Rabu, 28 September 2011

busy renovatekan rumah

sejak seminggu ini aku agak jarang ber-fb dan bersosial di luar
kerana rumah aku sedang di-ronovatekan
bahagian yg terlibat adalah bilik mandi serta dapur aku sahaja...
yg bilik mandi tue memang bayak yg aku telah ubahkan...
antaranya membuang tangki air yg telah menyempitkan ruang bilik mandi
selepas itu aku telah menambah shower mandi yg baru serta menukar ganti paip yg baru agar kelihtan lebih cntik dari yg sebelum ini...
manakala bahagian dapr telah diperbesarkan sedikit supaya nampak luas...
kabinet dapur juga telah diganti baru....
sebenarnya sudah lama mahu menukar kedua2 bahagian tersebut tetapi terpaksa ditunda atas pelbagai sebab
oleh kerana aku sedang bercuti maka inilah masa yg sesuai mahu menunaikan hasrat tersebut...
rumah aku tidaklah besar namun atas faktor keselesaan makanya kami telah sepakat mahu menganntikannya....
rumah sendirikan???
itulah kelebihan rumah sendiri di mana boleh melakukan apa saja pengubahannya....

kami suami isteri mahukan tetamu selesa apabila datang bertandang sahaja...
kerna hampir setiap minggu pasti akan ada keluarga mahupun kawan2 wan datang...
kawan2 aku jarang sekali datang melainkan jika ada keraian atau majlis2 tertentu....
tidak sabar2 mahu menunggu hasilnya nanti....
biar simple tapi nampak selesa....

sekarang ini aku dan wan ashik berulanglik ke perak kerana mahu menguruskan pembelian rumah baru....
rumahnya telah dipilih dan hanya mahu menyelesaikan hal2 berkaitan undang2 sahaja...
rumah hasil lelongan dari bank biasalah kan?
kena bayar tunai...
alhamdulilah harganya tidaklah membebankan...
kali ini rumah teres 2 tingkat pilihan kami...
memang sengaja wan beli rumh di perak
tujuannya apabila cuti2 boleh lari ke sana,hehehe
lagipun dekat sedikit dengn kampung wan......
wah bestnya kan........

notakaki:tak sabar tunggu oktober...selamat tinggal september!!!!

selamat tinggal syawal

huhuhu,sob,sob,sob(nada sedih)
arini 28 september 2011 bersamaan 30 syawal...
berakhirlah bulan syawal untuk tahun ini...
semoga kita ketemu lagi pada tahun hadapan...
sebelum ini aku ingin memohon maaf kepada rakan2 yg tidk dapat aku hadiri rumah terbuka mereka...
terima kasih atas jemputan kalian...
raya kali ini tak menang tangan aku memenuhi jemputan rumah terbuka...
tak sangka penangan mendapat orang baru terlalu besar kesannya
hampir setiap minggu ada saja rumah terbuka yg kena dihadiri...
keutamaan harus diberi kepada adik beradik,kaum keluarga terdekat dan rakan2 akrab...
sebulan memang tidak cukup bagi orang yg menyambut raya kali pertama sebagai isteri dan ibu seperti aku...
apapun sangt seronok kali ini....lebih2 lagi rifqi mendapat duit raya yg agak banyak jugalah...
harus dibuka akaun untuk dia....

syawal kali ini amat memberi seribu erti pda kami sekeluarga...
walaupun kami suami isteri berasal dari kuala lumpur tapi kemeriahan tetap dirasai...
nasib baik aku habis pantang raya kedua...
kalau tak duduk rumah sajalah.

sehingga kita berjumpa hingga tahun depan...
namun kita masih ada satu lagi raya iaitu raya korban...
bolehlah makan rendang lagi sekali,hahahha

salam rabu yg cukup indah!!!!!!!

Selasa, 27 September 2011

rifqi sudah 2 bulan



berikut merupakan gambar2 rifqi setelah dibotakkan...
alhamdullilah sudah 2 bulan usia anakku itu...
semasa check up berat rifqi sudah menjangkau 4.6kg...
sangt cemerlang dan gemilang tumbesaran rifqi...
semoga kamu membesar dengan sihat dan cergas



apabila anak sihat maka hati seorang ibu akan berasa bahagia
sedih mengenangkan lagi sebulan mahu kembali bekerja
pasti rindu terhadap anak membuak2...
akan aku harungi semuanya itu dengan hati yg tabah...
apapun kehidupan aku kini sudah lengkap...
sebagai ibu yg bekerja cabaran yng sedang aku tempuh kini kadang2 memerlukan pengorbanan yg tinggi..
aku yakin mampu menempuh semuanya itu berbekalkan dorongan dari suami,keluarga serta rakan2...



betul kata orang penat akan hilang apabila melihat raut muka anak..
segala kesakitan semasa bersalin semakin pudar dari ingatan...
itulah kelebihan yg Allah berikan kepada seorang ibu...
semakin insaf apabila mengenangkan segala perngorban emak sesudah menjadi ibu...
ibu engkaulah ratu hatiku!!!

chewahhhhhh....

Khamis, 15 September 2011

akhirnya DIA setuju!!!!!

hasil perbincangan bersama ttg penjagaan rifqi apabila aku kembali bekerja telah diperolehi...
setelah menimbang segala dari pelbagai sudut maka kami bersetuju tender tersebut akan diberikan oleh mak aku,hehheehe
tetpi......ianya bersyarat juga la...
wan meminta rifqi akan dijaga sebelum umurnya setahun...
jadi kesimpulannya selepas umurnya rifqi setahun wan akan menggaji pembantu rumah seperti yg pernah aku coretkan dulu...

mahu tidak mahu aku haruslah bersetuju...
kami berbuat demikian kerna tidak mahu mengecilkan hati nurani seorg nenek yg mahu membela cucunya...
almaklumla rifqi merupakan cucu yg sulung dlm keluarga aku...
inilah dinamakan sepakat membawa berkat...

terima kasih kepada wan kerna memberi peluang kepada mak mertua mu menjaga rifqi....
pastiya rifqi akan dijaga baik oleh atuk,nenek,mak ngah dan acunya...
syarat yg kamu berikan itu akan saya cuba penuhi.....
tak susah pun...google kan ada,hehehhe!!!!

