TV3 ni kan?



sinopsis

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.


Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.


“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

pasti menarik drama Tentang Dhia ini kan....
jadi marilah sama-sama kita tonton......
jangan lupa saksikan ye!!!

:):):)