Selasa, 13 September 2011

sana sini situn makan2...

episod ditinggalkan sendirian kembali lagi...
kali ini perasaan biasa2 saja kerna sudh memahami...
sudah dibuang rasa jiwa2 yg tidak memberi apa2 faedah...
molek jika ianya diisi dengan aktiviti dengan anak...

wah,aku kini sudah mampu berdikari....
tahniah kepada diri sendiri,hehehe


ahad ini kami akan buat jamuan makan sikit2lah...
kebetulan keluarga wan hendak beraya makanya kami sebulat suara seia sekata telah bersetuju menjemput rakan2...
ianya hanyalah sekadar jamuan makan2 secra kecil2an sempena dengan raya...
memahami situasi wan yg agak sibuk,semua persiapan bergantung kepada aku sepenuhnya....
sejujurnya semuanya telah diaturkan....
berbekalkan pengalaman mengadakan jamuan makan kali pertama.aku gunakan ianya sebagai panduan...
kini hanya tinggal untuk menjemput para tetamu saja....
dengn baki yg tinggal ini akan aku manfaatkan agar jamuan makan2 ini berjalan lancar...
yg penting tetamu kenyang barulah tuan rumah gembira!!!

Ahad, 11 September 2011

penat tapi sangt gembira

semalam mengikut rombongan keluarga wan ke ipoh kerana melawat pak ngah salleh yg terlantar sakit di hospital pantai ipoh...
keadaan beliau agak stabil walaupun masih tidak sedarkan diri...
aku doakan semoga beliau cepat sembh seperti sediakala...Amin
kami bertolak dari kl ke ipoh dalam jam 6 petang dan sampai hospital kira2 jam 12.00 tghmalam...
hujan yg lebat di tapah melambatkan perjalanan rombongan kami namun syukur selamat sampai...kami berda di hospital kira2 selama 3 jam...
selepas itu kami terus menuju ke rumah abg wan di bukit beruntung...
apabila sampai2 saja kesemua rombongan jelas keletihan...
dapat saja bantal apa lagi terus tidur hinggalh terseda kira2 jam 9 pagi...
hahhaha...abislah subuh aku!!!!!!

sebelum pulang abg wan belanja makan sempena meraikan kedatangan kami...
maklumlah agak susah hendak berkumpul ramai2...
meriah juga lah kedai tersebut dengan hiuk pikuk ketawa kami...
keluarga wan memang keluarga besar...
bayangkan apabila 10 beradik berkumpul,ditambah pula dengan kehadiran anak2 sedara yg perbagai ragam...
memang terbaeklah raya kali ini....
sangt2 suka....

rifqi sangt baik sepanjang perjalanan singkat ini....
tidak bayak meragam...hanya bangun apabila lapar saja...
selepas ini bolehlah mama dan babah membawa rifqi berjalan jauh..

minggu ini kenalah kemas rumah sebab keluarga wan akan datang beramai2 pada hujung minggu ini...
harus memasak yg sedap2 untuk mereka...
jadi minggu ini adalah minggu sibuk bagi aku...
mencabar tapi aku suka...
bolehlah mengukur kebolehan sendiri dalam bidang masakan...

usaha tangga kejayaan!

Khamis, 8 September 2011

isteri@ibu....

hari2 aku rasakn masa semakin pantas...
sejak ada anak aku dapat rasakan jiwa aku jadi lembut...sudah pandai cakap lembut..kalau dulu aku agak kasar orangnya
tetapi kini semuanya berubah dengan sekelip mata...
berubah ke arah yg lebih baik apa hendak diherankan...
yng paling penting aku belaja erti kesabaran...
sungguh indah apabila mempunyai zuriat...
segalanya dilakukan demi darah daging sendiri...mahukan yg terbaik untuk mereka...
perhatian dan kasih sayang datang secara semulajadi...
itulah keajaiban yang sangt2 sukar untuk dihuraikan...
melihat wajah si comel hilang segala penat membuat pelbagi kerja2 rumah

sekarang ranking sudah bertukar tangan
suami????
macam biasa tak penah surut kasih sayang...
bukan mahu membandingkan kasih sayang tetapi anak memerlukan perhatian yg lebih...
selagi masih menunaikan tanggungjawab sebagai isteri tidak akan menjejaskan kerukunan rumah tangga..
menjadi ibu dan isteri memang akan mencabar namun itulah fatarmogana dalam melayari kehidupan berkelamin...
tiada sekelumit kesalan di hati walaupun sukar menghabiskan masa bersama2 namun bahagia tetap menjengah di hati....
pasti suatu hari nanti detik itu akan menjadi milik kami...
apa yg aku harus lakukan adalah menitipkan kesabaran....
sabar itukan separuh dari iman!!!!

doaku tak penah putus2 agar kebhagian itu melingkari kehidupn kami sekeluarga...

amin!

Selasa, 6 September 2011

oh.....bencinya!!!

aduh...mulai hari ini bermulalah liga super...
bola oh bola!!!!
jadual wan akan kembali sibuk seperti sedia kala...
nasib baik ada anak...terubatlah lara di hati kan?

mood raya agak menurun sedikit ketika ini...
namun akan cuba memastikan raya kembali seperti biasa
oh hati bersabarlah!!!

ada hikmah semuanya ini....